Kain dan Baju Sekolah

KEISTIMEWAAN BAJU SEKOLAH TUDUNGSICOMEL

1. Poket Baju Sekolah dijahit beserta Zip Sorok yang mampu mengelakkan wang Si Comel keciciran. Zip Sorok dipilih kerana ianya kelihatan lebih kemas berbanding Zip Biasa. Ini juga boleh mengelakkan poket terkoyak disebabkan tersangkut di bucu meja (^_^)

2. Poket lebih dalam dari biasa bagi membolehkan barangan di dalam poket Si Comel tidak tercicir jika terlupa dizipkan.

3. Menggunakan material Heavy Koshibo yang lebih berkualiti berbanding kain kapas biasa dan mudah digosok. Material ini kelihatan lebih kemas.

4. Material Putih Kebiruan yang mampu membuatkan baju Si Comel kelihatan sentiasa bersih.

5. Pergelangan tangan dijahit dengan 2 pilihan iaitu dijahit getah (sesuai untuk sekolah agama) dan tidak dijahit getah (untuk sekolah kebangsaan biasa).

6. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai untuk Si Comel yang lasak (^_^).

uniform sekolah