Marah Anak Dengan Doa Dan Bukannya Maki Hamun

DSC_2963

Kita semua pernah marah, itu sifat manusia. Marah biar secara berakal dengan mengawal perasaan dan kata-kata yg diucap. Jangan biar kemarahan dikuasai emosi dan nafsu kerana akan terbit kata-kata yg tidak dikawal, yang terbit dari nafsu marah bukan dari akal. Maki hamun, sumpah seranah itu kebiasaan orang yang marah, itulah senjata syaitan.

Jangan pandang remeh pada setiap perkataan yang keluar dari lidah anda. Ada ketikanya, apa yg kita sebut, tiba-tiba diperkenan Allah, maka terjadilah ia. Jika ia perkara yg buruk, maki hamun sumpah seranah, lalu termakbul, bagaimana?

Perhatikan hadis ini;

Rasulullah SAW telah bersabda: ”Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah Taala dalam keadaan diredai. Demikian pula adakalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah Taala dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)

Saya berbimbang sekali ibu dan bapa yg bila marah anak-anak, selalu terlajak kata, apakata jika waktu itu Allah terima perkataannya. Bila marah saudara mara, rakan taulan, terlajak kata. Bila melihat keburukan, kecatatan orang, terlajak kata.

Kawallah perkataan bila marah.Berbimbanglah kepada saat Allah mengangkat perkataan kita yang buruk. Kalau marah pun, jangan meratus, berleter panjang, mengulas itu ini bagai ulasan selari pertandingan bola sepak kerana bimbang terlajak kata. Ada ibu yang tersebut “Anak tak guna, penyegan…..” Ada ayah termaki”Anak celaka,……” Ada rakan tersebut dalam marah”Haram jadah sungguh dia tu…”

Kawallah marah dengan diam, kunci mulut.

Continue reading Marah Anak Dengan Doa Dan Bukannya Maki Hamun

SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL? (BUKAN ANAK PEREMPUAN SAHAJA)

Clean House

Bagi saya, ajar dan biasakan anak dan kerja rumah membantu mereka menjadi ‘manusia’, dan insyaAllah dengan izin Allah.. supaya tidaklah suatu hari nanti, anak yang menjadi TUAN kepada ibu bapa. Supaya tidaklah satu hari nanti, anak-anak kita jadi manusia sombong yang memandang rendah terhadap orang lain dan rasa mereka tidak layak melakukan kerja-kerja yang bagi mereka, “low class” sangat.


SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL?

Tidaklah mendera jika anak sejak kecil kita ajarkan untuk tahu jika tumpahkan air, cari kain/tuala lap meja, lap. Supaya tidaklah nanti bila ke mana-mana, tak ada rasa tanggungjawab hinggakan semua mahu cleaner yang buatkan. Semua mahu bibik yang settlekan.

Tidaklah keji jika sejak kecil, kita ajarkan anak, sebelum mandi, lepas tanggalkan baju, masukkan ke dalam bakul. Supaya tidaklah nanti mereka pakai campak saja baju ke lantai dan biarkan kita yang mengutipnya (atau pembantu rumah kutipkan? itu lagi keji) seperti orang tiada tamadun.

Continue reading SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL? (BUKAN ANAK PEREMPUAN SAHAJA)

Ikhtiar Merawat Anak Demam Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital/Klinik

fever

Apabila anak demam atau badan sudah terasa dedar perkara berikut boleh dilakukan :

baby bath

lemon
1) Mandikan bayi anda dengan air suam bercampur dengan hirisan lemon yang telah diramas-ramas. Biarkan anak berendam dalam besen ataupun tub.

2) Biarkan bayi anda dalam pakaian yang nipis. Bayi apabila demam, tidak digalakkan untuk dipakaikan pakaian tebal. Sesekali jerlum kepala bayi dengan air hirisan lemon.

Epsom Salt

Epsom Salt 

3) Air mandian dan hirisan lemon boleh ditambah dengan Epsom Salt yg boleh diberi di farmasi. Epsom Salt ni terlalu banyak sangat kebaikan dia. Murah. Tak rugi membeli.

4) Bila bayi anda tidur, boleh pakaikan anak dengan lemon socks yang mana stokin tersebut direndam dengan air lemon dan dimasukkan sedikit hirisan lemon didalam stokin tersebut utk diletakkan di tapak kaki dan tumit. Bila stokin kering, basahkan lagi dan pakai pada kaki bayi.

onions in bowl

5) Jangan lupa letakkan hirisan bawang merah dalam bekas kecil dan letakkan jauh sedikit dari bayi. Bawang merah adalah sangat bagus digunakan ketika bayi demam/batuk/selsema kerana fungsinya yg bertindak sebagai penyerap virus2 di udara.

Continue reading Ikhtiar Merawat Anak Demam Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital/Klinik

Wajarkah Ibu Bapa Memberi Kebebasan Atau Kongkongan Pada Anak-Anak?

main

Persepsi ibu bapa terhadap kaedah mendidik anak berbeza-beza. Ramai yang percaya didikan dalam bentuk kebebasan bertindak dan berfikir secara kreatif adalah sebaik-baik kaedah. Tetapi, ada yang kecundang akhirnya kerana kebebasan itu memakan diri sehingga anak-anak tidak boleh berdisiplin mengikut undang-undang. Contohnya, anak-anak disuruh memilih sendiri jalan yang disukai, sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, mengaji Al-Quran atau tidak, suka hati sendiri kerana ibu bapa beranggapan bahawa agama adalah kesedaran hati bukan paksaan.

Pandangan sebegini sungguh ekstrim dan membahayakan anak. Seolah-olah membiarkan anak sendiri sesat di tengah hutan yang gelap tanpa bimbingan tangan dan suluhan cahaya untuk mencari jalan keluar. Hanya ibu bapa yang bodoh sahaja akan membiarkan anaknya dibaham harimau atau tenggelam dalam lautan maksiat. Kepada mereka yang berfahaman bebas dalam mendidik anak, maka hendaklah mereka berlaku adil. Anak-anak tumbuh sesuai dengan ransangan persekitarannya, jika di sekelilingnya sumber maksiat terlalu kuat mengapa tidak disediakan juga sumber-sumber mata air keimanan?

Lawan dari kaedah kebebasan adalah kaedah otoriter, kuku besi, yang memenjara jiwa anak. Anak tidak mempunyai peluang dan kebebasan langsung untuk memilih, semua diatur dengan disiplin yang ketat bahkan dalam perkara-perkara yang menjadi keperluan jiwanya sama sekali diharamkan walaupun agama menghalalkannya.

Amat merbahaya jika menggunakan pendekatan terlalu mengongkong anak bahkan tidak segan-segan mendera emosi dan fizikal jika mereka melawan. Agama melarang perbuatan mengeksploitasi anak, memaksakan kehendak kepada anak dan menafi hak mereka untuk bergembira, bermain dan berhibur.

Allah Taala berfirman tentang hak-hak anak yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. “ (Surah al-Anfal ayat: 27-28)

Rasulullah SAW juga mengingatkan dengan sabdanya yang bermaksud: “Seseorang dianggap berdosa, apabila membiarkan (tidak mempedulikan) orang yang wajib diberikan nafkah.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Continue reading Wajarkah Ibu Bapa Memberi Kebebasan Atau Kongkongan Pada Anak-Anak?

Petua Mandikan Bayi Baru Lahir

baby mandi

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Silakan Share, semoga bermanfaat untuk semua