APAKAH MATERIAL YANG SELESA UNTUK DIJADIKAN TUDUNG KANAK-KANAK?

Mesti puan tertanya-tanya soalan begini kan? Yalah, siapa tak sayangkan anak dan kita semestinya nak hadiahkan Si Comel kita dengan tudung kanak-kanak yang selesa dipakai.
.
Terutama Si Comel yang baru nak mula bertudung, semestinya tudung yang selesa sangat penting. Jadi hari ini saya nak kongsikan satu jenis material yang selesa dan sesuai untuk dihasilkan tudung buat Si Comel.
.
Pernah dengar Lycra Kapas?
.
Namanya selembut kainnya hehe… lycra kapas nie adalah sejenis kain lycra(meregang) yang lembut gebu-gebu gitu… saya taknak cerita lebih, biarlah gambar sendiri berbicara… cuba tengok dan tenung gambar di atas… nampak tak texture-texture kapasnya hehe…
.
Kain ini tidak selalu digunakan sebab harga kosnya agak tinggi, namun sekali sekala, apa salahnya kita hadiahkan tudung yang dihasilkan dari material yang baik untuk Si Comel kita kan 😊
.
**Jangan keliru antara lycra kapas dan lycra jersey. Lycra jersey dia macam plastik sikit dan lebih murah.

#tudungbudak #tudungtadika #tudungsekolah #tudungsicomel #tudungkanakkanak

TUDUNG AWNING SCUBA? TAK NAMPAK SCUBA PUN?!

TUDUNG AWNING SCUBA

Masalah dengan tudung awning scuba biasa adalah kain scubanya cepat lusuh apabila dibasuh, turun warnanya, menjadi keras kejung dan kelihatan seperti tudung murahan… 😔

Ini kerana, material scuba sebenarnya adalah dikhaskan untuk membuat baju renang, bukannya tudung 😅

Saya yakin siapa yang pernah pakai tudung awning scuba pasti menghadapi masalah yang sama kan? 😅

TUDUNG AWNING SCUBA TEKNIK JAHITAN LAPS3

Kini puan tidak perlu risau lagi. Inovasi Teknik Jahitan Tudung Awning Scuba LAPS3 TudungSiComel mampu mengatasi masalah ini dan tudung puan akan tetap kelihatan kemas dan premium sepanjang masa walaupun dibasuh berkali-kali, in shaa Allah 😃

Maaf kita tak dapat dedahkan teknik jahitan LAPS3 kita kepada umum hehe… namun puan boleh cuba dan jika tak puas hati, boleh dipulangkan atau kita refund sahaja.

Jaminan 180 hari, yang penting puan dan Si Comel GEMBIRA dan SELESA bertudung Awning Scuba LAPS3 TudungSiComel 😍

SIMPLE . BEAUTIFUL . EXCLUSIVE

LAGI SIMPLE, LAGI SELESA, LAGI BERGAYA… LESS IS MORE… 😊

“Seharian beraya rumah sanak keluarga, berpanas berpeluh… rimas dengan tudung yang tebal dan berpintal-pintal…tambahan material tudung yang tak serap peluh pula… seksa wehh…”

“Si Comel saya tak suka tudung yang crowded, berjurai-jurai, berlilit-lilit macam tudung ibu-ibu sangat… rimas dan panas katanya…”

Betul juga, kita kan seharian nak ke sana dan ke sini, dengan cuaca panas terik… sampai jer rumah saudara mara dah berpeluh-peluh… cair make up đŸ˜…

In shaa Allah, trend tahun ini adalah tudung yang simple jer dan yang paling penting material yang digunakan tidak jenis cepat panas dan cutting(potongan) yang sesuai dengan bentuk muka.

Nak lihat 44 gabungan warna tudung simple yet elegant Aidilfitri 2019, sila klik pada gambar di bawah.

MUDAH . LEMBUT . SELESA

Tudung Kanak-kanak

Tudung Sekolah Awning Scuba – Teknik Jahitan Scuba Istimewa TudungSiComel

Tudung Sekolah Awning Scuba -Bagaimana Teknik Jahitan Scuba Istimewa Kita Mampu Mencomelkan Lagi Si Comel puan?

Tudung Sekolah Awning Scuba Istimewa

Tahukah puan bahawa teknik jahitan scuba kita berbeza dari awning scuba yang biasa ada di pasaran? JAHITAN kita menggunakan TEKNIK ISTIMEWA yang belum diketahui umum – RAHSIA đŸ˜€

Ini kerana kita hanya jahit material scuba pada lapisan bawah awning sahaja dan di bahagian atas masih lapisan material yang sama dengan badan tudungnya. 

Tudung Sekolah Awning Scuba

Biasanya pembekal tudung menjahit terus material scuba sebagai awning dan ini pada kita agak kurang cantik, walaupun warna hampir sama, tapi tetap nampak kurang ‘matching’ kerana material berbeza.

Jadi dengan teknik ini, scuba kita tidak kelihatan dan ini membuatkan tudung kita seperti tudung awning lembut biasa, namun awningnya boleh dibentuk elok seolah-olah memakai awning keras.

Tiada lagi awning kelebet-kelebet dan patah-patah membuatkan Si Comel puan akan kelihatan lebih istimewa dimata rakan-rakan mereka â¤ď¸

Kita hanya ingin melihat Si Comel puan kelihatan Istimewa dan semoga mereka terus gemar bertudung. Si Comel puan adalah Si Comel kami juga, kami hanya ingin yang terbaik buat mereka.

Selain tudung sekolah awning scuba, kita juga ada tudung sekolah awning lembut istimewa. Kedua-duanya kita hasilkan dari material Lycra Korea dengan Jaminan 180 hari. Jika tidak selesa boleh dipulangkan semula. Yang penting Si Comel puan SELESA dan GEMBIRA bertudung ^_^

Instant Shawl Dolly

Sempena Aidiladha yang semakin dekat, kita telah hasilkan beberapa rekacorak yang pastinya mampu mengembirakan Si Comel puan. Antara yang terbaru adalah Instant Shawl Dolly ^_^

Instant Shawl Dolly adalah tudung kanak-kanak Istimewa dari jenama CC AFENDY yang dijahit menggunakan material Cotton Prada (Original).

Didatangkan dengan pelbagai warna yang mampu membuatkan Si Comel puan tampak lebih comel. Sticker cartoon character mampu membuatkan Si Comel pasti suka untuk menggayakannya ^_^

KEISTIMEWAAN INSTANT DOLLY

– Material Cotton Prada Original yang diimport khas dan ianya  lembut serta gebu-gebu
– Sarungkan sahaja.
– Tidak perlu menggunakan pin. Mudah dan Selesa
– Kain kapas lembut mudah digosok
– Potongan (Cutting)  khas yang Selesa dipakai 

Ianya direka khas buat kanak-kanak kerana ianya MUDAH dipakai, LEMBUT dan pastinya SELESA.

Untuk maklumat lanjut, jemput ke butik online mesra smartphone (loading laju) kita dengan klik pada butang di bawah:

Koleksi TudungSiComel