Semua produk yang kita jahit dibawakan dengan Jaminan Istimewa 180 Hari.
Jika tidak berpuas hati, tidak selesa, atau apa sahaja yang dirasakan kurang memberi kegembiraan kepada puan dan Si Comel, boleh minta tukar atau kita refund.
Apa yang penting adalah kegembiraan Si Comel puan 🥰
Si Comel puan, Si Comel kami juga di TudungSiComel. Kita hanya inginkan yang terbaik buat mereka pastinya 😊
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi kami di HQ untuk kita bantu segera, in shaa Allah. Boleh scan QR Code atau klik pada butang hubungi di bawah.
Soalan Lazim (FAQ)
-
Apa yang termasuk dalam Jaminan 180 Hari?
Apa sahaja masalah yang dihadapi contohnya produk yang diterima:
1. Ada masalah; kotor, jahitan kurang kemas dan sebagainya.
2. Tidak seperti yang diharapkan dan tidak berpuas hati.
3. Tidak sesuai dengan anak -
Jika saya sudah basuh dan rosak disebabkan menggunakan suhu mesin pengering yang terlalu tinggi?
Jika ianya rosak disebabkan kecuaian, ianya tidak termasuk dalam jaminan kita. Maaf ya 😥
-
Jika saya minta refund, adakah akan dibayar termasuk kos postage dan cas transaksi yang telah saya bayar ?
Jika anda mohon untuk refund, kita akan bayar untuk kos tudung sahaja.
-
Bagaimana nak tukar atau refund?
Anda boleh hubungi kami dengan klik pada butang hubungi di atas dalam waktu operasi, in shaa Allah kita akan bantu anda segera.
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat / 9 pagi – 6 ptg