Rahsia Anak Genius ! 5 Aktiviti Menarik Untuk Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Pernah tak anda terfikir bagaimana sesetengah kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran yang lebih matang dan kelihatan lebih bijak dan aktif berbanding rakan-rakan sebayanya ?

Pasti ada rahsia yang tersirat di sebalik kehebatan tersebut.

PENGENALAN

Sebagai ibu bapa adakah anda sedar dan maklum hakikatnya perkembangan kanak-kanak di awal usia amat penting dalam pembentukkan minda dan fizikal mereka.

Menurut kajian waktu terbaik untuk perkembangan percakapan, interaksi, kemahiran, sosial dan sebagainya adalah sekitar fasa 0-5 tahun. Ada yang menyatakan ia adalah pada usia 0-3 tahun.

Secara umumnya anda dapat lihat sendiri perkembangan kanak-kanak pada fasa ini tidak boleh diambil mudah tanpa memberikan perhatian yang teliti.

Sudah pasti menjadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk pastikan perkembangan anak-anak anda pada tahap ini dapat dibentuk dengan sebaik mungkin.

perkembangan awal kanak kanak

Bayangkan kelak apabila anak mula memasuki sekolah rendah, berjaya menjadi wakil dalam pelbagai pertandingan bercerita, menjadi ketua darjah atau pengawas, aktif dalam akitiviti sukan, ko-kurikulum dan sebagainya.

Pasti anda bangga dengan pencapaiannya yang datang dari hasil didikan anda sendiri sejak dari usianya yang kecil.

Bak kata pepatah :

” Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya “

Peribahasa Melayu

Oleh itu, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda 5 jenis aktiviti menarik yang anda boleh lakukan secara mudah dan praktikal di rumah.

Ia bertujuan untuk membantu perkembangan awal kanak-kanak. Jom kita baca.

PERMAINAN BLOK

Mainan jenis blok boleh datang dalam pelbagai bentuk. Samada kayu atau plastik. Kecil atau besar Sudah pasti LEGO adalah antara yang terkenal la kan ?

Namun tidak semestinya anda perlu membeli LEGO kerana jenama ini mungkin agak mahal bagi sesetengah ibu bapa.

perkembangan awal kanak kanak

Biarlah anda membeli permainan blok yang tidak mempunyai jenama terkenal pun asalkan ia dapat mencapai matlamat asal permainan tersebut.

Permainan blok adalah salah satu aktiviti popular yang sangat disukai oleh kanak-kanak awal usia. Jika anda perasan posisi mereka yang sedang leka mengatur blok kerap kali berubah. Daripada duduk lalu berdiri.

Duduk bersimpuh, menerap, merangkak dan sebagainya. Secara tidak langsung hal ini meningkatkan kemahiran motor kasar mereka. Mengendalikan blok-blok yang lebih besar turut membantu dalam mengasah kemahiran ini.

Kemahiran motor halus pula akan bertambah apabila mereka perlu menyusun blok-blok yang kecil dengan teliti kerana melibatkan otot-otot kecil pada jari-jemari dan tangan sebagai contohnya.  

Masa ini kalau panggil nama si manja memang dia tidak akan menyahut. Khuyuk menyusun. 😊

Oh ya terlupa, kecekapan kemahiran motor halus juga membantu anak anda belajar menulis dengan lebih cepat di masa hadapan kelak.

Selain manfaat dari sudut fizikal, minda kanak-kanak juga menjadi cerdas begitu juga dengan kreativitinya.

Struktur binaan yang dibangunkan adalah hasil imaginasi dan pemerhatian mereka berdasarkan pengalaman hidup, siaran kartun dan sebagainya.

Pasti ada senario yang dicipta di sebalik binaan-binaan yang kukuh itu.

Tambahan pula, kemahiran sosial juga dapat dipupuk apabila permainan ini dilakukan bersama-sama teman sebayanya. Mereka perlu berinteraksi dan bekerjasama dengan baik untuk menjayakan matlamat membina bangunan blok secara berkumpulan.

MEWARNA & MELUKIS

Bermula dengan sehelai kertas kosong, anak-anak kecil ini perlu berimaginasi sebelum mula melukis.

Berfikir dan memilih untuk mewarnakan lukisan mengikut kesesuaian realiti ataupun fantasi. 

Bukankah ini akan menggalakkan mereka untuk mengekspresikan diri sendiri ? Berani dan yakin untuk membuat keputusan.

Mempunyai pandangan dan fikiran sendiri berbanding dengan mengikut cara teman-teman yang lain.

Ya benar sekali.

perkembangan awal kanak kanak

Dengan aktiviti ini, anak anda mampu :

  • Mengembangkan kemahiran motor halus apabila perlu menggunakan jari-jemari dan tangan untuk melukis dan mewarna.
  • Mengekspresikan diri melalui warna kegemaran yang digunakan.
  • Berfikir di luar kotak dengan menghasilakan corak dan gabungan warna yang lain dari kebiasaan.

Anda hanya perlu berikannya sehelai kertas, sebatang pensel untuk melukis dan set mewarna. Itu sudah memadai sebagai permulaan awal.

Tidaklah menjadi satu kesalahan jika saya menyatakan bahawa aktiviti mewarna dan melukis adalah antara yang paling jimat dan berkesan !

MEMBACA BUKU CERITA

β€œ Pada suatu hari…… ”

Itulah permulaan yang biasa anda jumpa dalam kebanyakkan buku cerita kanak-kanak awal usia. Sebelum kita bincang lebih lanjut perkara pertama sekali dalam aktiviti ini mestilah memilih buku yang sesuai dengan usia anak.

Bagi anak-anak kecil, buku cerita yang banyak bergambar lebih sesuai berbanding buku yang mempunyai banyak perkataan.

Meluangkan masa membaca buku cerita bersama anak tersayang membantu meperbaiki kemahiran bahasa dan kefasihan mereka dalam bertutur kata.

Mereka akan kelihatan lebih yakin dan jelas dalam menyampaikan sesebuah idea atau pandangan fikiran.

Daya kreativiti dan imaginasi juga turut berkembang apabila mereka dibawa ke dunia fantasi yang menakjubkan dalam sesetengah buku cerita.

Mesej-mesej yang tersirat dan tersurat dalam cerita yang dibaca juga membantu mereka dalam mempelajari nilai-nilai murni kehidupan secara tidak langsung.

PERMAINAN MEMORI

Anak-anak jika ada ingatan yang kuat dari kecil, senang masuk sekolah nanti nak hafal sifir. Itu hanyalah salah satu daripada kelebihan kanak-kanak yang kuat ingatannya.

Permainan memori paling mudah yang dilakukan kebanyakkan pasangan ibu bapa adalah dengan menggunakan flashcard.

Sediakan 10 Flashcard yang berbeza. Sebutkan objek gambar yang terdapat pada kad tersebut satu persatu. Kemudian pamerkan sekali lagi kad-kad tersebut dan minta anak anda pula untuk menyebutnya.

Ingat, jangan sesekali mengkritiknya jika si kecil masih tidak mampu mengingat kembali kad-kad tertentu dengan baik.

Ini akan mengurangkan minatnya untuk terus bermain malah meruntuhkan moralnya.

Aktiviti ini melatih otak untuk menumpukan perhatian, meningkatkan ingatan dan aktif berfikir yang ramai ibu bapa sering terlepas pandang.

AKTIVITI OUTDOOR

Kanak-kanak memang sukakan aktiviti dan permainan luar rumah. Tidak kira prasekolah atau pun tidak, ia adalah fakta yang tidak dapat disangkal sama sekali.

Anak-anak yang bersekolah apabila tiba sahaja waktu petang pasti jiwa tidak senang menanti bilakah jarum pada sebuah jam akan menunjuk tepat pukul 5 petang.

Kanak-kanak yang berusia lebih kecil pula perlukan pemerhatian dan pengawasan ibu bapa. Tambah pula dengan risiko kejadian yang tidak diingini seperti kes culik.

Jadi semasa di luar, anak-anak kelihatan seperti burung yang bebas dari sangkar. Bermain, berlari, melompat. Dengan ini menguatkan otot-otot utama badan.

Mendedahkan mereka kepada sinaran matahari, udara dan menggalakkan interaksi dengan alam sekitar.

Ada juga pendapat yang menyatakan kegiatan kanak-kanak di luar rumah juga mampu menguatkan sistem pertahanan badan mengurangkan risiko penyakit.

PENUTUP

Secara kesimpulannya 5 aktiviti mudah di atas dapat membantu perkembangan awal kanak-kanak dalam pelbagai aspek.

Rugi jika anda sebagai ibu bapa tidak cuba untuk amalkannya di rumah.

Saya harap hasil perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada anda.

Semoga kita sama-sama dapat menjadi ibu bapa yang Awesome Insyaallah !

One comment

  1. Kalau boleh free, kenapa nak bayar?!

    Jika tudung sekolah anak dah lusuh atau perlu tukar baru, hubungi saya ya… In shaa Allah saya bantu uruskan tempahan πŸ˜ƒ

    βœ… Free Postage untuk belian 4 helai ke atas.

    βœ… Jaminan 180 hari – tak selesa atau tak suka, kita refund πŸ˜ƒπŸ‘Œ

    Berminat nak dapatkan tudung SiComel? Jemput wasap.my/60179068712/tudung+SiComel

    Atau boleh terus buat pembelian di sini
    https://tudungsicomel.com/tudung-sekolah/tudung-sekolah-awning-scuba/?love=2301

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa