3 Cara Tingkatkan Imuniti Anak, Jom Semak!

Cara tingkatkan imuniti anak sudah semestinya perlu diambil berat oleh ibu bapa. Ini kerana imuniti adalah salah satu fungsi tubuh badan yang amat penting untuk si kecil. Setiap kanak-kanak memiliki sistem pertahanan tubuh yang berbeza dan bekerja untuk melindungi tubuh daripada terkena pelbagai jenis penyakit. Imuniti ini akan berkembang seiring dengan tumbesaran anak anda.

Sumber: Enfagrow

Oleh itu, sudah menjadi kebiasaannya jika si manja anda sering mendapat penyakit selesema, batuk, demam dan sebagainya. Demam ini akan berulang sehingga lebih 5 kali setahun dan ia masih dianggap normal selagi anak anda aktif dan tidak mengalami penyakit yang serius.

Jadi, ibu dan bapa perlu mencari cara tingkatkan imuniti anak anda agar selalu sihat dan kekal aktif. Terdapat beberapa cara untuk tingkatkan imuniti badan anak yang boleh ibu bapa lakukan.

#1 Teruskan penyusuan badan

Cara untuk tingkatkan imuniti anak yang pertama ialah dengan penyusuan badan secara terus menerus. Susu ibu ini membekalkan imuniti yang mampu melindungi anak-anak daripada terkena jangkitan penyakit yang berbahaya. Oleh itu, penyusuan badan perlu diteruskan sehingga anak berusia 2 tahun disamping memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak.

#2 Berikan vaksin

Cara lain untuk meningkatkan imuniti badan anak adalah dengan memberikan vaksinasi kepada anak anda dengan mengikut janji temu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui program vaksinasi ini, imuniti si kecil anda akan bersedia menempuh persediaan awal untuk menghadapi jangkitan yang sebenar.

#3 Tidur yang mencukupi

Anak perlulah tidur yang mencukupi. Ia juga berperanan penting untuk meningkatkan imuniti anak. Kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang cukup, ini kerana ketika tidur sistem pertahanan badan anak anda akan berkembang dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Ibu dan bapa perlu memastikan anak anda tidur dalam masa yang telah diperuntukkan. 12 hingga 16 jam untuk bayi termasuk tidur siang, 11 hingga 14 jam untuk kanak-kanak kecil termasuk tidur siang, kanak-kanak prasekolah10 hingga 13 jam termasuk tidur siang, kanak-kanak peringkat sekolah rendah 9 hingga 12 jam dan remaja 8 hingga 10 jam. Pastikan si manja anda tidur lebih awal pada waktu malam.

#4 Tidak berikan makanan ringan

Katakan tidak pada makanan ringan seperti gula-gula, burger, pizza, nugget, kek dan air kotak. Ini kerana makanan ringan merupakan makanan yang tinggi kalori dan tiada nilai nutrisi. Nak makan sekali sekala boleh, jangan selalukan. Oleh itu, ibu bapa perlu membantu anak-anak menghentikan tabiat ini dan memperkenalkan sumber makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

#5 Hindari rokok

Ibu bapa seharusnya mengelakkan anak daripada perokok dan asap rokok. Merokok bukan hanya menjejaskan kesihatan perokok malah juga merbahaya pada orang sekeliling. Jangan ingat apabila seorang bapa tidak merokok di dalam rumah itu dapat menyelamatkan nyawa anak anda. Ini kerana kesan nakotin akan melekat pada pakaian anda selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.

Kesimpulannya, kesihatan anak perlu dijaga dengan sebaik mungkin agar mereka dapat kekal aktif dalam melakukan kegiatan seharian. Ibu bapa perlu berusaha untuk meningkatkan imuniti anak dengan pelbagai cara. Jangan terpedaya dengan memberikan makanan supplemen yang boleh memudaratkan lagi kesihatan anak. Sebaiknya, ibu bapa mesti mengamalkan cara yang telah disebutkan di atas agar kesihatan anak-anak demi menjamin kehidupan si manja yang lebih sejahtera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa