Kita telah melancarkan satu web khas(web Sync) untuk lebih memudahkan rakan-rakan berniaga terutama di Shopee / Lazada dan Tiktok.
Kini anda TIDAK PERLU lagi…
✔ … semak dan update stok secara manual dari web TudungSiComel.com untuk update di shop anda.
✔ … buat tempahan secara manual di web TudungSiComel.com sekiranya anda ada menerima tempahan di shop anda.
✔ … listing produk secara manual ke semua shop anda.
✔ … pegang stok.
Pengenalan dan Dashboard
DIRECTORI
Bagi memudahkan rakan-rakan, boleh klik pada isi kanduangan di bawah untuk terus dapatkan panduan yang diperlukan.
PENERANGAN RINGKAS
Web DropshipTudungSiComel.com (web Sync) adalah web yang akan digunakan sebagai penghubung(sync) antara web TudungSiComel.com dan Shopee / Lazada / Tiktok shop anda.
1. Ini bermakna, stok yang tertera di shop anda akan sama pada sebilang masa dengan web TudungSiComel.com.
2. Selain itu, apabila ada tempahan di shop anda, secara automatik, tempahan tersebut juga akan masuk ke web DropshipTudungSiComel dan pihak HQ boleh terus uruskan tempahan yang anda terima. Anda tidak lagi perlu buat tempahan secara manual satu persatu di web TudungSiComel.
Anda hanya perlu topup kredit di akaun DropshipTudungSiComel anda dan sekiranya ada tempahan dari shop anda, secara automatik system akan menolak baki kredit akaun topup anda tersebut.
Anda tidak lagi perlu membuat bayaran secara manual bagi setiap tempahan yang diterima. Anda hanya perlu pastikan topup kredit anda sentiasa berbaki pada sebilang masa.
3. Selain itu, ia juga dapat memudahkan anda untuk listing produk ke semua shop anda. Hanya perlu add sahaja senarai produk di web DropshipTudungSiComel.com ke semua shop anda.
Semua maklumat dan gambar telah tersedia. Namun anda masih boleh menukar gambar dan maklumat mengikut kesesuaian anda selepas itu.
BAGAIMANA NAK SYNC SHOP?
Sebelum membolehkan kita sync produk ke Shopee / Lazada / Tiktok, kita perlu sync dahulu shop kita dengan web DropshipTudungSiComel.com
BAGAIMANA NAK SYNC PRODUCT?
Setelah anda sync Shop anda, barulah anda boleh sync pula produk-produk ke shop anda. Namun sebelum anda sync produk ke shop, anda perlu Add Product ke My Store terlebih dahulu.
Add Product ke My Store
1. Layari produk yang anda ingin sync kan di page utama web DropshipTudungSiComel.com
2. Klik pada butang Add To My Store.
3. Kemudian produk yang anda pilih akan masuk ke My Store anda.
SYNC PRODUK KE SHOP
4. Setelah anda add produk ke My Store anda, di sebelah kanan, anda boleh nampak icon Lazada, Shopee dan Tiktok. Klik pada shop yang anda inginkan produk tersebut sync.
Sync Produk ke Lazada
Sync Produk ke Shopee
Sync Produk Ke Tiktok
TOPUP KREDIT
Untuk topup kredit, ianya akan dilakukan melalui web TudungSiComel.com dan anda boleh topup samaada menerusi ToyyibPay ataupun kredit Wallet anda.
1. Anda boleh masuk ke Dashboard akaun web DrosphipTudungSiComel anda dan klik pada menu Topup. Kemudian pilih jumlah topup yang ingin dilakukan.
2. Seterusnya anda akan dibawa ke produk Topup di web TudungSiComel.com. Pastikan anda juga login terlebih dahulu web TudungSiComel.com anda.
3. Buat tempahan kredit topup seperti biasa dan apabila selesai, secara automatik kredit topup anda akan masuk ke topup anda di web DropshipTudungSiComel.
4. Setelah berjaya buat pembayaran, kembali semula ke dashboard web DrosphipTudungSiComel anda(refresh) dan anda akan dapati kredit anda sudah bertambah.
Setiap topup yang telah dibuat tidak boleh dimohon pemulangan wang semula(Non-Refundable) kerana komisyen akan terus masuk ke akaun Ibu / Leader anda.
KEMASAN LISTING
Setelah anda listing produk, anda boleh buat semakan dan kemasan pada listing yang baru anda synckan supaya lebih optimize mengikut cadangan pihak Shopee / Lazada / Tiktok.
*Hanya edit / kemasan pada perkara yang pihak Shopee / Laz / Tiktok cadangkan untuk optimize sahaja. Jika apabila anda upload, tiada cadangan, boleh abaikan panduan dalam video di bawah sebab kita akan sentiasa berusaha untuk setting supaya semua listing sudah optimize sebaik mungkin sebelum adan sync ke shop anda.
Cara kemasan listing Shopee
Cara kemasan listing Lazada
Cara kemasan listing Tiktok
PANTANG LARANG
1. Tiktok tidak benarkan kita jual produk rejek dan bundle di web mereka. Jadi anda boleh sync semua produk kecuali Reject Item di Tiktok.
2. Tajuk produk pada Tiktok tidak boleh ada tanda seru, tanda sengkang dan tanda-tanda lain selain ayat sahaja. Contoh tanda yang tidak boleh seperti (, ), {, }, -, /
FAQ?
1. Bagaimana sekiranya saya ada tempahan tapi baki kredit saya tidak mencukupi?
Tempahan anda akan masuk ke dalam kategori Pending sehingga anda topup dan membuat bayaran terhadap tempahan tersebut. Setelah anda membuat bayaran, tempahan anda akan bertukar kepada Processing dan pihak HQ akan menguruskan tempahan anda seperti biasa.
2. Bagaimana dengan produk sediaada di shop saya?
Produk sediaada di shop anda tidak akan terganggu dan anda boleh menjual seperti biasa. Kita masih menerima tempahan yang menggunakan AWB seperti biasa di web TudungSiComel.com.
Hanya listing produk baru yang dibuat menerusi web DropshipTudungSiComel.com sahaja akan sync stok dengan web TudungSiComel.com
Anda boleh listing produk baru dan dalam masa yang sama kekalkan produk sediaada anda. Tiada masalah.
3. Adakah shopee / lazada dan Titktok perlu gunakan email yang sama dengan web sync?
Tidak perlu. Anda boleh sync dengan shop anda walaupun shop shopee / lazada / Tiktok anda menggunakan email yang berbeza. Penggunaan email yang sama hanyalah untuk menyambungkan web TudungSiComel.com dan DropshipTudungSiComel.com sahaja.
4. Bagaimana jika saya menerima tempahan produk yang sync dan produk yang saya upload sendiri dalam satu tempahan yang sama?
Anda boleh buat split shipment seperti yang disediakan oleh pihak Shopee / Lazada dan Tiktok. Anda boleh rujuk panduan DI SINI (Rujuk FAQ no 8).
SEBELUM MENDAFTAR (WAJIB BACA)
Akan ada kemungkinan berlakunya tempahan produk yang berlainan jenis dalam satu tempahan; contohnya seorang pelanggan membuat tempahan produk yang anda sync dari web sync dan juga produk yang anda jual dari pembekal lain (perlu pos berasingan). Jadi kita memberi anda 2 cadangan:
1. Menjual produk sync sahaja dalam satu shop – Kita mencadangkan anda untuk menjual hanya produk sync sahaja di shop anda atau anda boleh membuka shop baru khas untuk produk sync sahaja.
2. Split Order – Belajar untuk buat Split Order di Shopee dan Tiktok secara manual. Namun tiada masalah untuk Lazada kerana sistem akan split order secara automatik. Bagaimana nak split order? KLIK SINI (Rujuk FAQ no 8)
Sekiranya anda campurkan produk tudungsicomel listing menggunakan web sync dan yang anda upload sendiri secara manual, dan kemudian anda menerima tempahan yang sama dalam satu order, anda boleh split order di mana tempahan produk dari web sync akan dibuat pemperosesan melalui web sync sementara produk yang anda upload sendiri, anda boleh pos sendiri sekiranya anda ada pegang stok atau buat tempahan secara manual upload AWB di web TudungSiComel.com seperti biasa.
Kita kurang mengalakan untuk split order kerana selain ianya agak leceh(anda perlu semak setiap tempahan anda dan sekiranya perlu split anda perlu split secara manual), anda juga akan terpaksa tanggung kos postage tambahan.
PANDUAN MENDAFTAR
1. Untuk mula menggunakan web DropshipTudungSiComel.com, anda perlu membuat pendaftaran baru di web tersebut untuk sync kan akaun utama anda di web TudungSiComel.
2. Anda WAJIB mendaftar dengan menggunakan EMAIL YANG SAMA dengan email yang anda gunakan untuk akaun utama anda supaya data dapat sync antara akaun utama anda di web TudungSiComel dan web DropshipTudungSiComel.
Untuk mendaftar, boleh klik pada butang di bawah: