Humaira dan PdPR

Saya kenalkan, ini Humaira. Anak kepada salah seorang Rakan Usahawan kita, puan Hajar. Comel sangat kan hehe…

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87. Rujuk: http://e-muamalat.islam.gov.my/

Semoga anak-anak kita juga membesar menjadi anak solehah… aamiin.

Wallahu a`lam

300 Helai Tudung Nurse Diperlukan

Kita ada terima permohonan sumbangan tudung nurse untuk frontliner dari Hospital Tengku Ampuan Afzan & Klinik Kesihatan Kurnia, Kuantan Pahang.

tudung nurse diperlukan

Seperti kita semua sedia maklum, kes Covid semakin meningkat saban hari dan situasi ini agak mencemaskan.

Mereka memerlukan dalam 300 helai untuk diagihkan kepada Team Frontliner.

Untuk harga sehelai tudung Nurse khas untuk frontliner cuma RM7.90 sahaja. Kita akan cuba bantu jahitkan(dengan sedikit keuntungan untuk cover upah tukang jahit, staff yang menguruskan dan sedikit overhead).

Jadi jika rakan-rakan nak bantu menyumbang sehelai dua tudung, jemput klik pada link di bawah. Moga-moga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka seharian.

Lets fight the battle together

Terima kasih.

Terjah – Office Marketing TudungSiComel

Mari kita lihat, apa yang berlaku di Office Marketing TudungSiComel time-time PKP nie.

Bekerja dengan kapasiti terhad, ada sebahagian terpaksa bekerja dari rumah dan ada juga yang terpaksa dicutikan(sedih).

Semoga Covid ini berlalu pergi dengan cepat dan dapat kita beroperasi semula seperti biasa. Mohon doa kawan-kawan. Aamiin

Jom kita terjah Office Operation pulak, tengok apa dorang buat kat sana hehe…

Apabila Sekolah Lama Ditutup

Si Comel dan Tudung PdPR…

Salam rakan-rakan, lama tak bertegur sapa hehe…

Sejak kebelakangan nie, asyik sibuk dengan produksi tudung sekolah kita sahaja, sampai terlupa sangat nak update blog kita. Sampaikan berhabuk lah dibuatnya huhu…

Tapi apabila sekolah lama tutup nie(PKP), business pun slow juga… jadi ada masa lah untuk sembang-sembang.

Baca Lanjut…

Item added to cart.
0 items - RM0.00