SOALAN LAZIM
1. Apa itu Dropshipper TudungSiComel?
2. Bagaimana ingin daftar / aktifkan akaun dan dapatkan Harga Istimewa Dropshipper? (Sekiranya masih belum mengaktifkan)
3. Bagaimana untuk dapatkan gambar produk untuk dibuat promosi?
4. Apakah langkah-langkah membuat promosi?
5. Kos dan Maklumat Penghantaran.
6. Cara Semak Stok Semasa / kewujudan.
7. Panduan Meletakkan Harga Jualan dan Diskaun.
8. Sekiranya menghadapi sebarang masalah.
9. Semak Promosi Semasa.
10. Grup Sokongan: Whatsapp/Telegram
PANDUAN DROPSHIP TUDUNGSICOMEL
1. Apa itu Dropshipper TudungSiComel?
Dropshipper adalah agen yang menjual/ mempromosikan produk TudungSiComel dan memperoleh keuntungan dengan perbezaan Harga Jualan dan Harga Istimewa Dropshipper.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dropship, disarankan google dan cari;
– Apa itu dropship?
– Strategi Pemasaran dropshipper?
… dan sebagainya…in shaa Allah kita perlu rajin berusaha menuntut ilmu untuk berjaya.
2. Bagaimana ingin Daftar Akaun dan dapatkan Harga Istimewa Dropshipper? (Sekiranya masih belum mengaktifkan)
a. Untuk melihat harga Istimewa Dropshipper TudungSiComel, anda boleh Daftar Akaun sebagai Dropshipper di Katalog kita dengan KLIK SINI.
b. Kemudian, setelah daftar sila whatsapp/sms email anda ke 011-33015034 (Mira) untuk dibuat semakan(Waktu Operasi Isnin-Jumaat / 10pg-5ptg) atau boleh juga klik pada link whatsapp>> https://aktifakaundropship.wasap.my/
Whatsapp/SMS butiran: email anda<jarak>Aktifkan Akaun Dropship Saya
c. Setelah diluluskan/diaktifkan, anda boleh LOGIN semua ke akaun anda tersebut dan anda akan dapat lihat perbezaan harga seperti gambarajah di bawah:
Anda perlu menjual dan buat promosi dengan harga pasaran yang ditetapkan di web agar tidak berlakunya price war antara agen.
3. Bagaimana untuk dapatkan gambar produk untuk dibuat promosi?
Untuk dapatkan bahan promosi seperti gambar, copywriting, video serta maklumat promosi semasa KLIK SINI.
4. Apakah langkah-langkah membuat promosi?
a. Dapatkan gambar produk yang ingin dipromosikan dan buat promosi di facebook, IG, Tiktok, Shopee, Lazada, Mudah.my dan lain-lain. Saya sarankan anda untuk google lebih lanjut berkaitan strategi dropship yang terkini.
b. Apabila ada pertanyaan dari prospek, layan dan jawap seperti biasa. Kita sangat sarankan agar anda melayan pelanggan dengan SANGAT BAIK kerana apabila anda melayan pelanggan dengan baik, in shaa Allah mereka akan terpikat untuk berurusan dengan ada untuk membantu mereka membuat tempahan.
c. Apabila pelanggan bersetuju untuk membuat belian, anda boleh login ke Akaun Dropship anda dan buat tempahan seperti biasa. Jangan lupa untuk letakkan Shipping Address ke alamat pelanggan.
5. Kos dan Maklumat Penghantaran.
Untuk maklumat berkaitan penghantaran, anda boleh RUJUK SINI.
Dan untuk melihat jumlah keseluruhan kos penghantaran, anda boleh juga masukan semua produk yang ingin ditempah/ ditanya oleh pelanggan ke Troli, masukkan kod kupon jika ada promosi semasa yang melibatkan kupon (biasanya admin akan maklumkan). Setelah melihat semua jumlah yang dipaparkan boleh klik proceed to checkout untuk isi maklumat pelanggan dan membuat pembayaran. Semakan seperti gambarajah di bawah:
SAYA FAHAM
Sila baca dan fahamkan maklumat di atas sebelum ke Page Seterusnya.