Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita memilih pemenang untuk Pertandingan Kasih Sayang | Instant Shawl Putri ini. Sangat sukar kerana semua peserta hebat-hebat belaka hehe… saingan sangat sengit. Akhirnya kita terpaksa pejamkan mata dan buat pilihan secara rawak sahaja (^_^).
Memandangkan juga kita menerima banyak penyertaan, kita berbesar hati untuk TAMBAH HADIAH dari 5 hadiah kepada 20 hadiah.
Seperti yang dijanjikan, 5+1 pertama akan menerima Instant Shawl Putri dan 14 yang lain akan menerima hadiah saguhati berupa sehelai Inner Sofea setiap seorang. Ini bermakna 20 peserta akan menerima hadiahnya.
Semoga dengan ini lebih ramai yang akan gembira (^_^).
INSTANT SHAWL PUTRI
Instant Shawl Putri adalah hasil gabungan antara Instant Shawl Shifon dan Dokoh Corak istimewa.
Ianya mampu membuatkan Si Comel dan Ibu (sedondon)tampak Anggun, Lebih kemas dan Selesa (^_^)
Ianya juga MUDAH dipakai kerana dijahit terus dan tidak perlu menggunakan pin, sarungkan sahaja.LEMBUT dan pastinya SELESA (^_^)
Jadi tanpa membuang masa….PEMENANGNYA adalah…jeng jeng jeng….
6 + 14 PEMENANG UNTUK PERTANDINGAN KALI INI
6 PEMENANG UTAMA (INSTANT SHAWL PUTRI)
14 HADIAH BONUS (INNER SOFEA)
TAHNIAH
Tahniah kepada semua yang terpilih…kami tumpang gembira. Kepada yang tidak terpilih kali ini jangan putus asa ya, mungkin rezeki puan pada pertandingan akan datang dengan lebih banyak hadiahnya. In shaa Allah.
Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini. In shaa Allah kita akan usahakan untuk sentiasa anjurkan lebih banyak pertandingan dari masa ke semasa. Ini sebagai tanda penghargaan terhadap kawan-kawan atas sokongan selama ini terhadap TudungSiComel. Terima kasih
TUNTUT HADIAH
Kepada yang terpilih di atas, mohon Whatsapp kita di 011-28200399 untuk membuat tuntutan hadiah (^_^)
Semoga Si Comel puan gembira dengan hadiah yang diterima…Amin
Jumpa lagi pada pertandingan akan datang, in shaa Allah.
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENYERTAI, SEMUA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA (^_^)