Cabaran Cara Mendidik Anak Zaman Digital

Kita perlu akui cara mendidik anak zaman digital dan moden ini cabarannya lebih daripada biasa. Anak-anak bersifat ingin tahu yang lebih tinggi lagi-lagi jika membesar dengan kemudahan teknologi yang berkembang dengan sangat pesat.

Nak elak pun tak boleh, kan? Nak biarkan anak dengan gajet semata-mata pun tak boleh.

Serba-salah dibuatnya.

Lagi-lagi untuk ibu bapa yang juga bergantung dengan kemudahan teknologi dalam menyelesaikan urusan seharian.

cara mendidik anak zaman digital
Kredit gambar : pexels.com

Cabaran Mendidik Anak Seiring Zaman Moden

Pelbagai cabaran zaman moden kini mungkin boleh melemahkan pembangunan insan, bangsa dan juga negara. Tetapi kita juga kena ambil kira disebalik arus pembangunan dan kemodenan dunia, ianya juga dapat digunakan untuk mendidik masyarakat lebih bertamadun dan berdaya saing antara satu sama lain.

Cabaran Yang Dihadapi Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Zaman Moden

1- Cabaran Dalam Pendidikan Zaman Moden

Saya pernah jumpa ibu yang langsung tidak pernah beri anaknya gajet (smartphone, Ipad dan sebagainya dari kecil). Sejujurnya saya kagum dan terfikir juga bagaimana beliau boleh bertahan dengan prinsip tidak galakkan anak terdedah dengan teknologi dari kecil. Pada beliau, gajet hanya akan tambah tekanan sedia ada sebagai seorang parent.

Tetapi masalah timbul apabila anak tersebut mula masuk tadika. Guru mengadu yang anaknya ketinggalan sebab tidak faham serta lambat belajar semasa gunakan alat teknologi ini dalam pembelajaran.

Setelah itu baru saya tahu yang kebanyakan tadika sekarang menggunakan kemudahan teknologi dan gajet dalam pembelajaran. Jadi ibu tersebut sangat serba salah nak biarkan anaknya menggunakan gajet untuk belajar.

Beliau sangat takut kalau-kalau anaknya terbawa-bawa serta ketagih untuk gunakan gajet seharian.

Jadi bagaimana ibu tersebut berdepan dengan situasi ini?

Nak biarkan anak selalu gunakan gajet supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran? Walaupun ianya juga merupakan antara salah satu cara mendidik anak zaman digital ini.

Ataupun pada pendapat saya, sebagai ibu bapa kita boleh beri mereka gajet tetapi wajib hadkan penggunaannya dan seimbangkan antara keperluan anak serta kemahuan.

Bagaimana?

Ibu bapa perlu didik anak supaya mereka faham antara keperluan dan kemahuan. Selain itu didikan ini perlu konsisten supaya tidak berlebihan sehingga menganggu proses pembesaran mereka yang lain.

2- Pengaruh Rakan Sebaya dan Persekitaran

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Kebanyakan ibu bapa juga dah berikan yang terbaik dari segi pendidikan, perhatian serta keperluan harian. Namun, anak adakalanya lebih mudah terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya serta keadaan persekitaran.

Ini tentunya sangat membimbangkan ibu bapa lagi-lagi kalau anak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.

Kita juga dalam keadaan masih perlu galakkan anak-anak berkawan dengan rakan dan bermain di luar sebagai contoh. dengan Tetapi rakan mereka pula lebih memilih untuk bermain di dalam rumah dengan gajet dan mobile games.

Kita pula tidak dapat halang seorang anak yang sedang membesar untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang lain. Dan anak-anak pula jadikan alasan ini untuk melekat dengan gajet dengan alasan untuk bersosial dengan kawan di alam maya.

Jadi dalam keadaan ini ibu bapa boleh memantau jenis permainan dalam talian yang mereka gunakan. Selain itu juga hadkan masa penggunaan dalam seharian.

Terangkan baik buruk sesuatu permainan dan aplikasi yang mereka gunakan jika ianya kelihatan menyebabkan anak bertindak di luar batas.

Antara Cadangan Cara Mendidik Anak Zaman Digital

  • Sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan anak-anak. Ambil tahu siapa rakan mereka dan jenis pergaulan.
  • Berkongsi kebaikan dan keburukan gajet dengan anak-anak. Selain itu didik mereka amalkan penggunaan teknologi secara berhemah.
  • Pantau perkara dan aplikasi yang mereka lihat serta gunakan. Adakalanya mereka mungkin tersasar dari penggunaan yang betul. Tetapi ibu bapa boleh menasihati dengan baik serta amalkan bersikap tenang dalam mendidik anak.
  • Selain itu ibu bapa harus tetapkan peraturan yang jelas untuk mereka dalam menggunakan kemudahan teknologi dan gajet.

Sesuaikan Kehidupan Dengan Perkembangan Digital Semasa

Dalam keadaan dunia yang semakin moden dan serba digital ini, sukar untuk kita elakkan terutamanya anak-anak untuk mengunakan kemudahan teknologi serta gajet yang ada.

Selain daripada amalkan disiplin dan peraturan penggunaan yang jelas untuk mereka, ibu bapa juga boleh mula cuba untuk menyesuaikan kehidupan keluarga dan anak-anak dengan perkembangan teknologi ini. Selain itu juga ibu bapa wajib tidak mengetepikan ajaran-ajaran agama dan moral yang baik untuk anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa