Tudung Sekolah Awning Scuba – Teknik Jahitan Scuba Istimewa TudungSiComel

Tudung Sekolah Awning Scuba -Bagaimana Teknik Jahitan Scuba Istimewa Kita Mampu Mencomelkan Lagi Si Comel puan?

Tudung Sekolah Awning Scuba Istimewa

Tahukah puan bahawa teknik jahitan scuba kita berbeza dari awning scuba yang biasa ada di pasaran? JAHITAN kita menggunakan TEKNIK ISTIMEWA yang belum diketahui umum – RAHSIA 😀

Ini kerana kita hanya jahit material scuba pada lapisan bawah awning sahaja dan di bahagian atas masih lapisan material yang sama dengan badan tudungnya. 

Tudung Sekolah Awning Scuba

Biasanya pembekal tudung menjahit terus material scuba sebagai awning dan ini pada kita agak kurang cantik, walaupun warna hampir sama, tapi tetap nampak kurang ‘matching’ kerana material berbeza.

Jadi dengan teknik ini, scuba kita tidak kelihatan dan ini membuatkan tudung kita seperti tudung awning lembut biasa, namun awningnya boleh dibentuk elok seolah-olah memakai awning keras.

Tiada lagi awning kelebet-kelebet dan patah-patah membuatkan Si Comel puan akan kelihatan lebih istimewa dimata rakan-rakan mereka ❤️

Kita hanya ingin melihat Si Comel puan kelihatan Istimewa dan semoga mereka terus gemar bertudung. Si Comel puan adalah Si Comel kami juga, kami hanya ingin yang terbaik buat mereka.

Selain tudung sekolah awning scuba, kita juga ada tudung sekolah awning lembut istimewa. Kedua-duanya kita hasilkan dari material Lycra Korea dengan Jaminan 180 hari. Jika tidak selesa boleh dipulangkan semula. Yang penting Si Comel puan SELESA dan GEMBIRA bertudung ^_^

Panduan Pemilihan Tudung Sekolah Buat Si Comel?

Tahukah puan bahawa bukan semua tudung yang dijahit adalah sama?

Apa yang membezakan antara tudung adalah ‘potongan‘ dan ‘materiel‘ yang digunakan. Dua perkara ini adalah sangat penting untuk dilihat kerana ianya membawa kepada keSELESAan Si Comel puan.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

pn-nukki-2

POTONGAN

Potongan atau cutting (dalam bahasa orang putih hehe) adalah antara faktor yang membuatkan sesuatu tudung itu Istimewa.

Semua orang boleh jahit tudung, namun TAK SEMUA yang mampu menghasilkan Potongan yang Selesa.

Di TudungSiComel, kita ada potongan rahsia yang sentiasa dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pelanggan selama ini.

Apakah rahsianya? Biarlah ianya terus menjadi rahsia hehe…puan boleh cuba dahulu pada Si Comel puan, jika tidak selesa BOLEH DIPULANGKAN. Kami hanya ingin lihat Si Comel puan tersenyum sahaja apabila menggayakannya =D

Hampir 2000 testimoni positif diterima dan semoga puan juga bakal menjadi salah seorang daripadanya. Aamiin

pn-dewi-rahmaz

tsc-hernawaty

INGIN MENCUBA TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA TUDUNGSICOMEL?
.
1. MUDAH Dibasuh
2. Materile Lycra LEMBUT
3. SELESA dipakai
.
KLIK link mesra smartphone (loading sangat laju) di bawah:
.

Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa, KLIK SINI

CARA MEMAKAI TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT YANG BETUL

TAHUKAH puan? sebenarnya tudung awning lembut dicipta bukanlah untuk menggantikan konsep tudung awning keras.

tudung sekolah awning lembut istimewa
SEBENARNYA, awning lembut dihasilkan adalah inovasi dari tudung syiria. Cumanya, jika sebelum ini kita mengenakan anak tudung, sekarang tidak lagi.
.
Awningnya telah dijahit terus dengan badan tudung agar lebih mudah dipakai dan selesa. Jadi konsep pemakaiannya haruslah DITARIK ke belakang sedikit agar awningnya nampak bulat dan cantik.
.
Jika tidak, awningnya akan kelihatan tidak kemas dan kurang menarik.
.
Jika longgar, puan perlu menggunakan pin untuk membuatkannya lebih kemas. Ingatkah kita bagaimana perasaan memakai tudung Syiria…melekat dan selesa.
.
Selamat mencuba ☺
.
.
INGIN MENCUBA TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA TUDUNGSICOMEL?
.
1. MUDAH Dibasuh
2. Materile Lycra LEMBUT
3. SELESA dipakai
.
KLIK link mesra smartphone (loading sangat laju) di bawah:
.

Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa, KLIK SINI

Item added to cart.
0 items - RM0.00