Tips Kurangkan Marah Pada Anak Kecil

Nak kurangkan marah pada anak bukan senang. Nak mendidik anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi mendidik anak tanpa ada pengetahuan. Kita sendiri pu kena faha, anak kecil ni bukan mudah nak faham apa yang kita cakap. Terutama sekali pada anak kecil yang masih tidak pandai bercakap. Mananya dia nak faham, kalau kita asyik nak marah-marah. Dah memang sikap anak kecil, susah sedikit untuk mendengar kata.

Kita ni pula bila anak tak dengar kata, mudah betul hilang kesabaran tu. Lagi-lagi kalau ibu ibu yang berhadapan dengan anak yang jenis tak boleh berenggang langsung. Tinggal kejap je, mulalah menangis. Kadang tu naik rimas jadinya, dan buatkan kita ni suka marah dengan anak. Saya sendiri risau bila saya marahkan anak dengan keadaan saya tak waras, ataupun tak boleh berfikir.

kurangkan marah pada anak

Anak kecil bila kita marah, lagilah bertambah menangis. Lagi merisaukan, apabila emosi dan perkembangan anak kita ni terganggu dek kerana kita kerap marah walaupun perkara kecil. Saya cuba juga untuk kurangkan marah pada anak. Sebabnya, takut anak ni nanti marahkan saya apabila waktu saya tua. Jadi, kali ini saya nak kongsikan tips kurangkan marah pada anak.

#1 Fikir dahulu sebelum marah

Bila dalam keadaan marah, memang tak boleh berfikirkan? Apa kata, anda duduk dan tenang seketika sebelum nak marahkan anak. Anda kena fikir apa punca atau sebab anda memarahi anak. Adakah mereka membuat perkara yang luar biasa dan menyebabkan anda marah? Anda kena fikirkan juga, apabila anak sudah besar, anda nak tak dimarahi sebagaimana anda marahkan anak dulu. Jadi, fikir dahulu sebelum marahkan anak.

#2 Lebih baik berikan kesedaran

Daripada anda marah-marah, lebih baik anda cuba berikan kesedaran pada anak. Saya tahu ianya tidak mudah untuk dilakukan. Tetapi, ini adalah cara untuk merubah fikiran mereka. Anda kena faham, anak masih dalam proses belajar emosi dan mental. Kalau anda marah dan bebel, tiada guna lagi dah. Nanti bertambah buruk lagi situasi.

#3 Cuci muka untuk sejukkan badan

Salah saut cara untuk kurangkan marah pada anak ialah dengan mencuci muka ketika dalam marah. Api kalau disimbah air pastikan akan padam. Begitu juga perasaan marah. Lagi baik ambil wudhu terus, in shaa Allah sejuk hati tu daripada marahkan anak. Bila mood dah okay, barulah jumpa dengan anak. Cakap dan berikan kesedaran pada anak.

#4 Peluk anak

Kalau dah tak tahu nak buat apa, peluklah anak walaupun dalam hati tengah membara dan geram. Anda akan rasa perubahan emosi serta merta. Peluklah mereka seerat mana nak peluk. Ingatlah, anak inilah tanggungjawab dan amanah dari Allah. Mereka masih dalam fasa untuk membezakan baik dan buruk. Jadi, banyakkan bersabar.

#5 Amalkan doa

Sebagai seorang yang beragama islam, doa adalah senjata mukmin. Apa salahnya baca doa ini ketika anda marah, in shaa Allah redalah nanti marah tu.

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا

Maksudnya: Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Kesimpulan

Marah bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Kita boleh memanjakan mereka tetapi tunjukkan ketegasan di sebalik kelembutan. Saya harap ibu bapa boleh mencari ilmu dan kreatif untuk berkomunikasi dengan anak secara berhikmah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa