Petua Jadi Ibu Bapa Tenang Dalam Mendidik Anak

Macam-macam karenah anak kadangkala boleh jadikan ibu bapa hilang sifat tenang dan sabar dalam mendidik mereka. Ramai yang berazam untuk jadi ibu bapa yang tenang selepas mempunyai zuriat. Namun, realitinya tidak seindah yang disangkakan.

Cabaran mendidik anak lagi-lagi pada zaman ini makin meningkat. Dengan isu-isu seperti ketagihan gajet, anak degil dan nakal serta pelbagai masalah sosial lain mencabar kesabaran ibu bapa dalam mengasuh anak-anak.

jadi ibu bapa tenang
Gambar oleh Pexels

Kenapa Ibu Bapa Perlu Didik Diri Supaya selalu Bertenang?

Tiada ibu atau bapa yang sempurna dalam dunia ini. Kita ada kelemahan dan juga kelebihan masing-masing dalam mendidik anak. Ibu bapa juga ada tekanan mereka sendiri dan hampir setiap masa kita tidak ada niat pun untuk menengking anak.

Namun apa keburukannya jika ibu bapa kurang sabar dalam menasihati dan mengasuh anak?

1- Anak Menjadi Trauma

Walaupun berniat untuk mengajar anak, namun jika selalu hilang sabar contohnya seperti kerap menengking, maka anak akan mula trauma dengan ibu bapanya sendiri. Mereka akan mula hilang kepercayaan terhadap ibu bapa yang sepatutnya melindungi mereka.

2- Keyakinan Diri Anak Akan Menurun

Anak akan selalu rasa tidak yakin diri kerana kerap di marahi. Perasaan takut salah menjadi sebati dalam diri dan akhirnya mereka jadi insan yang kurang keyakinan diri.

Petua Jadi Ibu Bapa Yang Tenang serta Penyabar

Oleh yang demikian ibu bapa seharusnya tetaplah dalam mendidik diri agar jadi orang yang sabar dan sentiasa tenang. Terdapat banyak kebaikannya jika selalu bertenang dalam menyelesaikan masalah dan antara petuanya ialah;

1- Perlu Banyak Berdoa

Paling utama dalam kehidupan ibu bapa muslim ialah berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diberikan petunjuk dan dipermudahkan urusan. Anak adalah amanah dan dugaan yang besar untuk ibu bapa, maka wajib kita memohon petunjuk daripada ilahi agar sentiasa ‘diluruskan jalan’ dalam hidup berkeluarga ini.

2- Cuba Fahami Isu dan Punca Kejadian

Anak mula bertindak diluar kawalan dan banyak karenah jika ada sesuatu yang menganggu hari mereka. Cuba amalkan berkomunikasi secara dua hala supaya ibu bapa dapat memahami apa sebenarnya punca yang menyebabkan mereka jadi tidak keruan.

Sebagai contoh; anak asyik menghempas barang ke lantai dan membuat riak muka yang tidak suka.

Tindakannya ialah cuba bertanya dengan baik dan sopan kenapa mereka lakukan hal tersebut. Dapatkan punca masalahnya dan tawarkan penyelesaian yang sesuai dengan keadaan yang tegang itu.

3- Bayangkan Kita Dikelilingi Orang Ramai

Jika ibu bapa mula nak hilang sabar, cuba bayangkan anda berada di tempat yang terbuka dan dikelilingi ramai insan yang anda hormati. Bayangkan jika anda bertindak diluar kawalan dan hilang sabar dengan anak depan mereka. Pasti anda berasa malu bukan?

Belajar teknik kawalan pernafasan yang dapat bantu mengurangkan stress dan pejam mata anda seketika. Kemudian barulah mula bercakap semula dengan anak yang sedang bermasalah tersebut.

4- Minta Bantuan Pasangan atau Orang Yang Lebih Dominan

Kadangkala anak-anak memang tidak rasa takut dengan contoh ibunya. Mereka lebih takut dengan orang lain seperti ayah, datuk ataupun makcik saudara. Jika mereka ada ditempat kejadian minta bantuan mereka untuk bantu nasihatkan anak dengan baik.

Anak Ibarat Kain Putih

Anak yang lahir diibaratkan dengan kain putih yang suci tanpa noda. Ibu bapa adalah insan yang bakal mencorakkan mereka.

Ya betul, bukan semua orang faham cabaran yang ibu bapa hadapi saat mendidik anak-anak. Namun belajarlah menjadi ibu bapa yang tenang dan penyabar.

Supaya ibu bapa tidak merasa menyesal di kemudian hari kerana bertindak diluar kawalan terhadap anak-anak akibat hilang kesabaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa