Alim Kids Archive

Apakah Yang Mempengaruhi Peribadi dan Perlakuan Anak Kita?

Bagaimana peribadi anak kita, hampir pasti itulah cerminan peribadi kita. Biasanya anak-anak akan terikut-ikut tingkahlaku ibu dan ayah.

Kadangkala kita tidak sedar akan perkara ini, kita puas berfikir, kenapa anak-anak kita berperangai begitu dan begini. Adakalanya ada yang berperangai kurang elok sehingga kita rasa stress. Kita meluru dan terus menyalahkan anak-anak tampa berfikir perangai siapakah yang dicontohi oleh mereka.

Mari kita hayati hadith ini, Sabda Rasulullah S.A.W;

Setiap bayi yang dilahirkan itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi [ Riwayat Bukhari & Muslim ]

Kita mungkin tidak sedar bahawa peribadi mereka banyak yang terpengaruh dengan diri kita sendiri. Kita seharusnya menunjukan contoh tauladan yang baik agar anak-anak juga mendapat contoh yang baik dalam proses tumbesaran mereka.

Tudung Si Comel

Teringat kata-kata puan Lily Maznah Pengasas kepada Alim Kids. Menurut puan Lily Maznah, 85% perkembangan mental seorang manusia adalah seawal usia 5 tahun dan ini bermaksud apa yang anak kita terima atau pelajari sebelum usia 5 tahun, itulah yang akan menjadi cara hidup atau kepercayaan mereka (termasuk kita).

Jadi, pada usia sebelum 5 tahun itulah juga antara waktu yang kita harus memberikan tumpuan.

Mari kita hayati pula kata-kata yang diambil di internet. Semoga penulisnya mendapat pahala dari perkongsian yang membuka minda ini. Aamiin.

Anak Kita Membayangi Siapa Diri Kita…

1. Jika anakmu BERBOHONG, mungkin sebab engkau MENGHUKUMYA TERLALU BERAT.

2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, mungkin sebab engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT

3. Jika anakmu KURANG BERBICARA, mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

4. Jika anakmu MENCURI, mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

5. Jika anakmu PENGECUT, mungkin sebab engkau selalu MEMBELANYA.

6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN, mungkin sebab engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7. Jika anakmu PEMARAH, mungkin sebab engkau KURANG MEMUJINYA.

8. Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, mungkin sebab engkau TIDAK BERKONGSI DENGANNYA.

9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN, mungkin sebab engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

Continue Reading

Lawatan Pengasas ALIM Kids ke TudungSIComel.com

Alhamdulillah, pagi nie butik TudungSiComel.com kita dilawati oleh seorang lagi insan hebat (semua tetamu/pelawat/rakan TudungSiComel.com adalah hebat) =)

Jika antaranya sebelum nie Pengasas Modern Hijab Exclusive, tapi kali nie  Pengasas kepada ALIM Kids pula iaitu Puan Lily Maznah.  Kecil saja orangnya, tapi berjiwa besar =)

Pn Lily Maznah - ALIM Kids

ALIM Kids ditubuhkan oleh beliau semenjak tahun 2006 bertujuan untuk membantu ibu bapa bagi mendidik anak menjadi insan yang *ALIM.

Menurut puan Lily Maznah, 85% perkembangan mental seorang manusia adalah seawal usia 5 tahun dan ini bermaksud apa yang anak kita terima atau pelajari sebelum usia 5 tahun, itulah yang akan menjadi cara hidup atau kepercayaan mereka (termasuk kita).

ALIM Kids

Jadi, di atas kesedaran itulah, beliau mengasaskan ALIM Kids bagi membantu ibu bapa yang sekarang ini agak sibuk dengan urusan kerja untuk mendidik anak-anak mereka agar mendapat suapan minda yang baik seawal usia.

A for ACTIVE
L for LIVELY
I for INTELLIGENT
M for MUSLIM

Put them together…It becomes ALIM, which means one with knowledge.

Ultimately, our aim is to create a Muslim child who is full of knowledge, both of this world and hereafter, and is able to use that knowledge for the betterment of the Ummah.

At ALIMKids, we strive to enrich the children’s hearts with the love of Allah and Islam, and their minds with knowledge that benefits them and the Ummah.

ALIMKids Playgroup is a fun program designed for children 2-4 yrs old which is held once a week and teaches the children about Islam in a fun way.

ALIM Kids

Untuk maklumat lanjut berkenaan ALIM Kids terutama cawangan berdekatan, rakan-rakan boleh lawati laman Facebook rasmi mereka di FB/AlimKidsPlaygroup.

Kami di TudungSiComel.com sangat-sangat menghargainya dan berharap agar TudungSiComel.com dapat berkolobrasi bersama ALIM Kids suatu hari nanti…uhuk uhuk hehe (harap dapat dipertimbangkan) =)

Terima kasih puan Lily Maznah atas kunjungan tersebut =)