fbpx

tudung kanak-kanak Archive

APAKAH MATERIAL YANG SELESA UNTUK DIJADIKAN TUDUNG KANAK-KANAK?

Mesti puan tertanya-tanya soalan begini kan? Yalah, siapa tak sayangkan anak dan kita semestinya nak hadiahkan Si Comel kita dengan tudung kanak-kanak yang selesa dipakai.
.
Terutama Si Comel yang baru nak mula bertudung, semestinya tudung yang selesa sangat penting. Jadi hari ini saya nak kongsikan satu jenis material yang selesa dan sesuai untuk dihasilkan tudung buat Si Comel.
.
Pernah dengar Lycra Kapas?
.
Namanya selembut kainnya hehe… lycra kapas nie adalah sejenis kain lycra(meregang) yang lembut gebu-gebu gitu… saya taknak cerita lebih, biarlah gambar sendiri berbicara… cuba tengok dan tenung gambar di atas… nampak tak texture-texture kapasnya hehe…
.
Kain ini tidak selalu digunakan sebab harga kosnya agak tinggi, namun sekali sekala, apa salahnya kita hadiahkan tudung yang dihasilkan dari material yang baik untuk Si Comel kita kanย ๐Ÿ˜Š
.
**Jangan keliru antara lycra kapas dan lycra jersey. Lycra jersey dia macam plastik sikit dan lebih murah.

#tudungbudak #tudungtadika #tudungsekolah #tudungsicomel #tudungkanakkanak

3 FAKTOR PENTING PEMILIHAN TUDUNG KANAK-KANAK

tudung kanak-kanak

Masalah biasa bagi ibu-ibu yang ingin mendidik anak-anak bertudung seawal usia adalah tudung yang dihasilkan untuk mereka kebanyakannya tidak selesa dipakai. Tudung-tudung murah yang dihasilkan dari lebihan kain.

Sepanjang saya berkecimpung dalam industri penghasilan tudung untuk kanak-kanak, ada 3 faktor utama yang perlu kita ambil kira agar Si Comel kekal selesa dan gembira bertudung:

1. Material yang sesuai. Pemilihan material kain sangat penting kerana kulit Si Comel agak sensitif. Jadi kain yang lembut dan tidak terlalu tebal perlu digunakan dalam penghasilan tudung kanak-kanak. Kain yang paling sesuai dan lembut antaranya adalah Cotton Lycra.

Ini kerana material jenis ini lembut(kapas) dan ianya meregang(lycra) membuatkan material cotton lycra paling sesuai digunakan dalam penghasilan tudung untuk kanak-kanak.

2. Ukuran Pola. Antara lain adalah masalah ukuran kerana bentuk muka kanak-kanak tidak seperti muka wanita dewasa.

Mereka masih dalam proses tumbesaran dan penghasilan pola tudung yang sesuai sangat penting. Apabila ukuran tidak sesuai, Si Comel akan rasa rimas dan pastinya mereka akan tidak rasa gembira bertudung.

3. Rekacorak Ringkas. Selain itu, rekacorak tudung untuk kanak-kanak adalah berbeza dari tudung dewasa kerana kanak-kanak aktif dan perlukan pakaian kepala yang tidak menganggu aktiviti mereka. Mereka perlu berasa bebas dan perlukan tudung yang ringkas dan tidak terlalu terbelit-belit.

Ini antara 3 faktor utama yang kita sebagai seorang ibu patut pertimbangkan apabila memilih tudung buat Si Comel kita.

Saya sendiri menghadapi masalah ini dahulu apabila tudung-tudung yang dibelikan kepada anak-anak saya hanya akhirnya tersimpan di dalam almari.

Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu jahitan kita telah menghasilkan sendiri tudung untuk kanak-kanak dan di sini kita kongsikan dengan ibu-ibu yang juga ingin melihat Si Comel mereka bertudung dengan bebas dan gembira ๐Ÿ˜Š

Semoga Si Comel kita sama-sama membesar menjadi anak-anak solehah dan inilah kepuasan yang sangat indah sebagai seorang ibu.