Selamat Datang ke TudungSiComel 🥰
Tahniah anda telah terpilih untuk sertai Team Pembungkusan TudungSiComel secara parttime.
Berikut adalah panduan-panduan yang anda perlu rujuk sebelum anda mula bertugas.
Ini bagi memastikan anda dapat terus melaksanakan tugas pada hari pertama anda datang.
1. Selamat Datang
2. Isi Borang Kehadiran dan Butiran Peribadi
3. Tugasan Membungkus
4. Berkenalan Dengan Produk
Kita ada 7 jenis tudung sekolah:
a. Tudung Sekolah Awning Scuba
b. Tudung Sekolah Awning Lembut
c. Tudung Sekolah Dagu Getah
d. Tudung Sekolah Berdagu
e. Tudung Sekolah Berdagu Labuh
f. Tudung Sekolah Dua Lapis
g. Tudung Pra-Sekolah
Kita juga ada Inner Rainbow yang biasa dibeli bersama tudung sekolah.
Selain itu, kita juga ada menjual tudung khas(SriKandi) uniform polis, kastam, bomba, dan lain-lain.
Kita juga ada menjual tudung sekolah rejek. Tudung ini adalah tudung yang rejek semasa dijahit di kilang dan kita letakan di lot premis G082(sebelah).
Ini di atas adalah produk utama kita… untuk lihat senarai lengkap produk yang kita jual boleh KLIK SINI
5. Panduan Penggunaan Website Halaman Pembungkusan
6. Penilaian
Pada minggu pertama dan kedua anda datang bertugas, anda akan dinilai samaada dapat terus bertugas atau tidak. Kita akan nilai prestasi anda dari masa ke semasa.
Antara perkara yang akan dinilai:
1. Masalah kekerapan tersalah masukan item yang ditempah ke dalam bungkusan.
2. Kecepatan anda membungkus sesuatu tempahan (target minima 12 bungkus dalam masa 1 jam).
3. Dapat bekerjasama dalam pasukan dan tidak membawa negative vibes yang boleh membuatkan berlakunya perpecahan antara rakan-rakan.
Sekiranya anda didapati tidak sesuai, kita akan maklumkan seminggu lebih awal supaya anda sempat mencari pekerjaan di tempat baru yang mungkin lebih sesuai dengan ‘jiwa’ anda.
Diharap anda dapat rujuk dan fahamkan dahulu video-video panduan yang kita sediakan di atas sebelum datang.
Terima Kasih 😃
Selamat bertugas dan semoga kita sama-sama berjaya. Aamiin