Tudung Sekolah Awning Lembut Dan Scuba Istimewa

Salam puan, kita ingin memperkenalkan Tudung Sekolah Awning Lembut dan Awning Scuba Istimewa dari TudungSiComel.com.

Tudung Sekolah Awning Lembut dan Awning Scuba Istimewa

♡ Adakah anak puan mengeluh tudung sekolah yang dipakai tidak selesa?

♡ Adakah tudung anak puan cepat kelihatan kotor dan sukar untuk dibasuh (awning keras)?

♡ Adakah puan sayangkan Si Comel puan?

Kita ada penyelesaiannya. Tudung Sekolah Awning Lembut dan Scuba Istimewa kita telah terbukti membantu ramai rakan-rakan lain. In Shaa Allah.

Mudah, Lembut dan Selesa

Ianya SELESA dan sangat MUDAH DIPAKAI serta DIBASUH. Si Comel puan juga pasti tidak akan rimas lagi mengenakan tudung terutama kepada kanak-kanak yang pertama kali bertudung.

Tudung-sekolah-awning-lembut

Dijahit dengan ukuran khas agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Mudah dibasuh dan kualiti kain yang baik membuatkan anak puan kelihatan istimewa di mata guru mereka.

Lycra Korea; Sejuk, Lembut dan Selesa. Anak anda pasti berkata; “Saayangan Ibu” 

tudung sekolah awning lembut

tudung sekolah

KEISTIMEWAAN BERBANDING TUDUNG SEKOLAH BIASA

    • Awning Lembut yang MUDAH dibasuh menggunakan mesin dan tidak mudah rosak
    • Lycra Korea LEMBUT dan Selesa dipakai (Imported)
    • Potongan Khas (cutting) yang telah menjalani sesi ujikaji selama lebih dari 2 tahun dan mampu membuatkan Si Comel SELESA memakainya.
    • Putih Nila yang sentisa kelihatan bersih sesuai untuk Si Comel sekolah rendah yang lasak.
    • Mempunyai hampir 3000 Testimoni Positif dari rakan-rakan yang pernah membeli sebelum ini.
  • Mudah dipakai dan Si Comel pasti tidak rimas menggayakannya, in shaa Allah. Jika tidak selesa, boleh dipulangkan semula.

SAIZ

Berikut adalah ukuran labuh dari dagu bagi setiap saiz dan cadangan umur yang bersesuaian dengan Si Comel puan. Sekiranya Si Comel puan adalah bersais badan biasa rakan sebaya, in shaa Allah sesuai dengan sais yang kita cadangkan.

  • Umur 4 – 8 tahun sesuai Saiz SS (labuh 12 +/- 1 inci)
  • Umur 8 – 10 tahun sesuai Saiz S (labuh 14 +/- 1 inci)
  • Umur 10 – 12 tahun sesuai Saiz M (labuh 17 +/- 1 inci)
  • Umur 11 – 15 tahun sesuai Saiz L (labuh 20 +/- 1 inci) – Tudung Labuh

Berikut di bawah model kita berusia 8 tahun menggayakan semua 3 size tudung untuk rujukan puan.

Tudung Sekolah Awning Lembut Putih Nila SS 518-11

Tudung Sekolah Awning Lembut Putih Nila S 518-11

Tudung Sekolah Awning Lembut Putih Nila 518-11

HARGA

Sebagai pengenalan, kami ingin puan rasa dahulu kualiti kain Lycra Korea ini (Sejuk, Lembut dan Gebu), kami tawarkan puan dengan nilai istimewa cuma RM16.90 (Awning Lembut) dan RM19.90 (Awning Scuba) sahaja satu helai untuk semua saiz (^_^)

PENGHANTARAN

Promosi Penghantaran – Untuk berat 40 helai pertama, kos penghantaran (+urusan pentadbiran) ke seluruh Semenanjung cuma RM6.90 sahaja menggunakan Pos Laju.

Untuk Sabah/Sarawak boleh semak terus di web kita kerana harga sedikit berbeza.

JAMINAN 180 HARI

Setiap produk asli yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah Jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.

Jaminan kami

SELAIN TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT KITA JUGA ADA:

KAEDAH TEMPAHAN MUDAH

Sila maklumkan kami *Butiran Tempahan ke salah satu dari 2 kaedah tempahan mudah kita:

1. ATAU Personal Message(PM) ke Facebook page TudungSiComel.com

2. ATAU boleh tempah terus di katalog Butik Online mesra smartphone kita.

*Butiran Tempahan

  1. Kod Tudung
  2. Size
  3. Kuantiti

Untuk melihat Kod Tudung dan senarai lengkap warna tudung, sila klik butang hijau di bawah.Koleksi TudungSiComel

32 thoughts on “Tudung Sekolah Awning Lembut Dan Scuba Istimewa”

  1. EEE bes nye banyak design.. artie pown leh keluarkan tudung sekolah satu design ajer dengan awning… dulu ada saiz midi/mini.. tp demi memenuhi kewajipan bertudung, design tudung sekolah tutup dada saja yg deikeluarkan.. tks share info.. smoga dapt dimanfaatkan pembaca…

    Reply
  2. Puan bagaimana klu saya nak beli tudung sekolah awning lembut pelbagai saiz secara borong.
    Sila email kan detail pd saya
    Terima kasih.

    Reply
    • Salam puan Lina, salam ceria. =)

      Maaf lewat balas komen puan =(

      Untuk maklumat lanjut pemborong dan dropshipper jemput puan layari link di bawah;

      Klik >> https://tudungsicomel.com/borong-dropship/

      Semoga perniagaan puan bertambah maju dan dibekati. Amin.

      Sekiranya ada sebarang masalah mohon maklum yer, in shaa Allah kita akan cuba bantu sebaik mungkin puan =)

      Terima kasih puan =)

      Reply
  3. tudung ni takde awning yer? boleh masuk mesin basuh?
    ke ada awning? nak cari tudung tak de awning yg keras tu.. nak awning lembut or yg lyra jahit dua lapis tu ke.. yg ni yg mcm mana?
    tq

    Reply
    • Salam puan Fida, salam ceria =)

      Ya puan, tudung ini awning lembut puan dan boleh masuk mesin basuh =).

      In shaa Allah Si Comel puan Fida pasti suka =)

      Reply
    • Salam puan Siti, salam ceria. =)

      Maaf lambat balas emel puan, =(

      Baik puan, Tudung sekolah warna purple ada puan, =)

      Jemput puan ke butik online ke smart phone online kita di TudungSiComel.com/katalog/

      Terima kasih puan, =)

      Reply
    • Salam puan Fatimahtul, salam ceria.=)

      Maaf lambat balas emel puan, =(

      Baik puan, =)

      Maaf sangat-sangat puan untuk tudung sekolah warna kuning lembut buat masa sekarang kita tiada keluarkan lagi puan, =(

      In shaa ALLAH mungkin masa akan datang nanti kita akan cuba usaha menjahit untuk tudung sekolah pelbagai warna untuk sekolah puan, =)

      Reply
    • Salam puan Jaszliza, salam ceria. =)

      Maaf lambat balas emel puan, =(

      Baik puan, =)

      Kita ada tudung purple plain puan, =)

      Jemput puan ke talian whatsapp kita puan untuk melihat tudung sekolah purple plain puan di talian 011-28200399 puan,Dan krew kita akan segera menjawab pertanyaan puan, =)

      Terima kasih puan, =)

      Reply
    • Salam puan Nani, salam ceria =)

      Maaf sangat-sangat terlepas pandang komen puan. Mohon jasabaik puan untuk wassap kita boleh di 011-2820 0399 kami dahulu yer.

      Kita berborak di wasap puan. Dekat komen area kadang-kadang kami tak terima notification. Terima kasih puan dan salam ceria =)

      **BUTIK ONLINE**

      Untuk koleksi lengkap kita, jemput puan lawati Butik Online kita (mesra smartphone) @

      Klik >> https://tudungsicomel.com

      Klik >> https://tudungsicomel.com

      Reply
    • Salam puan, terima kasih kerana sudi menghubungi kita di TudungSiComel.com =)

      Boleh kita mohon jasabaik puan untuk Whatsapp kita ke 011-28200399 (Waktu Operasi Isnin-Jumaat / 10.30 pagi – 6 petang). Kadang-kadang di bahagian komen kita tak perasan.

      Kita berborak di Whatsapp ya puan =)

      **FACEBOOK

      ATAU puan juga boleh PM kita di facebook kita:

      FB: https://www.facebook.com/TudungSiComeldotcom

      Mana yang lebih memudahkan puan =)

      Reply
    • Ada puan, Butik kita di alamat seperti di bawah:

      TudungSiComel.com
      SBZ Prima Enterprise
      Lot BT16,
      Stesen Bas Wan`s Central,
      Jalan PJU10/3A, Damansara Damai,
      47830 Petaling Jaya,
      Selangor
      Tel: 03-2106 0501
      011-2820 0399 (Hanya dapat dijawap semasa Waktu Operasi)

      Facebook: TudungSiComelDotCom
      Email: admin@tudungsicomel.com

      Waktu Operasi:

      Isnin-Jumaat
      10 pagi – 6 petang
      Waktu Rehat 1tgh hari – 2 ptg / Jumaat 2.30ptg

      Reply
  4. salam puan..sya nk tny bkenaan uniform sek baju kurung set. Sya nak order size ss, tpi yg paling kecil size s. Size ss tak available ke cmna?

    Reply
    • Salam puan, salam ceria =D

      Maaf lewat menjawap pertanyaan puan. Hari ini kita baru mula bertugas setelah pulang bercuti Aidiladha =D

      Untuk uniform, kita sedang siapkan stok untuk size-size lain yang kehabisan. In shaa Allah, puan boleh whatsapp kita di 011-28200399 untuk kita jahitkan khas untuk puan =D

      Kita boleh minta Tailor kita jahitkan berdasarkan size yang puan perlukan, in shaa Allah =D

      Reply
    • Alhamdulillah, terima kasih puan. Terharu sangat dengan sokongan puan. Sebagai tanda penghargaan kita, kita hadiahkan Si Comel puan sehelai tudung sekolah secara percuma. Puan boleh wasap 018-3696451 untuk dapatkan kupon percuma sehelai tudung sekolah awning scuba terbaru kita ^_^

      Terima kasih sangat puan ^_^

      Reply

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00