Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

3 Sebab Kenapa Anak Selalu Terjaga Tengah Malam.

Baru sahaja rasa terlelap tiba-tiba kena bangun semula. Tengok-tengok dah tengah malam anak mula terjaga. Siap ajak bermain lagi. Tak nak tidur pula tu. Kenapa anak atau bayi selalu terjaga di tengah malam?

Kita ni dah lah berpenat-lelah waktu siang dengan kerja rumahnya yang tak habis-habis. Tiba-tiba waktu nak tidur dan berehat, anak pula terjaga malam. Dalam tak sedar boleh buat ibu bapa jadi bertambah tertekan.

Nak cakap tentang penat, parents yang sedang lalui akan lebih memahami.

sebab kenapa anak selalu terjaga tengah malam

Antara Sebab Kenapa Anak Selalu Terjaga Tengah Malam

Ada banyak sebab kenapa anak atau bayi selalu terjaga tengah malam. Kalau hari-hari macam ni boleh jadi letih dibuatnya.

Macam mana pula dengan tips dan petua nak bagi anak tidur nyenyak sepanjang malam?

Jom baca lagi perkongsian di bawah.

1- Anak Sedang Belajar Kemahiran Baru

Anak yang sedang membesar mereka mungkin sedang cuba meneroka kemahiran terbaru seperti berdiri dan berjalan. Ketika waktu hendak tidur inilah mereka mula nak mencuba segala teknik terbaru yang baru dipelajari.

2- Tabiat Tidur Dengan Ibu Bapa

Terdapat juga anak yang memang dibiasakan tidur dengan ibu bapa dari kecil. Maka apabila badan mereka tidak mengesan kehadiran ibu atau bapa disebelah mereka.

Oleh itu mereka lebih mudah rasa gelisah akhirnya anak kerap terjaga malam.

3- Tidak Dapat Rehat Secukupnya

Anak-anak yang sedang membesar perlukan masa tidur sebentar ataupun nap time waktu siang.

Nap time ini sebenarnya penting untuk pastikan mereka boleh dapat rehat secukupnya selepas penat bermain.

Jika mereka tidak dapat rehat yang mencukupi, mulalah gelisah ketika waktu nak tidur malam.

Anak-anak mula mengadu sakit kaki, sakit-sakit badan dan akhirnya sering terjaga di waktu malam.

4- Anak Masih Lapar

Mungkin ada ibu yang susukan anak sebelum tidur dengan harapan mereka dapat tidur nyenyak. Namun kemungkinan mereka masih lapar itu ada.

Bayi akan mudah tertidur jika rasa penat dan akan terjaga semula jika masih berasa lapar.

Seperti orang dewasa juga boleh terjaga tengah malam disebabkan lapar. Maka anak-anak juga begitu. Lagi-lagi untuk anak yang masih bayi dan menyusu.

5- Terbiasa Dengan Gajet

Kalau mereka sudah terbiasa dengan gajet tanpa had boleh sebabkan anak kerap terjaga malam. Gajet dapat memancarkan cahaya biru yang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Hormon ini ialah hormon tidur yang berfungsi mengatur pola tidur kita.

Tips dan Petua Kurangkan Anak Terjaga Malam

Ibu bapa boleh mula lakukan beberapa petua di bawah untuk kurangkan masalah anak terjaga malam. Antaranya ialah;

1- Tetapkan Pola Tidur Anak

Pola tidur anak ibu bapa kena tetapkan supaya anak mudah tidur malam. Biasanya tidur pada waktu yang tetap setiap malam.

Cuba malapkan suasana bilik tidur dan juga elakkan dari gangguan lain seperti berada di depan TV dan sebagainya. Ada sesetengah anak-anak yang masih boleh tidur dalam keadaan bising.

Ibu bapa perlu perhatikan tabiat tidur anak masing-masing supaya boleh aturkan pola tidur yang berkesan.

Antara lain elakkan juga dari anak tidur semasa maghrib. Kalau tidak anak akan lebih mudah terjaga di tengah malam nanti kerana mereka rasa sudah cukup tidur.

2- Elakkan Makanan Manis Sebelum Tidur

Selain itu anak yang terlalu bertenaga boleh jadi sebab kenapa mereka terjaga tengah malam. Antara sebabnya ialah sering makan makanan yang tinggi gula.

Makanan manis akan buatkan anak lebih bertenaga. Jadi memang anak lebih susah nak tidur malam. Kalau dipaksa sekalipun mereka akan lebih kerap terjaga dan tidak nyenyak.

3- Beri Anak Rehat Secukupnya

Anak yang terlalu banyak bermain di waktu siang jika tidak rehat akan mudah meragam. Lagi-lagi pada waktu malam. Ajarkan anak untuk berehat selepas bermain seperti tidur sebentar atau nap di waktu siang.

Namun untuk pengetahuan ibu bapa, keperluan untuk tidur siang ini sebenarnya berbeza-beza mengikut anak dan tahap umur mereka. Ada anak yang memang sudah tak nak tidur siang.

Walauppun begitu nap ini sebenarnya boleh bantu merehatkan tubuh anak dan kembalikan semula tenaga mereka. Jadi ibu bapa perlu perhatikan jika mereka sudah nampak terlalu penat ataupun mula cranky, galakkan mereka untuk tidur sebentar.

Anak yang kurang dapat rehat akan mudah meragam di malam hari. Akhirnya mereka akan lebih mudah terjaga di tengah malam.

4- Urutan Ringan Sebelum Tidur

Urutan ringan sebelum tidur boleh bantu tenangkan anak. Urutan badan sememangnya mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat.

Selain dapat bantu kurangkan lenguh-lenguh pada badan anak, urutan juga dapat menghilangkan rasa tegang anak. Anda boleh mulakan dengan urutan ringan di bahagian tapak dan jari-jari kaki. Seterusnya picit dan urut perlahan kebahagian betis.

Sedangkan orang dewasa mudah tertidur jika diurut, apatah lagi kanak-kanak. Urutan boleh dibuat dengan menggunakan minyak jenis aromaterapi (essential oil) seperti minyak chamomile dan juga lavender.

Bau minyak aromaterapi yang wangi dapat bantu menenangkan anak.

kenapa anak selalu terjaga tengah malam
Urutan ringan boleh bantu anak tidur lebih nyenyak

5- Bawa Anak Keluar dan Dapatkan Vitamin D Percuma

Cahaya matahari merupakan sumber vitamin D yang tidak perlu dibayar. Rutin bawa anak-anak keluar rumah terutamanya pada waktu pagi bagus untuk perkembangan tubuh mereka. Kanak-kanak yang kurang vitamin berpotensi mendapat penyakit berkaitan dengan malnutrisi [2].

Selain dapat beriadah, cahaya matahari pagi juga baik untuk tubuh dan mempunyai vitamin D. Vitamin D penting kesihatan tulang anak dan juga boleh tingkatkan imuniti badan anak.

Anak Mungkin Sedang Sakit

Selain daripada sebab di atas, anak juga berkemungkinan sedang sakit. Contohnya sedang hendak tumbuh gigi ataupun sedang tidak sihat seperti demam. Ini menyebabkan mereka terjaga dari tidur kerana berasa tidak selesa dan sakit.

Selain itu jika anak masih bayi, mereka mungkin masih tidak dapat bezakan waktu antara malam dengan siang. Mereka juga keliru dengan masa yang sepatutnya tidur ataupun waktu untuk bermain.

Antara tips ajar anak perbezaan waktu malam ialah dengan malapkan lampu ketika waktu tidur. Selain itu kurangkan bunyi bising seperti bunyi TV. Pastikan juga jika waktu siang suasana rumah terang dan tidak malam seperti malam.

Kesimpulan Sebab Anak Selalu Terjaga Tengah Malam

Tidak dinafikan anak selalu terjaga malam boleh buatkan ibu bapa lebih penat dan kurang rehat.Namun anak yang selalu terjaga tengah malam mungkin mengalami beberapa keadaan di atas. Oleh itu ibu bapa boleh cuba petua-petua di atas untuk bantu anak tidur dengan lebih nyenyak sepanjang malam.

Namun jika ada kegusaran dan masalah anak berpanjangan jangan ragu-ragu lagi untuk berjumpa doktor. Jangan lepaskan tekanan kepada anak dengan marah atau herdik mereka kerana tidak mahu tidur ataupun terjaga malam.

Ini kerana anak mungkin mengalami masalah lain yang kemungkinan menjadi penyebab mereka selalu terjaga tengah malam.

Sumber rujukan : [1] HelloDoktor [2] MyHealth.gov

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.