PENAWAR HATI PENYEJUK JIWA LA-TAHZAN INNALLAHAMA’ANA

EPISOD 1:
Siri 1: SEMALAM HARI INI DAN ESOK

Assalamualaikum WBT,

Sering merasakan hidup dalam bayang-bayang kesempitan, kegelisahan & kecemasan dan sentiasa dalam kesedihan?

Sering merasa hidup dikelilingi oleh musibah yang membuatkan diri tidak boleh tidur lena akibat kegelisahan.

Siapakan di antara kita yang terlepas dari keadaan seperti ini, apatah lagi ketika satu dunia berdepan dengan masalah pandemik, penyakit rohani & jasmani juga tidak terbendung.

Baca Lanjut…

Sumbangan Tudung Jururawat (Frontliner)

Memandangkan kita menerima permintaan(untuk sumbangan) bagi tudung jururawat (frontliner), jadi tahun ini kita buka peluang lagi kepada rakan-rakan yang nak turut menyumbang tudung kepada frontlinear kita.

Syarikat tak mampu nak support semua permintaan memandangkan syarikat tidak memiliki dana yang besar. Oleh itu kami memerlukan sokongan dari kawan-kawan dari segi dana.

In shaa Allah kita ada kapasiti menjahit, namun memerlukan modal sumbangan.

Sehelai tudung sumbangan cuma RM7.90 sahaja bagi size M dan L. Warna dan size akan kita berikan secara rawak mengikut permintaan hospital dan klinik yang memerlukan sumbangan.

Tahun lepas kita juga ada buat sumbangan. Namun tahun ini memandangkan kes Covid semakin meningkat, para jururawat masih memerlukan sumbangan tudung. 

Jika puan berhajat untuk menyumbang, boleh klik pada butang ‘Add To Cart’ di bawah. Terima kasih dan kita akan update juga gambar-gambar sumbangan yang akan kita buat nanti.

Jika anda wakil dari mana-mana Hospital/ Klinik yang juga memerlukan sumbangan tudung, boleh klik pada butang whatsapp di bawah untuk hubungi kita. In shaa Allah kita akan cuba bantu. We fight the battle togeher!

Nota: Wang sumbangan yang diterima akan dikumpulkan dan dibuat penghantaran kepada hospital/ klinik yang memerlukan mengikut kuantiti tudung yang diperlukan.

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×