Bila tiba musim sekolah kaum ibu lah paling sibuk memikirkan idea masakan untuk anak-anak dari pagi sampai ke malam. Kadang kala boleh kering idea si ibu nak memberikan makanan yang tidak jemu untuk anak-anak mereka. Menjadi ibu kita perlu menjadi lebih kreatif supaya mereka tidak jemu untuk makan makanan yang sama. Resepi snek mudah mungkin boleh menambat hati mereka. Bukan senang nak pikat hati selera anak yang sedang membesar ini.
Resepi kali ini kami kongsikan resepi snek yang mudah tapi paling penting laku dan cepat habis. Snek ini sering dimakan ketika minum pagi atau petang. Jika ibu mementingkan kesihatan anak, ibu boleh cuba resepi snek mudah ini, bukan sahaja menyihatkan malah menjimatkan poket ibu juga!
7 Resepi Snek Mudah Untuk Anak-Anak
Kalau selalu beli di luar boleh tahan mahal juga kan? Apa kata ibu cuba resepi snek mudah ini untuk anak-anak, pelbagai jenis resepi snek yang ada ibu boleh cuba untuk mereka. Jom baca.
1. Laksa Kering
Jangan tak tahu laksa juga boleh dijadikan sebagai snek yang sedap untuk anak-anak. Ibu boleh menggoreng laksa ini dan hasilnya sangat rangup.
Bahan-bahannya:
- Laksa
Cara Penyediaannya:
- Digoreng sehingga warna keemasan. Minyak kena betul betul panas ye.
- Angkat dan toskan. Laksa tak perlu direbus dulu ye. Keluarkan dari bungkusan, patah patahkan jadi kecil sikit dan terus digoreng.
Bahan Perasa
- Serbuk kari.
- Sedikit garam.
- Serbuk masala.
- Secubit lada hitam hancur(tumbuk sendiri).
- Sesudu Chia Seed yang di blend kering
Cara Penyediaannya:
- Campur semua bahan perasa ni, dan boleh tabur kat laksa yang kite goreng tadi. Siap.
2. Nan Cheese
Bila dah jumpa resepi ini, ibu dah tak perlu lagi pergi kedai mamak, ibu cuba sahaja resepi nan cheese ini pasti anak-anak suka. Dengan kombinasi cheese di dalam roti naan ini menarik lagi perhatian mereka.
Bahan-bahannya:
- Tepung gandum 2 cawan
- Secubit garam
- Sesudu besar gula
- Yis 2 sudu besar
- Mentega 2 sudu besar
- Air suam secukupnya
Cara Penyediaannya:
- Masukkan semua bahan kering, gaul, kemudian tambah air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
- Rehat kan 30 minit.
- Dan masukkan inti. Boleh letak cheese dan pisang. Lepas bubuh inti pakai tangan atau penggelek. Leperkan sikit.
- Kemudian, masak atas pan tanpa minyak.
- Potong masa panas.
- Boleh buat separuh masak, simpan dalam peti esok masak sikit lagi. Bole buat sarapan.
3. Roti John
Resepi confirm laku dan cepat habis. Resepi roti john ini dilimpahkan pula dengan sos, mayonis, telur dan daging kisar memang menyelerakan. Memang boleh buat berat anak cepat naik.
Bahan-bahannya:
- 5buku roti john panjang
- Daging hancur
- Telur 2 biji
- 3 biji bawang holland dan 4 ulas bawang putih dipotong dadu
- Rempah kari 3 sudu
Cara Penyediaannya:
- Panaskan minyak masukkan daging hancur tambah garam+rempah kari pastikan masak dulu daging tersebut.
- Masukkan bawang holland dan bawang putih potong dadu.
- Masukkan cili sos dah masak ketepikan.
- Pecahkan 2 biji telur+masukkan daging tadi dalam 3 sudu atau seberapa banyak yang nak kacau-kacau dan masukkan atas pan (letak minyak dulu dalam 1 sudu).
- Roti john potong tengah jangan putus letakkan atas pecahan telur+daging tadi tunggu dah kering sikit dan siap.
- Letakkan mayonis+sos cili+thousand island dalam roti john tadi dan siap.
4. Kerepek Labu Cheese
Salah satu snek mudah nak buat dan tak perlu guna banyak bahan. Resepi kerepek labu cheese ini memang rangup dan mudah nak buat.
Bahan-bahannya:
Cara Penyediaanya:
- Kopek labu biarkan hijau sikit-sikit, basuh dan toskan.
- Sagat nipis-nipis, dan jemur bagi kering seketika.
- Panaskan minyak pastikan minyak betul panas baru masukkan labu yang telah di sagat dan di keringkan tadi dan api sedang.
- Goreng hingga betul garing, angkat dan toskan.
- Blender semua bahan yang bertanda * dan boleh lah di taburkan atas kerepek labu tadi dan siap.
5. Kacang Panjang Goreng Tepung
Kalau anak ibu tak suka makan sayur, mungkin ibu boleh cuba cara ini. Kacang panjang goreng tepung pasti menjadi makanan favourite mereka selepas ini.
Bahan-bahannya:
- Kacang Panjang (
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 3 biji telur
- 3 tangkai daun kari
- Garam/Perasa
Cara Penyediaannya:
- Kacang panjang dipotong potong, letak dalam satu bekas bersama dengan daun kari. Dua bahan ni tadi digaul bersama telur yang dah dipukul.
- Campurkan adunan kedua dua tepung bersama dengan garam. Gaul bagi sekata.
- Kacang tadi gaulkan dalam tepung sebelum digoreng.
- Masa goreng nanti terangkat bau daun kari. Lagi rasa tak sabar nak makan.
6. Choco Jar
Resepi ini paling dinanti oleh mereka, Siapa sahaja tak suka dengan coklat kan. Resepi choco jar ini juga mudah nak buat.
Bahan-bahannya:
- Bubble rice / coco crunch
- Milk compound beryl’s
- Minyak 1 cawan
Cara Penyediaannya:
- Bubble rice atau coco crunch tu sangar atas kuali tanpa minyak. Nak mudah bakar dalam oven. Kena buat step ini untuk dapat kesan crunchy bila makan dan tak lemau.
- Chocolate beryl’s double boil kan dalam air yang mendidih . Masukkan 1 cawan minyak masak.
- Sejukkan seketika dan bolehlah letak dalam bekas setiap bubble rice dan coco crunch tu. Tuangkan coklat okut kreativiti masing masing. Lagi banyak coklat lagi puas makan.
7. Biskut Milo
Resepi biskut milo ini juga tidak kurang hebatnya. Buat sikit memang cepat habis. Dengan tekstru rangup dan coklat milo laku.
Bahan-bahannya:
- 1 ketul butter
- 1 biji kuning telur
- 1 cwn gula halus
- 1/4 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn tepung jagung
- 3 cwn tepung gandum (kalau lembik sgt tmbh lagi)
- 1 sk esen vanila
- 1 cwn milo
Cara Penyediaannya:
- Kacau butter & kuning telur boleh guna senduk.
- Selepas itu msukkan gula halus & esen vanila. Kacau lagi.
- Kemudian masukkan serbuk koko, Milo, tepung jagung & tepung gandum skit tambah kalau adunan lembik tapi jangan sampai keras sangat sedang tak lekat pada tangan sangat uli sebati.
- Bulatkan adunan dan tekan dengan garpu.
- Kemudian bakar suhu 160 dlm 30 minit (ikut oven masing-masing). Selamat mencuba.
Resepi snek mudah ini memang dapat menarik hati anak-anak kan? Ibu perlu pandai mengolahkan sahaja resepi untuk menjadikan lebih menarik. Apabila kita buat sendiri resepi snek ini pasti terjamin kebersihan dan berkhasiat untuk dihidangkan kepada anak-anak.