5 Hiasan Dinding Tadika Dapat Pengaruhi Emosi Kanak-Kanak .

Hiasan dinding tadika adalah satu tarikan utama terhadap mata memandang. Bahagian utama sebelum membuat dekorasi tadika adalah dinding. Tambahan lagi, kanak-kanak yang menjadi penghuni di tadika sewaktu ibu bapa pergi bekerja. Tadika adalah rumah kedua buat kanak-anak yang dihantar ke sini. Oleh itu, kami kongsikan 5 Tips kreatif hiasan dinding tadika kreatif dan cantik.

hiasan dinding kelas tadika
Hiasan dinding tadika yang cantik juga mempengaruhi emosi kanak-kanak untuk fokus belajar

Apakah lukisan hiasan dinding kelas tadika penting?

Bagi menarik minat kanak-kanak ke tadika adalah dengan menghias dinding dengan cantik. Selain itu, ianya juga mempengaruhi secara keseluruhan tadika tersebut.

Pada peringkat umur begini, kanak-anak akan belajar menerokai melalui penglihatan dengan melihat perkara-perkara baharu. Jadi, mereka akan lebih seronok melakukan pelbagai aktiviti di tadika. Sebagai ibu bapa dan guru perlu berhati-hati dengan tindak balas serta lebih memberi tumpuan kepada mereka.  Dengan hiasan yang cantik juga dapat merangsang tumbesaran  kanak-kanak.

Contoh hiasan dinding yang kreatif

Sebelum menghias dinding tadika, adalah menjadi satu kepentingan buat guru-guru bagi memastikan hiasan dinding tersebut kreatif dan cantik.

Imaginasi kanak-kanak berkembang dengan perkembangan bahasa dan pengalaman hidup. Imaginasi adalah penting kepada kanak-kanak kecil, dan lebih imaginatif mereka, lebih baik kemahiran menyelesaikan masalah mereka.

Inilah sebabnya mengapa bilik darjah tadika harus dihiasi dengan unsur-unsur imaginatif, dan guru boleh menyediakan gambar, bahan, dan alat bantu mengajar yang imaginatif untuk merangsang imaginasi kanak-kanak.

Apabila memilih hiasan dinding, guru mestilah memilih kandungan dan tema imaginatif, seperti dunia bawah laut, perjalanan ke angkasa lepas, robot, dan sebagainya.

Wujudkan minat membaca di kalangan kanak-kanak

Hiasan dinding dengan penggunaan alphabet. Iaitu hiasan kertas yang berasal dari huruf-huruf. Sifat kanak-kanak ingin tahu serta meneroka sekelilingnya, pasti membuatkan kanak-kanak terasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika kanak-kanak berminat untuk bangunkan fikiran dengan tabiat suka membaca dan mengenal alphabet ketika ini. Percayalah, ia adalah satu perkembangan yang baik terhadap minda mereka. Dengan hiasan juga bantu merangsang keinginan untuk belajar.

Kebanyakan tadika sekarang sudah mula mempunyai sudut membaca yang sunyi dan selesa bagi memupuk minat membaca sejak tadika. Sebagai contohnya, menyediakan kerusi, meja, karpet dan buku-buku.

Lukisan hiasan dinding Tadika

Selain hiasan dinding kelas tadika dengan kertas yang cantik-cantik. Anda juga boleh membuat lukisan dinding yang cantik dan kreatif serta penggunaan warna-warna yang cantik bagi meningkatkan mood kanak-kanak sewaktu sesi pembelajaran. Anda boleh mengupah pelukis mural untuk hasilkan lukisan mural seperti haiwan di taman, hidupan laut, tulisan alphabet, gambar-gambar kartun terkenal dan sebagainya.

Warna dinding

Bagi mewujudkan mood ceria, anda dinasihatkan menggunakan warna-warna seperti biru, hijau dan jingga.

Sebagai contoh, warna biru sebagai warna penenang serta bantu mewujudkan suasana aman di sekitar. Kerana ia dapat membantu mengurangkan tekanan atau rasa cemas.

Manakala, hijau pula warna semula jadi. Yang mana, ia bantu kelajuan membaca dan serta kefahaman terhadap kanak-kanak.

Disamping itu, warna jingga juga tidak ketinggalan untuk membantu meningkatkan komunikasi kanak-kanak serta bersosial. Warna jingga turut dikatakan warna ceria.

Sebagai contoh Tadika Little Caliph. Warna yang digunakan sangat menarik. Maka, tidak hairanlah tadika tersebut sentiasa mendapat tempat di hati penjaga, walaupun dikatakan yuran Little Caliph tinggi.

Hiasan luar tadika. Adakah ianya perlu?

Hiasan luar tadika, pastinya perlu dihias cantik dan menarik. Bukan sahaja lukisan di luar tadika, malahan di pintu masuk utama tadika pun perlu ada hiasan. Ia gambaran awal tadika tersebut. Terutamanya penjaga akan menilai sesuatu tadika dari sini, sebelum memasuki pintu tadika tersebut.

Perkataan “Selamat Datang” pada ruangan pintu di tampal atau tulisan. Bukan sekadar untuk kanak-kanak, malah penjaga pun turut terkesan dengan kata aluan tersebut. Selamat Datang seperti mengalu-alukan kedatangan mereka ke tadika tersebut.

Secara keseluruhannya, hiasan dinding tadika adalah perkara utama yang patut pengusaha sediakan. Jika tadika anda tidak dihias dengan cantik, bagaimana mahu menarik penjaga untuk daftarkan anak-anak mereka ke tadika anda. Selain itu, suasana tadika yang menarik juga penting untuk kanak-kanak hadir ke sekolah setiap hari. Akhir kata, hiasi tadika anda dengan kreatif dan menarik. Ianya pelaburan besar buat anda, tetapi percayalah pulangan yang lumayan juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa