Kismis juga ada kelebihannya tersendiri. Kismis adalah satu manisan asli ciptaan Allah S.W.T. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolesterol atau lemak serta rendah kandungan garam. Terdapat banyak kelebihan anak makan kismis yang akan kita bincangkan di dalam artikel ini.
Disamping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
Kismis merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Di tambah lagi, “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Kelebihan Kismis
Membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton dan keanjalan kulit, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.
Selain itu membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar.
Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stress, merawat penyakit hysteria, penyakit anemia, merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. Jika hendak dijelaskan satu persatu amat banyak kelebihan setiap satu makanan sunnah Rasulullah S.A.W yang boleh diamalkan dalam pemakanan sehari-harian.
Kajian Pakar Terhadap Kismis
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan iaitu Ruth Liew. Dia memberitahu, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak dan ini antara kelebihan anak makan kismis.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot. “Berlainan dengan kismis, kerana ia, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan”.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Puan mahu mendapatkan tudung sekolah daripada TudungSiComel. Dapatkan sekarang di website ini.