fbpx

admin Archive

Norma Baharu : Didik anak tentang Covid-19

Sepanjang PKP, anak-anak lebih banyak menghabiskan masa mereka berada di rumah bersama ibu bapa. Ibu bapa mungkin tertanya-tanya bagaimana mereka nak jelaskan isu Covid-19 supaya anak-anak faham bahaya wabak ini jika tidak mengikut nasihat pakar kesihatan. 

Mungkin untuk kanak-kanak atas umur 10 tahun, mereka senang memahami tentang wabak ini tetapi kanak-kanak yang masih kecil tidak. Langkah-langkah apa yang patut ibu bapa ambil untuk memastikan apabila sekolah kembali buka seperti biasa, anak-anak mereka dilindungi?

Ini tips norma baharu 🙂

  1. Pastikan anak-anak anda faham tentang kepentingan kebersihan.
  2. Menjadikan “hand sanitizer” sebagai kawan baik mereka. 
  3. Didik mereka tentang penjarakan sosial dan mengapa mereka harus mengamalkan tabiat tersebut. 
  4. Memastikan mereka mendapat nutrien yang secukupnya untuk membentuk sistem immunisasi yang kuat. 

Sememangnya bukan senang untuk mereka faham situasi sekarang dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mereka selesa dengan norma baharu tapi lambat laun, pasti mereka dapat sesuaikan diri. 

Stay home to stay safe ye semua ?