Tips Mudah Mendidik Anak (2021)

Anda wajib mempelajari tips-tips mudah mendidik anak dengan betul dan kreatif agar proses tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

Tahniah diucapkan jika anda tergolong dalam kumpulan ibu bapa yang sentiasa bertungkus-lumus dalam usaha mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang soleh dan berguna pada agama, bangsa dan negara kelak.

“ Barangsiapa yang menyeru ( mengajar ) kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala mereka yang mengamalkan kebaikan tersebut tanpa ada sedikit kekurangan pun ( dari pahala tersebut ) ”

Hadis Riwayat Muslim

Artikel ini akan membantu anda dalam meneroka kaedah dan tips mudah mendidik anak di rumah yang boleh diamalkan oleh anda begitu juga dengan pasangan tercinta bagi tujuan murni ini.

1. Menaikkan Tahap Keyakinan Diri Anak

Pembinaan tahap keyakinan diri tidak terjadi dalam sekelip mata. Ia mengambil suatu tempoh yang lama dan bermula semenjak usia kecil lagi.

Cara percakapan, lengguk pergerakan isyarat tubuh badan dan ekspresi anda dalam komunikasi dan pergaulan seharian anda bersama dengan anak memainkan peranan yang penting dalam isu ini.

Pujian dan penghargaan atas kejayaan kecil akan membuatkan mereka berasa dihargai dan menghasilkan rasa kepercayaan diri yang kuat lalu menyuburkan lagi keinginan mereka untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang seterusnya dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sebaliknya yang terjadi apabila mereka sering dihamburkan dengan keji-kejian dan kata-kata yang lecehan.

Situasi ini bukan sahaja menghakis tahap keyakinan diri mereka malah akan menghasilkan suatu peribadi yang pasif. 

2. Menggalakkan Anak-Anak Berbuat Baik

Pernahkah anda terfikir cara yang paling berkesan dalam memastikan anak-anak sentiasa melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian ?

Tips mudah mendidik anak yang kedua hanya memerlukan anda melakukan suatu perkara yang ringan namun tidak ramai mampu melaksanakannya !

Ia adalah kata-kata pujian dan galakkan.

Manusia diciptakan dengan lumrah yang menyukai kepada puji-pujian, apatah lagi bagi anak-anak yang masih kecil ini.

Pandainya angah lipat baju !

Rajinnya adik basuh pinggan !

Ramahnya along dengan atuk dan nenek !

Tips Mudah Mendidik Anak
Biasakan Untuk Puji Setiap Perbuatan Anak Yang Baik

Kata-kata pujian dan sokongan secara tidak langsung seperti ini ternyata berkesan dalam mendorong mereka untuk terus mengamalkan nilai-nilai murni yang anda sarankan lalu setelah suatu tempoh tertentu ia bakal menjadi tabiat yang biasa mereka lakukan tanpa perlu disuruh lagi.

3. Membina Disiplin Dengan Peraturan Rumah

Penetapan peraturan-peraturan asas di rumah membantu dalam pembentukan disiplin anak-anak. Ia merupakan satu latihan bagi mereka mengawal diri dan keinginan serta menyemai unsur tanggungjawab dalam diri mereka.

Begitu juga memahami bahawa kehidupan ini bukan hanya berkait dengan hiburan semata-mata.

4. Meluangkan Masa Bersama Anak

Anak-anak yang mempunyai masalah akhlak seperti panas baran, kuat memberontak dan sebagainya sering kali didapati terjadi akibat kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.

Sikap-sikap seperti ini dizahirkan adalah sebagai isyarat kepada ibu bapa bahawa perhatian yang sepatutnya mereka perolehi tidak ditunaikan dengan baik.

Tindakan meluangkan masa-masa berkualiti bersama bukan sahaja mengeratkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.

Malah ia juga membentuk anak yang taat kepada kedua-dua ibu bapa atas dasar rasa hormat serta kasih sayang yang tinggi.

5. Menjadi Contoh Teladan Yang Baik

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ”.

Peribahasa Melayu

Peribahasa ini kekal relevan hingga kini dalam topik mendidik anak. Kaedah mendidik dengan contoh teladan yang baik adalah antara teknik yang paling berkesan dalam aspek didik anak.

Ini kerana ibu bapalah yang menjadi rujukan utama mereka semenjak lahir dalam berbagai aspek kehidupan.

Semoga segala tips mudah mendidik anak ini membantu anda memantapkan lagi didikan di rumah.

Sebelum kita mengakhiri artikel kali ini, jika anda ingin berkongsi tips-tips mudah mendidik anak yang ternyata berkesan ! Sila lontarkannya pada bahagian komen di bawah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa