5 Masakan Indonesia Yang Semakin Popular Di Malaysia Wajib Anda Cuba

Masakan Indonesia semakin dikenali dan mula mendapat tempat di hati di Malaysia. Ye lah mempunyai persamaan rasa dengan Negara kita membuatkan masakan Indonesia menjadi tumpuan di sini. Seperti kita tahu masakan Indonesia sangat mudah dan ringkas penyediaanya. Tapi paling penting pedas menyengat.

Jika anda tercari-cari resepi masakan Indonesia, artikel kali ini kami bawakan khas untuk anda cuba sendiri resepi masakan Indonesia yang sungguh lazat dan mudah. Paling penting menjimatkan anda.

5 Resepi Masakan Indonesia

Memang banyak sebenarnya masakan Indonesia di Negara kita dan rambang mata nak pilih. Tapi kali ini kami bawakan khas 5 resepi masakan Indonesia yang popular dan dikenali ramai. Jom baca bersama!

1. Nasi Ayam Penyet

masakan Indonesia

Ayam penyet memang menjadi kegemaran semua orang. Siapa sahaja yang tidak suka dengan resepi mudah ini. Paling penting sambal ayam penyet ini pelengkap juadah hidangan ini.

Bahan-bahannya:

Ayam penyet

  • 4 biji bawang merah
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Serai
  • Daun salam
  • Garam
  • Kiub ayam
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Lada hitam

Sambal ayam penyet

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Cili merah besar
  • Tomato
  • Belacan
  • Gula
  • Garam
  • Jus limau

Cara penyediaanya:

Ayam penyet

  1. Kisar 4 biji bawang merah + sedikit halia + sedikit lengkuas dan sedikit kunyit. Tumis dengan serai diketuk dan daun salam atau daun bay. Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam dan tuang air. Agak ayam tenggelam. Masukkan juga garam dan kiub ayam. Masak hingga nampak ayam masak elok.
  2. Sementara itu buat bancuhan tepung 1 cawan tepung beras + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil jintan manis ditumbuk + 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk + 1 sudu kecil serbuk kunyit + garam secukup rasa + kiub ayam dan sedikit lada hitam yang ditumbuk. Kacau sebati.. Agak bancuhan nampak macam santan pekat.
  3. Bila ayam dah masak elok. Angkat, toskan dan celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng garing. Angkat dan lenyekkan.
  4. Celupkan juga tauhu dan tempe yang dipotong dan goreng garing.
  5. Dah siap.

Sambal ayam penyet

  1. Goreng ikan bilis, dah garing ketepikan.
  2. Goreng sampai layu bawang merah + baru masukkan cilipadi dan cili besar merah yang dipatahkan dua, juga masukkan tomato yang dipotong empat. Masak sampai nampak tomato layu. Angkat ke semuanya.
  3. Masukkan bahan goreng tadi dan belacan yang telah di bakar ke dalam blend, tuang juga minyak gorengan tadi. Blend kasar sekejap saja.
  4. Tuang semula ke dalam kuali tadi.
  5. Masukkan juga gula, garam dan jus limau secukup rasa juga sedikit gula melaka masak hingga nampak pecah minyak. Siap.

2. Bakso

masakan Indonesia

Bakso ini merupakan masakan asli dari Indonesia. Memang menyelerakan. Hidangan utama ini ialah semestinya bebola daging yang cukup pada dengan isi daging serta sambal tersendiri.

Bahan-bahannya:

Sup

  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 2 sdb lada hitam

(Semua bahan diatas kisar halus)

Bebola daging

  • 250grm daging kisar
  • 3 sdb tepung ubi
  • 1 sdb garlic in olive oil
  • ½ sdb lada putih
  • 1 bji putih telur
  • Garam secukup rasa

Sambal cili merah

  • 20 tangkai cili padi merah
  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit garam

Hiasan

  • Daun sup, taugei dan bawang goreng

Cara Penyediaannya:

Sup

  1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi, kacau sekejap, kemudian masukkan air.
  2. kemudian masukkan seketul pati kiub ayam, sedikit garam, bila kuah dah mendidih masukkan meatball reneh sampai meatball masak ok siap.

Bebola daging

  1. Kisar semua bahan sampai halus, kemudian masukkan kedalam bekas dan uli kemudian bentukkan bulat.
  2. Dan masukkan ke dalam sup bakso.

Sambal cili merah

  1. Kisar mentah semua bahan, kemudian tuang kedalam mangkuk.

3. Pecel Lele

masakan Indonesia

Pecel lele ini merupakan hidangan yang seakan masak lemak cili api tapi hanya menggunakan tambahan daun cekur sebagai pelengkap hidangan ini.

Bahan-bahannya:

  • 5 ekor ikan keli

Bahan tumbuk

  • Sebiji bawang besar
  • 3ulas bawang putih
  • Seinci belacan
  • Ubi cekur dalam sebesar ibu jari tangan
  • Cili api 5-10 biji (ikut kepedasan)
  • Asam keping
  • Santan kotak kecik
  • Sedikit lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • Aji

Bahan hiris

  • Daun cekur dihiris
  • Daun limau purut dihiris
  • Daun kunyit disimpul

Cara penyediaannya:

  1. 5 ekor ikan keli dicuci bersih.
  2. Gaulkan bersama garam dan kunyit kemudian dibakar hingga masak atau digoreng dan ketepikan.
  3. Dalam kuali masukkan sedikit minyak dan masukkan bahan tumbuk tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan asam keping dan santan tambahkan sedikit air.
  5. Perasakan dengan garam, gula, aji dan sedikit lada hitam.
  6. Masukkan ikan keli yang dibakar tadi tambahkan air jika perlu.
  7. Kemudian masukkan daun hiris masak seketika dah boleh tutup api dan siap.

4. Gado-Gado

masakan Indonesia

Kalau di Malaysia dipanggill rojak, tapi di Indonesia menu yang seakan ini adalah gado-gado. Boleh dijadikan snack untuk minuman petang anda.

Bahan-bahannya:

Bahan A

  • 500 gram kacang tanah (digoreng)
  • 11 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • 3 tangkai cili merah
  • [100gram cekur]

Bahan B

  • Air suam
  • Air Asam jawa
  • Garam dan perisa
  • Gula
  • Daun limau purut
  • Nisan gerek

Cara penyediaannya:

  1. Goreng bahan A.
  2. Tumbuk / kisar bahan A dan masukkan cekur. Kisar bersama.
  3. Satukan bahan A dan B
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Bahan yang ditumbuk tadi boleh diguna sikit2. Lebihan boleh disimpan dalam peti ais. Nak makan bancuh je dengan air panas suam.

Sayur-sayuran

  • Nasi Himpit (direbus)
  • Kentang (direbus)
  • Kangkung (direbus)
  • Tauge (direbus)
  • Kacang botol (direbus)
  • Tempe (digoreng)

5. Dendeng Berlado

masakan Indonesia

Jika anda penggemar pedas berapi, wajib anda cuba resepi dendeng berlado ini. Daging yang direbus dan dilenyekkan dan dimasak dengan cara yang cukup enak. Sesuai dengan rasa pedas berapi.

Bahan-bahannya:

  • 500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
  • 10 biji cili merah
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato| potong dadu
  • 1 cawan air asam jawa
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili merah dan tomato. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus dengan air asam dan garam terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
  4. Setelah itu masukkan daging yang telah digore
  5. ng tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
  7. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

Jika anda merupakan peminat makanan masakan Indonesia wajib anda cuba sendiri dirumah, ini kerana anda boleh mengolahkan lagi resepi mengikut citarasa anda. Jangan lupa cuba ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa