Mulai kecil, latih anak suka telur.Rupa-rupanya telur mempunyai khasiat khusus yang diperlukan oleh mata. Lagi-lagi mata anak semasa kecil harus dijaga dengan baik agar mendapat kesihatan yang baik secara menyeluruh sepanjang anak membesar. Mata antara organ yang cukup besar fungsinya kepada kita semua.
Kita cuba jadikan telur sebagai makanan kegemaran anak-anak sejak kecil. Boleh cuba cari telur yang lebih berkualiti seperti telur ayam kampung yang tidak tinggi kolesterolnya. Ada juga telur yang dijual di pasaran tidak mempunyai antibiotik dan tidak ada hormon.
1.Makanan Tinggi Nutrisi
Jangan dilarang apabila anak asyik meminta telur setiap kali nak makan nasi. Nasi berlaukkan telur ini cukup baik untuk anak. Cepat disediakan seperti hidangan telur rebus dan telur goreng. Malah, telur mempunyai begitu banyak khasiat dan tergolong dalam kategori makanan yang tinggi nutrisi.
2. Bagus Untuk Kesihatan Jantung
Telur bukan penyebab kolesterol naik terlalu tinggi dan punca penyakit jantung. Betulkan salah faham yang kita sudah percaya sejak kecil. Telur amat disyorkan cukup baik untuk anak mengambilnya pada setiap hari.
3. Bagus Untuk Otak Dan Bayi Dalam Kandungan
Choline dalam telur bagus untuk otak anak dan bayi dalam kandungan. Perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan dan semasa bayi membesar amat memerlukan gizi pemakanan yang berkhasiat tinggi dan semuanya itu terdapat dalam telur!
4. Bagus Untuk Kesihatan Mata
Lutein dan zeaxanthin bagus untuk kesihatan mata anak. Kesihatan mata yang baik membantu merangsang deria penglihatan anak dalam tumbesarannya. Anak-anak amat perlukan rangsangan pelbagai deria agar dapat mencapai pelbagai kemahiran yang diperlukannya.
5. Tinggi Protein dan Cantikkan Bacaan Kolesterol
Telur mengandungi protein yang tinggi dan dapat membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Perkongsian pengalaman daripada Dr Mazliana Mazlan tentang dua orang pesakitnya yang mengamalkan makan telur pada setiap pagi atau paling kurang empat kali seminggu. Kata beliau, telur langsung tidak bersalah tinggikan bacaan kolesterol. Bacaan kolesterol pesakitnya betul-betul ideal.
Jom kita latih anak suka telur sebagai menu kegemaran seisi keluarga. Selain itu, agar mata kekal sihat, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi nutrisi bersumberkan makanan dalam kumpulan warna merah, hijau dan kuning. Kategori makanan ini dapat membantu agar mata dalam keadaan paling optimum.
Jom jenguk koleksi tudung untuk anak-anak anda. Klik link ini.