Polisi Jaminan 180 Hari TudungSiComel

Di TudungSiComel, kami percaya setiap pelanggan berhak membeli dengan tenang dan yakin.
Kami memahami bahawa produk sekolah digunakan hampir setiap hari oleh anak-anak. Oleh itu, kami sentiasa berusaha menghasilkan produk yang kemas, selesa dan berkualiti untuk kegunaan harian.
Jaminan 180 Hari diwujudkan bagi membantu pelanggan mendapatkan pengalaman pembelian yang lebih yakin dan selesa. Polisi ini juga dibina atas dasar amanah dan kepercayaan antara pelanggan dan TudungSiComel.
Ringkasan Polisi
✅ 14 Hari Pertama — Jaminan Kepuasan Pelanggan
Cover masalah seperti salah saiz, salah warna, defect atau produk tidak sesuai digunakan. Dalam tempoh ini pelanggan boleh mohon pertukaran, refund atau bantuan berkaitan produk.
✅ Hari Ke-15 Hingga Hari Ke-60 — Jaminan Kualiti Produk
Cover masalah berkaitan kualiti produk seperti jahitan terbuka, getah longgar terlalu awal atau kerosakan tidak normal dalam penggunaan sekolah biasa. Jika diluluskan, produk gantian baru akan dihantar.
✅ Hari Ke-61 Hingga Hari Ke-180 — Sokongan Prihatin Pelanggan
Bagi masalah luar biasa selepas penggunaan lebih lama, pelanggan masih boleh mendapatkan bantuan khas seperti baucar diskaun atau diskaun penukaran. Tempoh ini bukan jaminan penggantian percuma tetapi bantuan prihatin pelanggan.
Tempoh 1: 14 Hari Pertama – Jaminan Kepuasan Pelanggan
Dalam tempoh 14 hari pertama selepas parcel diterima, pelanggan boleh menghubungi pihak TudungSiComel sekiranya berlaku situasi seperti berikut:
- Salah saiz
- Salah warna
- Salah pilihan model
- Produk tidak sesuai digunakan
- Jahitan defect
- Awning bermasalah
- Produk rosak semasa diterima
- Kualiti produk tidak memuaskan
- Masalah lain yang berkaitan dengan produk
Pertukaran Saiz / Warna / Pilihan
Jika setelah menerima parcel, pelanggan berhasrat untuk menukar saiz, warna atau jenis produk:
- Produk gantian akan dihantar terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pelanggan
- Pelanggan perlu memulangkan semula produk asal ke HQ selepas menerima produk gantian
- Kos penghantaran pemulangan ke HQ ditanggung pelanggan
- Kos penghantaran produk gantian ditanggung oleh TudungSiComel
Produk yang dipulangkan mestilah:
- Masih dalam keadaan baik
- Tidak koyak atau rosak
- Tidak kotor secara melampau
Produk Defect / Bermasalah / Tersalah Hantar
Sekiranya produk didapati rosak, bermasalah atau tersalah menghantar produk, pihak TudungSiComel akan membantu dengan penghantaran produk gantian yang baru.
Bagi memudahkan urusan pelanggan, produk yang bermasalah atau tersalah hantar tersebut tidak perlu dipulangkan semula ke HQ.
Produk tersebut boleh disimpan, digunakan atau diberikan kepada anak rakan-rakan serta saudara mara yang mungkin sesuai menggunakannya.
Tempoh 2: Hari Ke 15 Hingga Hari Ke 60 – Jaminan Kualiti Produk
Dalam tempoh ini, pihak TudungSiComel akan membantu sekiranya berlaku kerosakan yang dipercayai berpunca daripada isu kualiti produk atau material.
Antara contoh situasi yang dilindungi:
- Jahitan terbuka/tertetas
- Getah longgar terlalu awal
- Awning rosak secara tidak normal
- Masalah material atau struktur produk
- Kerosakan yang tidak sepatutnya berlaku dalam penggunaan sekolah biasa
Sekiranya tuntutan diluluskan, pihak TudungSiComel akan membantu dengan penghantaran produk gantian baru.
Bagi memudahkan urusan pelanggan, tuntutan yang diluluskan tidak memerlukan pelanggan memulangkan produk lama ke HQ.
Tempoh 3: Hari Ke 61 Hingga Hari Ke 180 – Sokongan Prihatin Pelanggan
Walaupun produk telah digunakan untuk tempoh yang lebih lama, pelanggan masih boleh menghubungi pihak TudungSiComel sekiranya berlaku masalah luar biasa pada produk.
Antara contoh situasi:
- Kerosakan yang menjejaskan fungsi utama produk
- Jahitan atau struktur produk rosak secara tidak normal
- Kualiti produk tidak tahan seperti sepatutnya dalam penggunaan sekolah biasa
Dalam tempoh ini, pihak TudungSiComel akan menilai setiap kes secara adil dan membantu pelanggan melalui pemberian diskaun khas bagi pembelian seterusnya.
Bentuk bantuan yang mungkin diberikan termasuk:
- Baucar diskaun khas
- Diskaun penukaran
Tempoh ini merupakan sokongan prihatin pelanggan dan bukan jaminan penggantian produk secara percuma.
Cara Mendapatkan Bantuan / Membuat Tuntutan
Sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan produk, pelanggan boleh:
- Menghubungi Team Khidmat Pelanggan TudungSiComel atau Ejen yang pelanggan berhubung sebelum ini.
- Memberikan:
- Nombor order
- Gambar atau video masalah produk (jika berkaitan)
- Penerangan ringkas masalah
- Pihak TudungSiComel akan membuat semakan dan membantu dengan penyelesaian yang bersesuaian
Bergantung kepada situasi, bantuan mungkin melibatkan:
- Pertukaran produk
- Penghantaran produk gantian baru
- Refund tertentu
- Bantuan khas secara case-by-case
Polisi Refund (Dalam Tempoh 14 Hari)
Refund boleh dipertimbangkan bagi situasi tertentu seperti:
- Salah produk dihantar
- Produk defect yang serius
- Produk gantian tiada stok
- Situasi tertentu yang tidak dapat diselesaikan melalui pertukaran produk
Nota Refund
- Refund melibatkan harga item sahaja
- Kos penghantaran asal tidak termasuk dalam refund
- Bagi proses refund, pelanggan perlu memulangkan semula produk ke HQ
- Kos penghantaran pemulangan ke HQ bagi proses refund ditanggung pelanggan
- Proses refund adalah tertakluk kepada kaedah pembayaran yang digunakan
Polisi Produk Rejek / Clearance
Produk rejek atau clearance tetap dilindungi di bawah Jaminan Senyum 180 Hari.
Namun bagi kategori ini:
- Semua kos penghantaran pemulangan ke HQ ditanggung pelanggan
- Semua kos penghantaran produk gantian juga ditanggung pelanggan
- Penggantian produk adalah tertakluk kepada ketersediaan stok semasa
Polisi Pembelian Melalui Marketplace
Bagi pembelian melalui platform seperti Shopee, TikTok Shop atau Lazada, proses pertukaran, refund dan tuntutan mungkin tertakluk kepada prosedur platform masing-masing.
Pelanggan juga boleh menghubungi Team Khidmat Pelanggan TudungSiComel untuk bantuan lanjut sekiranya diperlukan.
Perkara Yang Tidak Dilindungi
Bagi memastikan sistem jaminan ini kekal adil kepada semua pelanggan, jaminan tidak meliputi:
- Kerosakan akibat penggunaan kasar
- Kesan koyak akibat benda tajam
- Kesan terbakar
- Kerosakan akibat bahan peluntur atau bahan kimia kuat
- Perubahan bentuk akibat cara cucian yang tidak sesuai
- Kerosakan normal selepas penggunaan terlalu lama
- Kotoran biasa hasil penggunaan harian
Nota Penting
- Semua tuntutan tertakluk kepada semakan pihak TudungSiComel
- Tuntutan yang mencurigakan atau berulang mungkin memerlukan semakan tambahan
- Penggantian produk adalah bergantung kepada ketersediaan stok semasa
- Sekiranya stok asal tiada, pihak TudungSiComel akan membantu mencadangkan pilihan lain yang bersesuaian
- Polisi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa tanpa notis awal
Dibina Atas Dasar Amanah
Jaminan ini diwujudkan atas dasar amanah dan kepercayaan supaya lebih ramai ibu dapat membeli dengan tenang dan yakin.
Kami percaya rezeki yang baik datang daripada pelanggan yang tersenyum dan berpuas hati.
Terima kasih kerana menyokong TudungSiComel.
“Ingat tudung sekolah, ingat TudungSiComel…”
