Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Pantang Larang Tradisional Yang Mesti Ibu Pesan Kepada Anak Perempuan

Pantang larang tradisional ini ibu boleh kongsikan kelak kepada anak perempuan dan menantu perempuan pada suatu masa nanti.

Peranan petua lama-lama yang diwarisi oleh nenek moyang sememangnya diakui keberkesanannya dan membuatkan wanita hamil moden hari ini tidak boleh memandang enteng tentang khasiat petua warisan lama masyarakat Melayu.

pantang larang tradisional

Kebiasaannya, pantang larang dilihat pada sudut tradisional. Namun, terdapat juga pantang larang dari sudut perubatan moden sebagai panduan para ibu moden hari ini.

PERINGKAT AWAL HAMIL – TRIMESTER PERTAMA (1-3 BULAN)

Pada peringkat awal ini, biasanya wanita hamil akan berasa pening dan loya-loya. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dari segi fizikal dan mental.

Justeru, dinasihatkan ibu hamil mengelakkan makanan yang meloyakan seperti susu atau makanan-makanan berlemak.

Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.

Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.

Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.

Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.

Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.

PERINGKAT PERTENGAHAN, TRIMESTER KEDUA (3-6 BULAN)

Pada peringkat ini, ibu hamil sudah berasa semakin stabil dari segi emosi dan fizikal. Walaupun akan terasa sedikit lenguh dan sengal pada bahagian pinggang, hal ini masih tidak serius. Senaman ringan yang ringkas digalakkan buat ibu hamil pada peringkat ini dengan berpandukan jurulatih bertauliah atau sumber rujukan lain.

PERINGKAT AKHIR, TRIMESTER KETIGA (6-9 BULAN)

Pada peringkat ini, berat badan ibu hamil semakin bertambah dan perut juga menjadi semakin besar. Ibu hamil cukup sekadar melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.

Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan pada peringkat ini untuk memastikan tubuh ibu tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim.

Makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan muntah disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar dan faktor kedudukan ruang perut.

Semoga bermanfaat! Dapatkan sekarang tudung sekolah daripada TudungSiComel. Ingat tudung sekolah, ingat Tudung Si Comel!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa