Syarat mudah untuk menyertai Program Dropship dan Affiliate TudungSiComel. Semua Rakan Dropship dan Affiliate dikenali juga sebagai Personal Shopper.
WAJIB MENDAFTAR
1. Perlu mendaftar dan yuran pendaftaran adalah PERCUMA.
2. Bersetuju dengan terma dan syarat dan klik pada butang Akad Persetujuan dan Lantikan di bawah.
MENJUAL PADA HARGA YANG DI TETAPKAN
1. Rakan Dropship DIWAJIBKAN untuk menjual produk pada harga yang telah ditetapkan dan TIDAK DIBENARKAN membuat promosi yang tidak selari dengan promosi yang telah pihak HQ tetapkan. Ini bagi memastikan tiada ‘perang harga’ berlaku antara dropship.
2. Amaran akan diberikan kepada mereka yang ingkar sebanyak dua kali dan apabila didapati masih berlaku lagi pelanggaran pada kali ke tiga, akaun dropship anda akan dinyah-aktifkan dari sistem Dropship TudungSiComel.
KOMISYEN AFFILIATE & WALLET
1. Buat masa sekarang hanya rakan dropship sahaja akan dilantik sebagai rakan affiliate.
2. Ini kerana komisyen affiliate akan dimasukan terus ke Wallet sebagai kredit dan boleh digunakan bagi membuat belian tudung untuk pelanggan(dropship).
3. Komisyen affiliate akan dipindahkan sebagai kredit dan ianya masih menjadi hak syarikat selagimana ianya tidak ditebus.
4. Sekiranya sistem menghadapi masalah serius dan tidak dapat berfungsi serta data kredit tidak dapat dikenalpasti semula(nauzubillah), ianya tidak akan menjadi hutang syarikat kepada anda.
5. Komisyen affiliate buat masa sekarang tidak akan dipindahkan ke akaun bank peribadi(cashout) atas beberapa sebab. Hanya boleh digunakan semula untuk buat belian produk sahaja.
AKAD PERSETUJUAN DAN LANTIKAN SEBAGAI AGEN TUDUNGSICOMEL
Saya telah membaca dan faham dengan syarat ringkas di atas. Saya dengan ini bersetuju untuk menjadi agen TudungSiComel.
KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA. Sekiranya anda tidak berminat untuk meneruskan sebagai agen TudungSiComel, anda boleh menarik diri pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat.