Kelebihan Habbatussauda Untuk Keluarga

Menurut buku yang bertajuk Rasulullah is My Doctor, habbatussauda juga dikenali sebagai biji jintan hitam. Al-Bukhari mengatakan bahawa biji jintan hitam bersifat panas dan kering. Kali ini, artikel akan membincangkan kelebihan habbatussauda untuk keluarga.

Abu Hurairah رضى الله عنه meriwayatkan sebuah hadis terkenal yang mengatakan :

” Biji hitam adalah untukmu kerana ia adalah ubat bagi semua penyakit kecuali mati. ” – Hadis ini juga dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim.

Kepentingan habbatussauda

Di kalangan rakyat berbangsa Melayu beragama Islam di Malaysia, tidak ramai yang menyedari tentang betapa pentingnya habatussauda dalam proses penyembuhan. Sayang sekali, sangat ramai orang tidak tahu tentang biji jintan hitam atau habbatussauda ini. Sebenarnya masih ramai yang tidak memiliki keyakinan terhadap kemampuan habbatussauda dalam proses penyembuhan yang Allah سبحان الله تعالى berikan sebagai hadiah untuk manusia.

Meskipun, banyak hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang menceritakan tentang kualiti penyembuhan habbatussauda, ramai orang Islam tidak percaya tentang khasiatnya sebagai vitamin tambahan ataupun sebagai ubat.

Jangan terkejut sekiranya mengetahui sebenarnya masih ramai orang Islam terutamanya di negara kita yang tidak pernah membaca hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tentang habbatussauda. Ramai orang lebih suka memilih ubat-ubat farmasi. Mereka suka dan selalu minum ubat tetapi tidak pernah benar-benar sembuh sepenuhnya. Mereka selalu hairan mengapa mereka selalu mengalami kekurangan stamina, tenaga dan sering sakit-sakit walaupun mereka makan secara teratur dan mengambil vitamin di farmasi.

Sekarang, sudah tiba masanya untuk kita sebagai umat Islam mula membaca hadis Nabi صلى الله عليه وسلم dan ubah cara hidup secara kesuluruhannya mengikut cara Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . Letakkan kepercayaan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم! Mari ikuti jalan pintas untuk kembali sihat!

Sejarah Biji Jintan Hitam

Sebelum memulakan rutin makanan tambahan jintan hitam dalam keluarga, apa kata kita memberitahu tentang sejarah dan kelebihan herba ini.

1.Golongan Mesir kuno menggunakan biji jintan hitam dan menyebutnya sebagai ubat mujarab, iaitu ubat untuk pelbagai masalah dan penyakit.
2. Raja Tutankhamun memiliki sebotol minyak habbatussauda ini di dalam kuburnya.
3. Bangsa Rom menyebutnya sebagai ketumbar Yunani, digunakan sebagai makanan tambahan.
4. Pada abad pertama, Dioscoredes seorang doktor Yunani merekodkan data tentang penggunaan biji jintan hitam bagi mengubati sakit kepala, hidung, sakit gigi dan masalah cacing.
5. Ibnu Sina menulis risalah tentang The Canon of Medicine dan menyatakan biji jintan hitam merangsang tenaga untuk tubuh dan membantu masalah keletihan.
6. Biji jintan hitam adalah jamu tradisional yang digunakan selama ribuan tahun oleh masyarakat yang tinggal di Timur Tengah, Asia dan Afrika.
7. Menurut kajian oleh seluruh universiti antarabangsa di seluruh dunia, pelbagai artikel telah diterbitkan menerusi pelbagai jurnal dan menunjukkan hasil yang luar biasa hebat terhadap penggunaan tradisional biji jintan hitam.
8. Biji jintan hitam tumbuh secara liar di Mesir, Syria, Turki dan Balkan.
9. Dalam Bahasa Arab, disebut sebagai Nigella Sativa yang bermaksud biji yang diberkati.
10. Biji jintan hitam adalah tanaman dari keluarga Ranunculaceae (Buttercup).

Demikianlah perihal dan kelebihan habbatussauda untuk keluarga yang kita dah bincangkan di dalam artikel ini. Semoga ianya memberi manfaaat kepada pembaca.

Sudah dapatkan tudung sekolah daripada TudungSiComel? Puan dapatkan segera daripada website ini atau hubungi pengedar terdekat puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa