Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

3 Cara Sendawakan Bayi Dengan Betul. Wow, Mudah Rupanya!

Masa berpantang selalu diingatkan supaya ikut cara sendawakan bayi dengan betul. Selain dari ambil tahu tentang penjagaan bayi, sendawakan mereka juga penting. Ia adalah untuk mengelakkan bayi dari mengalami masalah seperti kembung perut.

Angin atau gas yang berlebihan dalam perut boleh membuatkan bayi rasa tidak selesa dan akhirnya meragam dan menangis. Kadangkala anak juga boleh terjaga waktu malam walaupun sudah kenyang kerana perut mereka yang tidak selesa.

Oleh sebab itulah kenapa ibu-ibu selalu disuruh untuk keluarkan angin dari perut anak. Lagi-lagi selepas mereka selesai menyusu badan ataupun melalui botol. Justeru, ibu sangat digalakkan untuk ketahui cara sendawakan bayi yang betul.

cara sendawakan bayi dengan betul

Kenapa mesti sendawakan bayi?

Antara punca bayi selalu meragam salah satunya kerana masalah kembung perut. Masalah ini sering berlaku lagi-lagi pada usia anak yang masih menyusu.

Kembung perut memberi rasa tidak selesa dan boleh mengganggu fungsi penghadaman bayi. Oleh itu penting untuk ibu bapa sendawakan bayi supaya gas yang terkumpul tadi dapat dikeluarkan dan perut bayi akan rasa lebih selesa.

cara sendawakan bayi dengan betul
kredit gambar: Pexels.com

Punca angin dan kembung perut bayi?

Antara punca terkumpulnya angin dalam perut bayi adalah kerana bayi tertelan angin ketika menyusu. Jika bayi dalam keadaan sangat lapar, mereka mungkin akan menelan susu dengan sangat cepat.

Selain itu aliran susu dari payudara yang terlalu penuh juga boleh sebabkan anak perlu menelan dengan cepat. Oleh itu angin akan lebih banyak ditelan dan terkumpul dalam perut.

Dalam masa yangg sam bayi juga mungkin mempunyai masalah intoleransi terhadap laktosa dan juga protin susu lembu. Bukan itu sahaja, masalah angin berlebihan boleh terjadi disebabkan fungsi penghadaman bayi yang masih belum matang.

Selain itu, pemakanan ibu juga dipercayai boleh sebabkan bayi kembung perut. Antara jenis makanan yang boleh sebabkan angin adalah seperti kobis, brokoli, bunga kobis, kafein dan juga minuman berkarbonat.

Oleh itu ketika anak masih menyusu badan, ibu disarankan untuk kurangkan atau elakkan terus jenis makanan tersebut.

3 cara sendawakan bayi dengan betul

Bayi yang menyusu sama ada meyusu badan ataupun botol akan tertelan udara. Udara yang terperangkap ini akan berikan rasa kenyang dengan lebih cepat.

Namun ia juga boleh sebabkan bayi alami keadaan kembung perut. Kemudian bayi juga akan rasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika anak menelan dengan sangat cepat. Maka adalah sangat penting untuk ibu dan bapa ambil tahu cara untuk sendawakan bayi dengan betul dan efektif.

Ada beberapa cara yang mungkin sesuai untuk keluarkan gas dari perut bayi. Bergantung kepada keadaan dan juga keselesaan anda dan bayi. Antaranya ialah:

1- Posisi bayi di atas bahu

Kredit gambar: Mom Junction

Dengan cara ini anda perlu dukung dan tegakkan bayi. Kemudian sandarkan anak kebahagian bahu dengan muka menghadap ke belakang badan.

Tepuk dengan lembut dan urut bahagian belakang anak sehingga angin keluar. Anak mungkin akan termuntah sedikit dengan cara ini. Oleh itu anda boleh letakkan sehelai kain alas di atas bahu sebelum sandarkan bayi tersebut.

2- Posisi bayi dalam keadaan duduk

Jika kita kurang selesa untuk dukung anak, maka dudukkannya selepas menyusu. Sebelah tangan diletakkan dibahagian dada dan leher bayi untuk menyokong kedudukan anak.

Cara ini khusus untuk bayi yang baru lahir. Kemudian sebelah tangan kita boleh menepuk lembut atau urut perlahan di bahagian belakang bayi bagi membantu keluarkan angin.

Sama juga seperti cara di atas, sediakan kain alas supaya pakaian ibu tidak kotor jika bayi muntah sedikit ketika sendawa.

3- Bayi dalam keadaan posisi meniarap

Kredit gambar: Pa&Ma

Bayi juga boleh ditiarapkan selepas menyusu diatas pangkuan anda. Namun kepala bayi hendaklah dinaikkan sedikit daripada badannya. Kemudian tepuk perlahan dan urut belakang bayi untuk bantu keluarkan angin.

Cara ini memberi ruang ibu untuk tidak perlu mengangkat anak selepas menyusu. Tambahan lagi, ia juga sangat sesuai untuk ibu yang sedang dalam berpantang dan risau untuk bangun dan duduk dengan kerap.

Langkah ini memudahkan ibu dengan tidak perlu bangun dan angkat bayi untuk disendawakan.

Bagaimana cara sendawakan bayi jika cara di atas tidak berjaya?

Antara tips dan petua cara sendawakan bayi dengan mudah ialah dengan bentukkan tapak tangan seperti dalam keadaan segi tiga. Kemudian tepuk berulang-ulang dengan lembut dibahagian belakang bayi.

Adakalanya walaupun ibu sudah cuba pelbagai cara untuk sendawakan bayi tetapi tidak berjaya. Bayi masih lagi kembung serta angin tidak dapat dikeluarkan. Jika ini berlaku, anda boleh praktikkan cara-cara seperti di bawah;

Gerakan kaki ke perut

Gerakkan atau senaman kaki bayi berulang-ulang ke perut juga boleh membantu mengeluarkan angin. Caranya ialah dengan pegang kedua belah kaki bayi dan gerakkan ke aras perut secara berulang-ulang.

Selain itu gerakan kaki seperti mengayuh juga boleh dibuat untuk memudahkan angin dikeluarkan.

Mereka mungkin tidak sendawa tetapi angin dikeluarkan melalui kentut. Gerakan ini boleh bantu mereka keluarkan gas jika cara menyendawakan bayi tidak berjaya.

Urutan ringan dibahagian perut bayi

Ibu juga boleh urut lembut dibahagian perut bayi untuk keluarkan angin. Caranya ialah dengan menggunakan tapak tangan ibu dan tekan sedikit perut.

Kemudian lakukan urutan dari atas perut ke bawah secara berulang-ulang. Dengan cara ini angin dapat dikeluarkan dengan cara bayi akan kentut.

kredit gambar: Pexels.com

Tumpukan tepukan berdekatan perut

Tumpukan tepukan dibahagian belakang kiri iaitu berdekatan dengan perut bayi. Ada ketikanya, tepukan lembut mungkin berkesan untuk sesetengah bayi.

Namun jika tidak berjaya anda boleh cuba kuatkan sedikit tepukan tanpa menyakitkan mereka untuk bantu keluarkan angin. Ini kerana ada sesetengah bayi perlukan tepukan yang lebih kuat berbanding bayi yang lain untuk mudah sendawa.

Kesimpulan cara sendawakan bayi dengan betul

Sesetengah bayi mungkin tidak sendawa jika ditepuk di bahagian belakang mereka. Namun mereka akan keluarkan angin dengan cara kentut setelah kakinya digerak-gerakkan.

Tips dan pelbagai cara sendawakan bayi boleh dibuat mengikut kesesuaian dan juga keselesaan bayi dan juga ibu. Tidak semestinya ibu perlu tetap dengan satu-satu cara sahaja.

Selain itu, penggunaan puting botol susu juga boleh sebabkan anak tertelan banyak angin ketika menyusu. Oleh itu, pilihan puting botol yang sesuai juga dapat membantu kurangkan jumlah angin yang masuk ke perut anak.

Ada ketikanya ibu berasa kecewa kerana pelbagai cara sudah dibuat, namun anak masih tidak dapat sendawa dan angin dikeluarkan. Maka kaedah cuba jaya (try and error) perlu digunakan untuk ibu tahu yang manakah cara paling efektif dan sesuai untuk sendawakan anak.

Jika anak berada dalam keadaan yang baik dan tidak meragam selain aktif serta ceria selepas menyusu, maka ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Kemungkinan angin sudah dikeluarkan ketika anak bergerak atau ketika ibu mendukung mereka.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa