fbpx

Nasihat Archive

6 Tips untuk Ibu Bapa dalam Menasihati Anak-Anak Secara Psikologi

Nasihati Anak

 

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:”tidurlah sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

Continue Reading

Rahmat disebalik Kesusahan dan Kepayahan buat seorang Ibu yang Mengandung.

SuamiIsteri

Sudah menjadi kebiasaan wanita yang mengandung mengalami alahan seperti kerap muntah. Pada waktu itu, para isteri mengharapkan 100% perhatian dari suami. Suami yang memahami akan datang dari belakang dan gosok-gosok  belakang isteri bagi melegakan isteri. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..

Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir.

Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya…isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti..

Paling syahdu dapat dukung  atau papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik or ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir.

Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang.

Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan.

Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak.

Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.

Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga..

Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.

Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka.

-Ustaz Ebit Lew-

Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak-Anak

10 perkaran kanak2 ingat

Semestinya ada banyak kenangan zaman kanak-kanak yang tidak dapat kita lupakan. Lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa, dan ibu bapa pun sudah menjangkau usia atau sudah pun meninggalkan kita, pasti banyak kenangan bersama mereka yang akan kita pegang sampai bila-bila. Kadang kala apabila teringat, pasti senyuman akan terukir dibibir kita. Bagaimana ibu membelai kita sewaktu tidur, bagaimana ayah sentiasa berada dibelakang kita menyokong tidak kira diwaktu jatuh dan bangunnya kita. Kesemuanya.

Ibu bapa perlu ingat, tiada ertinya anak-anak dilimpahkan dengan kemewahan, tanpa beserta limpahan kasih sayang. Mereka mungkin mendapat apa sahaja yang mereka mahukan, tetapi hakikatnya mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian.

Biar bersederhana dalam harta benda, tetapi mewah dengan kasih sayang 🙂

Disini saya kongsikan perkara untuk mencipta kenangan indah kepada anak-anak yang takkan mereka lupakan sehingga dewasa.

1. MEMBACA

Perkara yang paling saya tak dapat lupakan adalah apabila emak saya sering meneman saya membaca buku. Sebelum saya pandai membaca, beliau membaca buku kepada saya hampir 2 – 3 kali setiap hari. Apabila saya sudah pandai mengeja perlahan-lahan, beliau akan berada disebelah mendengar, sambil memperbetulkan ejaan saya yang masih pelat diwaktu itu. Disebabkan itu, minat saya untuk membaca bercambah setiap hari.

Kita juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anak-anak. Sebagaimana kita menyimpannya sebagai kenangan yang manis, anak-anak juga pasti akan mengingatinya sehingga dewasa.

Jangan berkata “saya tiada masa!”. Andai anda mempunyai masa untuk menonton televisyen atau scroll updates di facebook, masakan anda tidak mempunyai masa untuk membaca bersama anak-anak.

Dengan membaca, anda boleh mengasah minda creativiti anak-anak. Cuba menyuruh anak-anak mereka jalan cerita baru, atau mengaitkan jalan cerita tersebut dengan keadaan realiti sekarang. Anda pasti akan terkesima dengan betapa kreatifnya minda anak-anak ini. Pasti menarik!

Tidak semestinya kita membacakan mereka cerita berbentuk fantasi semata-mata. Cerita Melayu kita juga kaya dengan ilmu dan pengajaran. Kisah-kisah Nabi juga tidak ketinggalan. Mengandungi banyak unsur dan manfaat. Selain dari memberi pengajaran pada anak-anak, kita juga banyak boleh muhasabah diri sendiri dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah tersebut.

2. MENDENGAR

Dalam keadaan zaman sekarang, tidak hairan sekiranya kedua ibu bapa sibuk bekerja. Jadi apabila pulang dari pejabat, kita mesti mahu berehat dan memberi masa untuk diri sendiri.

Tetapi jangan sekali-kali kita lupa. Anak-anak memerlukan perhatian kita dan merindui kita tatkala kita sibuk di pejabat. Mereka mahu kita mendengar mereka bercerita kisah di sekolah, menunjukkan hasil karya mereka atau sekadar melayan soalan-soalan mereka.

Jangan sekali-kali berkata “nanti lah. nak tengok tv ni”.

Jadikanlah mereka berasa bahawa mereka adalah priority kita.

Kunci utama untuk mendengar adalah BERHENTI SEKETIKA.

Berhenti seketika membelek facebook di telefon bimbit. Berhenti seketika menonton bola. Berhenti seketika bermain game. Berhenti seketika apa sahaja yang kita sedang lakukan. Bukannya menyuruh anak-anak menunggu kita meluangkan masa untuk mereka.

Tak rugi tertinggal satu babak drama. Tak rugi menangguhkan mengejar high score game. Tak rugi tertinggal satu post facebook.

Paling merugikan adalah apabila anak-anak sudah mula merasakan, mereka tidak penting kepada kita.

Memetik tulisan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya. Anak-anak yang bermasalah, sebenarnya sering mahukan perhatian dari ibu bapa. Apabila mereka sering meragam, ibu bapa akan memberi perhatian yang cukup pada mereka. Jangan terkejut, memarah dan memukul pun dikira sebagai memberikan perhatian pada mereka. Mereka tidak kisah. Dibandingkan sekiranya mereka berkelakuan baik, ibu bapa akan membiarkan mereka bermain sendirian dan sibuk dengan hal masing-masing.

Jadi, luangkan masa untuk mendengar. Tidak kira betapa remehnya pada anda, ia sebenarnya sangat penting pada anak-anak.

3. MEMELUK

Continue Reading