7 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak Perempuan

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak merupakan faktor utama berlakunya masalah-masalah sosial ini.

Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

Apabila seorang anak sudah berlaku kurang sopan terhadap ibunya dan membenci bapanya, maka dia akan melakukan seperti itu juga terhadap orang lain. Oleh yang demikian, mereka akan mencari ikutan yang mereka anggap sesuai, yang terkadang mereka mendapatkan yang baik dan terkadang tidak. Maka lemahlah agama mereka dan buruk pula akhlaknya. Adakah harapan anda untuk melihat anak anda berkelakuan seperti itu untuk memberikan kebaikan kepada umat?

Perkara seperti ini terjadi akibat kurangnya kasih sayang dan bimbingan dari kedua orang tua mereka. Golongan suami khususnya, seringkali menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak kepada isteri dengan alasan mereka sibuk mencari rezeki di luar. Kepimpinan di dalam rumah yang diserahkan bulat-bulat ke dalam tangan isteri akan membuatkan anak-anak menghina bapanya disebabkan kelemahannya dan menyebabkan mereka hilang kesempatan untuk mengikut jejak ayahnya, kerana mereka menganggap bapanya tidak boleh dijadikan pemimpin.

1.Doa Buruk

Ibu bapa harus memainkan peranan mereka dengan mendidik anak dengan pendidikan yang betul sejak mereka masih kecil supaya mereka sedar akan tanggungjawab dan kewajipan untuk bertakwa kepada Allah SWT dan tidak mengolok-olok-Nya. Awas apakah perkataan yang keluar daripada mulut ibu bapa ketika marahkan anaknya. Selalu doa buruk yang diucapkan kepada anak-anak mungkin boleh merosakkan kehidupan mereka. Anak-anak perlu sentiasa diperingatkan akan azab api neraka. Mereka juga perlu diingatkan bahawa segala kesenangan itu datang daripada Allah. Sentiasalah menasihatkan mereka bahawa Allah sedang menguji kita dengan segala kesenangan yang kita miliki itu. Allah mahu kita sentiasa bersyukur dan tidak mengejek mereka yang kurang berkemampuan kerana Allah mampu mencabut semua itu dari kita dan memindahkannya kepada orang lain.

2.Luka

Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak


Luka lama yang dilalui ibu bapa membuatkan mereka tidak mahu anak-anak melalui perkara yang sama. Kebanyakan ibubapa selalunya mempunyai perasaan yang begitu kuat untuk melindungi anak-anaknya hingga terkadang mereka terlupa untuk memberi sedikit kebebasan kepada anak-anak untuk berfikir dan menguruskan hidup sendiri. Kekhuatiran seperti inilah yang akan membunuh keberanian pada diri anak dan menumbuhkan ketakutan-ketakutan yang tidak logik yakni takut kepada apa saja dan takut melakukan apa sahaja.

Pendidikan seperti ini akan mempengaruhi ketenangan jiwa, menumpulkan kemampuan anak, dan menjadikan dia selalu cemas dan bimbang terhadap apa yang dibuatnya. Si anak akan menjadi seorang yang”takut jatuh”ketika naik ke”tempat tinggi”dan takut gagal ketika mengerjakan sesuatu pekerjaan. Kekhuatiran yang berlebihan ini akan membawa kesan buruk terhadap anak. Antaranya adalah:

i. Anak akan hilang tawakal atau dalam erti kata lain keyakinan sedangkan jika seseorang anak itu betul belajar untuk bertawakal. Ibubapa sepatutnya menasihati anak dengan berkata seperti ini, ”Wahai anakku, sebutlah Allah dan bertawakallah kepadaNya. ”Ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan anak dan kepercayaannya terhadap Allah SWT.

Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

ii. Daya kreativiti anak akan hilang, begitu juga kemampuannya untuk melakukan pembaharuan. Disebabkan orang seperti ini takut dan gentar melakukan perubahan, maka agak sukar untuk kita menaruh harapan terhadapnya.

Oleh yang demikian, ibubapa haruslah member pendidikan yang betul terhadap anak supaya mereka mampu berdikari dan teguh dalam menguruskan hidup dan melakukan sesuatu.

3.Kepercayaan

Ramai orang tua dan anaknya menderita penyakit saling tidak percaya. Orang tua tidak percaya kepada anaknya kerana dia selalu beranggapan bahawa anaknya masih kecil. Sikap orang tua semacam itu tentu menimbulkan jauhnya hubungan, pudarnya pautan hati, dan menambah pertentangan di antara keduanya. Si anak tidak mempercayai orang tuanya kerana janjinya yang tidak kunjung ditepati dan ancamannya yang tidak pernah dilaksanakan. Akhirnya, timbullah ketidakterbukaan antara keduanya. Si anak melakukan kepatuhan dan ketaatan palsu, manakala di situasi yang lain, si bapa lalai dengan amanahnya untuk memperlakukan anak-anaknya dengan baik.

Terdapat kesan negatif akan wujud melalui hubungan saling tidak percaya ini. Antaranya:

i. Bila si anak sudah tidak mahu mendengar perkataan orang tuanya lantaran tiada kejujuran dan ingkar janji, maka ketika orang tua mengingatkan perilaku buruk anaknya, si anak tidak akan mahu mendengarnya.

Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

ii. Bila si anak sudah hilang rasa percaya kepada orang tua, maka si anak akan mula mempercayai orang lain seperti guru dan rakan-rakannya. Jika guru atau rakan-rakannya orang yang baik, maka tiada kekhuatiran yang akan timbul. Tetapi, jika perkara yang berlaku adalah yang sebaliknya, maka ini akan merosakkan akhlak anak.

iii. Bila si anak sudah hilang kepercayaan kepada orang tuanya, maka hatinya akan menjadi tertekan dan hal ini akan mendorong si anak untuk mengurung diri serta tidak mampu untuk mangharungi kehidupan. Perkara ini akan menjadikannya sebagai beban kepada masyarakat kerana tidak mampu lagi untuk membela agamanya.

4.Lalai

Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

Pada keadaan ini, orang tua lalai dalam mendidik anaknya sejak kecil, akhirnya pendidikannya terbiar, sehingga adegan-adegan filem dan perilaku artislah yang menjadi ikutan. Kalaupun dia mendapatkan orang lain untuk mendidiknya, namun didikan itu akan mendatangkan hasil yang tidak bermanfaat sama sekali. Oleh itu, seorang anak akan mencontohi dan meniru segala tingkah laku dan ucapan para artis yang selalu dilihatnya. Padahal sudah jelas mereka adalah orang-orang yang telah rosak moralnya. Mereka adalah orang-orang yang tidak boleh ditiru atau diikut, baik perbuatan, mahupun perkataannya.

Terdapat juga situasi yang mana si bapa tanpa disedari menggalakkan kecenderungan anak dengan artis-artis. Itu boleh kita lihat ketika mempraktikkan perilaku artis atau meniru kata-kata artis tersebut sehingga si bapa membiarkan dan memuji tingkah laku si anak yang menyerupai artis itu. Si anak pun akan menjadi semakin berani dan mantap untuk menonjolkan diri dengan penampilan sedemikian. Sikap endah tak endah si bapa akan memupuk rasa kecintaan si anak untuk meniru dan mencontohi para artis. Si bapa juga telah membuat mereka cenderung kepada artis itu dalam perkara yang zahir, yang pada akhirnya akan menimbulkan rasa suka dalam perkara batin.

5.Kecantikan

Kebanyakan bapa akan menyerahkan urusan pendidikan anak perempuan kepada isteri. Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, seorang ibu akan mendidik anak perempuan sebagaimana ibunya (nenek kepada anak) mendidiknya suatu ketika dahulu. Jika baik didikan seorang ibu, maka baiklah perilaku anaknya tetapi jika terjadi hal yang sebaliknya, maka apa yang berlaku juga adalah sebaliknya.

Peranan ibu memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri anak perempuannya. Penampilan anak kadang-kadang melampaui batasan seorang muslimah sejati. Seoarang wanita ada kalanya mampu menghabiskan masa berjam-jam menghiaskan diri di depan cermin melebihi waktu yang sepatutnya digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Kita perlu tahu beberapa sebab yang menggalakkan anak perempuan berperilaku sedemikian. Antaranya adalah:

i. Terdapatnya begitu banyak kedai yang menjual alat solek, aksesori, pakaian dan salun-salun kecantikan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

ii. Jumlah wanita berilmu yang mengajar tauhid kepada masyarakat juga sangat sedikit berbanding lelaki kerana mereka lebih memilih untuk menjadi suri rumahtangga.

iii. Wanita muslimah sudah terpengaruh dengan cara berpakaian bagi golongan kafir kerana terlalu asyik dan leka menatap majalah-majalah dan filem-filem yang merosakkan aqidah dan akhlak.

6.Kawan
Ibu bapa tidak perasan perangai anak-anak sangat dipengaruhi dengan siapa mereka berkawan. Pada zaman sekarang agak susah mahu berjumpa dengan kawan-kawan yang banyak bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya. Disebabkan kenikmatan seperti inilah kadang-kadang manusia lupa dan lalai sehingga mereka menjadi seseorang yang suka mengejek dan mencela. Mereka mencela orang lain kerana agamanya, mengejek kerana infaknya, merendahkan orang kerana kefakirannya, dan dia remehkan orang kerana tidak suka dengannya.

Perkara ini tidak hanya merangkumi urusan keduniaan sahaja bahkan kita juga akan mendapati bahawa orang-orang seperti ini suka mengejek Allah, Rasul-Nya, Kitab-Kitab-Nya, dan Hari Akhirat. Dia juga suka mengejek wali-wali Allah, orang-orang soleh, para ulama dan para pendakwah.

7. Tidak Utamakan Agama

Kini, ada ibu bapa yang lebih mementingkan urusan dunia anaknya berbanding urusan akhirat. Ini kerana mereka ingin melihat anak-anak mereka dikagumi masyarakat umum dalam mengikuti perkembangan dunia teknologi. Ibubapa menekankan kepada anak-anak betapa pentingnya kehidupan berjawatan tinggi, kereta mewah, rumah besar dan sebagainya sehingga terlupa akan hal-hal akhirat.

Sebagai contoh, seorang bapa begitu mengambil berat hal pelajaran anaknya sehingga memaksa anak untuk menghadap buku hampir 12 jam dalam sehari. Oleh itu, si anak pun akan mengerah tenaganya untuk belajar dan memajukan diri dalam pelajaran sedangkan jika ditanya apakah ibadat seorang anak itu sudah sesuai dengan syariat Allah atau belum? Sudahkah seorang bapa itu mengusahakan agar anaknya melaksanakan syariat Allah? Atau, adakah terdapat sedikit penyesalan dalam diri seorang bapa kerana melalaikan urusan akhirat anaknya berbanding urusan persekolahan? Apakah seorang bapa ada menanamkan sifat cinta akan Allah dan rasul serta menunjukkan cara-cara merealisasikannya? Akhir sekali, adakah terdapat semangat di dalam hatinya untuk mengagungkan Allah serta syiar-syiar-Nya seperti solat, puasa, benci kepada orang-orang kafir, cinta sesama muslim serta mencintai kebaikan.

Sudah dapatkan koleksi tudung sekolah daripada TudungSiComel. Dapatkan sekarang melalui link ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa