10 Petua Menghilangkan Perut Buncit!
Perkara yang paling merisaukan orang-orang muda ialah perut buncit! Perut menggeleber dan tiada bentuk badan adalah perkara yang menyeramkan.
Kesibukan harian menguruskan kerja dan hal keluarga menyebabkan orang lelaki atau perempuan moden pada zaman sekarang terlupa untuk menjaga bentuk tubuh badan.
Petua warisan orang lama semakin dilupakan. Hal ini kerana gaya hidup juga menjadi semakin moden. Semua menjadi mudah dan segera. Baiklah, kali ini artikel akan berkongsi petua orang lama tentang bagaimana mahu hilangkan perut buncit.
Apakah Cara Mengatasi Perut Buncit?
1.Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi.
2.Sapukan pada perut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Boleh diamalkan semasa berpantang sebelum memakai bengkung dan pada bila-bila masa sahaja.
3.Satukan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis. Sapukan pada perut selepas bersalin. Lakukan selama beberapa minggu. InsyaAllah, perut kembali kendur dan kedutan juga hilang.
4.Tumbuk halus beberapa helai daun jambu batu dan sebuku halia. Letakkan sedikit air dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Gaul rata, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering. Boleh amalkan pada setiap malam. Petua ini juga dapat atasi untuk perut yang kembung.
5.Tumbuk kapur sirih, daun jambu batu dan halia hingga lumat. Sapukan pada bahagian perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan pada setiap malam.
6.Lima biji buah delima diambil isinya. Kemudian, tumbuk lumat. Masukkan ke dalam dua gelas air besar dan campurkan dengan sedikit garam. Minum setiap pagi selepas sarapan. Amalkan selama dua minggu pada setiap bulan.
7.Ambil 2 sentimeter kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum diiringi selawat pada waktu pagi dan malam.
8.Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit madu dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara air masih suam. Petua ini boleh diamalkan selesai proses berpantang bersalin.
9.Angkat kaki sambil berbaring dan tangan diletakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20 minit.
10.Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas.
11.Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dua kali pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
12.Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas. Rebuskan hingga mendidih. Sejukkan dan minum dua kali pada setiap hari.
Rujuk semua petua di atas dan jaga diet pemakanan seimbang. InsyaAllah selalu sihat,anggun dan hilangkan perut buncit anda.
Selamat mencuba! Sudah dapatkan koleksi tudung sekolah daripada TudungSiComel? Dapatkan sekarang di website tudungsicomel.com