5 Penyakit Bayi Baru Lahir Selalu Kena. No 3 Kena Tengok.

Menurut ilmu perbidanan Melayu, dalam Ensiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah kebanyakan penyakit bayi baru lahir berpunca daripada diet ibu semasa hamil. Ibu yang mengamalkan pemakanan kurang berzat dan bersifat sejuk serta berangin mengakibatkan ibu sering kembung perut, masalah penghadaman, sembab dan retensi air.

Lima penyakit bayi baru lahir selalu kena menurut orang melayu lama ada kaitannya dengan amalan ibu semasa hamil. Justeru, ibu bapa perlu mengetahui sedikit ilmu asas tentang penyakit ini dan cara merawatnya secara asas menurut petua ilmu Melayu.

1. Payudara Bayi Bengkak Dan Berlendir

Menurut penulis dalam bukunya, bayi memang terdedah kepada pengaruh hormon ibu. Perubahan paras hormon ibu dapat menyebabkan pembengkakan payudara bayi. Kelihatan keluaran cairan putih seperti air susu atau boleh juga disebabkan infeksi. Pendedahan kepada hormon ibu akan beransur hilang daripada sistem badan bayi beberapa ketika selepas dilahirkan.

Penulis menyarankan sediakan tuaman halba sebagai rawatan tuaman. Sebelum mulakan tuaman, sapukan minyak pusat di dada bayi. Uji kepanasan dengan letakkan di lengan ibu. Lakukan tuaman setiap kali selepas bayi dimandikan. Akhiri dengan sapuan minyak pusat.

Kredit gambar : sources

Cara menyediakan sendiri cepu halba bayi ialah seperti berikut ; Sejemput halba, sejemput jintan hitam, sejemput rempah biji dan 3cm halia cincang halus. Satukan semua bahan dalam sepotong kain dan ikatkan kemas. Rebus cepu hingga air rebusan mendidih.

2. Mata Bayi Banyak Tahi Mata Dan Melekat

Masalah ini mungkin berlaku akibat radang kelopak air mata (tear sac atau lacsimal sac). Radang lazimnya berpunya daripada saluran tersumbat dan membolehkan cecair tersebut mengalir keluar melalui saluran hidung.

Penyakit bayi baru lahir
Kredit gambar : sehatq

Masalah ini biasa berlaku dalam kalangan bayi. Antara rawatan Melayu lama ialah menggunakan rumusan pencuci mata bayi yang diperbuat daripada rebusan 3 gelas sireh dan 3cm kunyit hidup ditumbuk lumat .

Ambil kapas dan rendam di dalamnya. Gunakan kapas untuk mencuci mata bayi. Kemudian, titiskan susu ibu ke dalam mata bayi. Lakukan ini setiap hari selepas mandi hingga sembuh.

3. Angin Pasang Bayi

Angin pasang ialah angin jahat yang dikaitkan dengan angin sejuk yang bertembung dengan angin panas di dalam perut. Bayi yang diserang angin pasang akan kerap menangis kerana mengalami kembung perut, senak dan memulas.

Bayi kerap menangis hingga pusatnya tersembul kelihatan bengkak dan berisi angin. Jika dipicit, pusat kedengaran seperti ada air. Bayi akan menangis berterusan hingga selop seperti tak bernafas dan kedua kakinya kejang. Ataupun kakinya seperti menendang.

Kredit gambar : aboutkids

Jika angin pasang menyerang masuk ke usus kecil, akan menyebabkan usus tegang dan bersimpul. Dikenali juga seperti “bujut jerut” dan boleh diselamatkan melalui perubatan moden dengan pembedahan. Ia selalu berlaku tiba-tiba dan mengejut.

Petua Melayu menyarankan rawatan tuaman sireh dan sapuan minyak pusat yang perlu diamalkan setiap hari sebelum waktu maghrib. Ia dilakukan pada perut, pusat ari-ari, pinggang, betis dan tapak kaki bayi setiap kali mandi.

4. Kembung Perut

Masalah kembung perut yang dialami kebanyakan bayi merupakan gangguan angin di sekitar pusat bayi. Ia menyebabkan bayi menangis dan mengangkat kaki ke bahagian perutnya.

Penyakit bayi baru lahir
Kredit gambar : Sources

Berikut adalah punca masalah colic ini :

a. Angin yang tertelan oleh bayi semasa menyusu samada dari botol atau susu ibu.

b. Penyusuan terlalu lama dgn botol yg kosong atau susu ibu yang berkurangan.

c. Cara penyusuan yang tidak betul iaitu ada ruang kosong di bahagian atas botol susu dan lekapan mulut yang tidak tepat pada puting ibu.

d. Secara tradisional, dipercayai ibu yang mengalami masalah angin berlebihan dalam badan dan disalurkan kepada bayi melalui penyusuan.

Oleh sebab itu, ibu bapa yang melihat bayi menangis berkemungkinan disebabkan 4 punca ini hingga bayi terkena kembung perut.

5. Ruam Lampin

Ruam lampin ialah masalah iritasi pada kulit di sekitar kemaluan, celah peha dan pinggang bayi. Antara puncanya adalah seperti berikut :

a. Kencing atau najis yang diserapi kulit semasa memakai lampin.

b. Alahan terhadap sabun yang digunakan untuk membasuh lampin.

c. Lebihan ammonia pada lampin yang tertinggal apabila cucian kurang bersih.

d. Bahan kimia yang terdapat pada lampin pakai buang.

Justeru, jika masalah ini dibiarkan berlarutan, mungkin akan menyebabkan bakteria dan kulat mudah berjangkit pada ruam tersebut dan merebak menjadi jangkitan pada salur kencing dan juga ekzema serta alahan kulit.

Anak-anak puan dah ada tudung sekolah? “Ingat Tudung Sekolah, Ingat TudungSiComel…” 😃 Jemput cuci mata kat sini https://tudungsicomel.com/product-category/tudung-sekolah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa