4 Cara Mengenali Gejala ADHD Pada Anak

Gejala ADHD pada anak yang perlu orang tua ketahui. Tetapi sebelum itu, anda tahu tidak apa itu ADHD? Adakah ia bahaya pada anak tersayang anda?

Luangkan masa sedikit untuk anda mengetahui penyakit ini dengan membaca artikel ini sehingga habis.

ADHD ini merupakan singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Berdasarkan sumber doctoroncall, ADHD adalah gangguan jangka panjang yang disebabkan perbezaan dalam perkembangan otak dan aktiviti otak.

Ianya dimanifestasikan dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang.

Masalah ini boleh mempengaruhi prestasi kanak-kanak tersebut di sekolah, tingkah laku serta dalam hubungan.

Gejala ADHD pada anak

Jika penyakit ADHD pada anak ini dibiarkan, mungkin dikemudian hari akan bertambah sulit untuk merawatnya.

Ini kerana anak mungkin akan cedera jika terlebih aktif, sukar untuk mendapat kawan dan malah mengganggu proses pembelajarannya.

Jadi, gejala ADHD pada anak sangat penting untuk ibu bapa memerhatikannya. Di bawah ini saya senaraikan beberapa gejala ADHD pada anak yang mungkin ibu bapa perlu ambil berat. Jom semak.

1. Sukar mendengar arahan

Gejala ADHD pada anak yang pertama ialah mereka ini susah untuk mendengar arahan. Kita bagi arahan yang mudah pun, susah betul mereka ni nak sampai.

Sampai kena tnjuk depan mata, baru boleh ikut. Ini disebabkan, mereka tiada tumpuan yang baik dan menyebabkan tidak dapat mendengatr aaraha apabila kita sedang bercakap dengan mereka.

Kadang-kadang mereka ini nampak seperti berangan-angan, mudah keliru, terhegeh-hegeh dan lambat melaksanakan arahan yang walaupun ianya mudah.

Ini kerana, mereka mengalami kesukaran untuk memproses maklumat secepat dan setepat anak yang lain.

2. Tidak boleh duduk diam

Anak yang mengalami penyakit ADHD ini juga adakalanyadilabel sebagai anak yang nakal. Ini kerana mereka amat susah untuk melakukan aktiviti yang memerlukan seseorang untuk duduk diam, seperti semasa belajar atau makan.

Anak hiperaktif ini senang dan mudan untuk berasa gelisah apabila duduk di kerusi. Mulut tu tak henti-henti bercakap, menyentuh atau bermain apa saja sehingga mengganggu orang lain, terutamanya apabila di dalam kelas. Orang kata, memang tak boleh nak duduk diam. Ada sahaja benda yang mereka ni nak buat.

3. Bertindak mengikut emosi

Selain itu, anak ADHD ini mudah untuk bertindah mengikut emosi / Akibat perlakuan impulsif itu, mereka juga menunjukkan emosi secara telus dan cenderung melakukan sesuatu tindakan tanpa memikirkan akibatnya sama sekali. Itu yang kadang membuatkan orang sekeliling mudah untuk cedera apatah lagi diri sendiri.

4. Mudah bosan

Perasan tak, anak ADHD kebiasaannya mereka mudah bosan. Mereka menjadi cepat bosan dengan satu-satu tugas hanya selepas beberapa minit.

Dengan tidak duduk diamnya dan mudah bosan, itulah anak ADHD. Oleh itu, mereka mudah untuk bertukar-tukar aktiviti sehingga kerja sekolah mereka lengkap.

Tugas ibu bapa mestilah sentiasa peka dengan perkembangan anak tersayang bagi memastikan mereka ini dilindungi. Penyakit ADHD masih boleh dirawat sekiranya melalui sumber yang betul.

Saya harap artikel ini membantu dalam menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi. Semoga bermanfaat.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa