fbpx

Jaminan Archive

Jaminan 180 Hari – Bukanlah Gimik Perniagaan

Semua produk TudungSiComel, kita berikan Jaminan 180 hari dan ini bukanlah sekadar gimik promosi, tapi sebab kita nak semua pelanggan yang terima produk kita betul-betul berpuas hati.

Kita nak rezeki yang kita terima adalah dari hasil yang halal dan berkat. Hasil senyuman pelanggan-pelanggan kita.

Dalam beribu-ribu gulungan kain yang masuk ke Malaysia, mungkin ada satu dua gulungan kain yang kurang elok sedikit dari segi kualitinya dan kadang-kadang semasa proses menjahit dan membungkus, kita tidak perasan.

Jadi disebabkan itu, jika ada pelanggan kita terima dan rasa produk tersebut tidak berkualiti, tidak selesa, tidak sesuai dengan harga atau apa sahaja rasa yang tidak gembira, boleh pulangkan dan kita akan buat pemulangan wang semula atau kita buat penghantaran tudung gantian 😃👌

Namun kita sentiasa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik. Cuma kadang-kadang ianya kita terlepas pandang dan jangan risau, waima pelanggan borong atau retail, kita akan bertanggungjawap sepenuhnya 😃👌

Keselesaan Si Comel puan/pelanggan adalah kegembiraan kami di TudungSiComel 😊

Terima kasih 😃

JAMINAN 180 HARI ADALAH SATU GIMIK PERNIAGAAN? 

Mungkin ada antara kita yang merasakan Jaminan 180 untuk Produk TudungSiComel hanya sebagai gimik sahaja.
.
Sebenarnya TIDAK! 🚫
.
Jaminan ini memang benar-benar dijamin 😆


KENAPA KITA BERIKAN JAMINAN 180 HARI?
.
Sebenarnya, kita hanya inginkan rezeki yang diterima dari mereka-mereka yang BERPUAS HATI dan GEMBIRA sahaja. Kita tidak ingin rezeki yang diperolehi dari rasa tidak berpuas hati para pelanggan kita.
.
Apa yang penting adalah wang yang kita terima untuk kita kongsikan kepada semua Warga Krew TudungSiComel, dari Tailors hingga ke Pihak Pengurusan dan juga Wakil Jualan adalah dari hasil yang HALAL dan BERKAT 😊
.
Jika puan ada pernah membuat sebarang belian dari kami dan merasakan tidak setanding dengan nilai dan Si Comel tidak gembira, boleh maklumkan kepada kami untuk kita pulangkan semula wang puan serta urusan pemulangan produk.
.
Misi kami adalah untuk melihat semua Si Comel GEMBIRA dengan produk yang SELESA.
.
Jika puan dan Si Comel gembira, kami lebih-lebih lagi gembira 😍😍😍🤩

Bayar Masa Dapat Gaji Nanti Boleh Ker?

Ramai rakan-rakan yang bertanyakan kami berkaitan isu pembayaran. Antara soalan yang lazim ditanya adalah:

Anda: Boleh ker saya bayar masa dapat gaji nanti?

TudungSiComel.com: Boleh saja. Kami boleh Pos Laju dahulu tempahan anda kerana koleksi yang kita hasilkan adalah SANGAT terhad dan EXCLUSIVE. Tempah dahulu dan bayar kemudian =)

Kita di TudungSiComel.com sentiasa berusaha untuk memastikan rakan-rakan semua gembira dan selesa berurusan dengan kita.

Wang bukanlah menjadi ukuran, tetapi bagi kami yang penting adalah keceriaan si comel anda dan PERSAHABATAN kita.

Pn Saripah-3Tudung Sehati Sejiwa

Disebabkan itulah, kami juga berikan Jaminan selama 6 Bulan atas tudung-tudung yang kami hasilkan.

Jaminan kami

 

♡♡ JAMINAN ♡♡

*Setiap tudung asli yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah jaminan 6 bulan dari tarikh penerimaan.

*Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.