Anak Kedekut?? Jom Gunakan 5 Cara Ini Untuk Elakkan Anak Kedekut

Ada ibu bapa yang pernah lalui situasi anak kedekut dan tidak mahu bekongsi barang dengan adik beradik yang lain dan ada sampai tahap bergaduh.

Anak Kedekut

Ia sudah semestinya satu perkara yang sangat memeningkan kepala kerana, sikap anak yang langsuung tidak mahu berkongsi walau dengan adik beradik sendiri kadangkala menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perbalahan dengan adik beradik. Akibatnya hubungan adik beradik menjadi renggang dan tidak ada sikap saling menyayangi sesama adik beradik.

Ada Beberapa Cara Yang Boleh Ibu Bapa Gunakan Untuk Elakkan Anak Kedekut

Apa yang lagi teruk, ada yang sampai tahap adik beradik langsung tidak bertegur antara satu sama lain dan seringkali bergaduh kerana sikap kedekut dan tidak mahu berkongsi antara satu sama lain. Disebabkan itu, ia menjadi semakin melarat sehingga mereka dewasa dan tidak adanya sikap tolong menolong antara adik beradik dalam diri aanak kita. Jadi, sebelum ia melarat dan menjadi lebih teruk, kita perlu mendidik anak kita sejak mereka masih kecil supaya elakkan sikap kedekut dan amalkan sikap suka berkongsi. Antara cara yang boleh digunakan untuk elakkan anak kedekut adalah seperti:

1-Ajar Bermula Dari Rumah

Rumah bukan sahaja merupakan tempat untuk kita berlindung sekeluarga tetapi juga ia merupakan tempat bermulanya untuk anak-anak kita belajar. Mereka akan melihat apa yang berlaku di rumah dan seterusnya mengikut apa yang telah mereka lihat. Justeru itu, kita perlu menunjukkan contoh yang baik dengan amalkan sikap berkongsi ketika di rumah. Contohnya berkongsi makanan, dan sebagainya. dengan menunjukkan contoh yang baik secara tidak langsung abak juga akan turuk ikut sikap yang sama.

Anak Kedekut

2- Ajar Anak Untuk Bermain Bersama

Satu lagi cara yang anda boleh gunakan ialah dengan ajar anak anda bermain bersama. Dengan bermain besama adik beradik yang lain, anda dapat mengajar mereka dan memberitahu supaya berkongsi permainan bersama dan tidak bergaduh. Sewaktu mereka sedang bermain pantau juga mereka dan jika ada berlaku pergaduhan kerana perebutan barang permainan, cepat-cepat leraikan mereka dan nasihat mereka kenapa perlu berkongsi. Secara tidak langsung anak anda akan mula belajar berkongsi permainan dengan adik beradik yang lain

Baca Juga: Ajar Anak Berdikari? Jom Ikut 4 Tips Yang Hebat Ini

3-Tetapkan Peraturan

Selain dari cara di atas, satu lagi cara yang boleh anda gunakan untuk elakkan mereka kedekut sehingga bergaduh adalah dengan menetapkan peraturan kepada anak anda. Setiap barang permainan atau barang yang anda beli untuk anak-anak tetapkan peraturan yang barang tersebut bukan hak mutlak mereka dan jika mereka tidak mahu berkongsi, anda mungkin boleh mengambil semula barangan tersebut dan akan bagi semula bila mereka buang sikap kedkut tersebut.

Anak Kedekut

4- Beritahu Anak Kenapa Mereka Kena Berkongsi

Dalam pada masa yang sama, beritahu juga kenapa mereka perlu berkongsi barang yang kita ada dengan orang lain terutama sekali dengan ahli keluarga. Anak-anak biasanya mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Jadi, bila kita beritahu kenapa mereka kena berkongsi secara tidak langsung ia akan mewujudkan sikap ingin berkongsi dan permurah dalam diri anak anda.

5- Puji Anak Kita

Kanak-kanak sangat sukakan pujian terutama sekali daripada ibu bapa mereka sendiri. Justeru itu, jika anak anda mula menunjukkan sikap permurah dan suka berkongsi dengan adik, puji mereka walaupun dia berkongsi barang yang kecil. Dengan pujian kita ia akan membuatkan anak kita bertambah bersemangat dan akan teruskan sikap permurah mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa