Ajar Anak Mengaji? 4 Cara Mudah Untuk Ajak Anak Kecil Mengaji

Ajar anak mengaji dengan lancar merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa pada masa kini kerana ianya bukanlah satu perkara yang mudah

Ajar Anak Mengaji

Mengaji merupakan antara perkara yang sangat penting dan antara perkara yang perlu kita lakukan dengan kerap terutama sekali setiap kali selepas solat. Ini kerana, dengan mengaji ia dapat membentuk sahsiah dan peribadi seorang umat islam supaya menjadi seorang yang lebih baik dan sentiasa taat kepada perintahnya. Selain itu, ia juga menguatkan lagi pegangan akidah kita sebagai umat islam

Ada Beberapa Cara Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan Untuk Ajar Anak Mengaji Dan Mencintai Al-Quran Dengan Mudah

Disebabkan itulah, ibu bapa mula ajar anak mengaji walaupun anak mereka masih kecil. Ini kerana, untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang mentaati perintah Allah, ia perlu bermula sejak anak-anak masih kecil lagi. Tetapi untuk mengajar anak mengaji sewaktu usia mereka masih kecil bukanlah satu perkara yang mudah.

Terutama sekali jika anak-anak kita sudah mula diperkenalkan dengan permainan dan juga gadjet yang mana mereka mungkin tidak tertarik untuk belajar mengaji dan mengenal huruf jawi. Ada beberapa cara terbauik yang boleh anda gunakan untuk menarik minat anak anda supaya belajar mengaji. Antara caranya ialah:

1-Guna Flash Card

Flash card merupakan cara popular yang digunakan oleh kebanyakkan ibu bapa pada masa kini untuk ajar anak mereka membaca dengan cepat. Cara ini, merupakan antara cara yang berkesan dan mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Begitu juga jika anda hendak ajar anak mengaji, cara ini juga boleh digunakan untuk menarik minat anak anda mengenal huruf. Dengan cara sebegini anak-anak akan tertarik untuk belajar dan mengenal huruf jawi dari kecil yang sekali gus dapat membuatkan mereka mula minat mengaji di usia kecil.

2- Beli Buku Kenal Huruf Yang Menarik

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan ialah dengan membelikan buku huru kenal huruf yang menarik. Kanak-kanak biasanya sukakan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka. Terutama sekali buku kenal huruf yang mempunyai warna warni dan gambar kartun yang menarik.

Selain itu juga, buku warna yang mengandungi huruf jawi antara pilihan yang boleh anda gunakan untuk membuatkan anak anda suka untuk mengaji.Sambil mereka merwarna anda boleh ajar mereka huruf-huruf al-quran dan cara sebutan yang betul

Baca Juga: Masalah Anak Obesiti?- 5 Cara Untuk Elakkan Anak Jadi Obesiti

Ajar Anak Mengaji

3-Tampal Pelekat Huruf Jawi

Cara seterusnya yang boleh anda gunakan ialah dengan menampal pelekat huruf jawi pada tempat yang mudah anak-anak lihat. Cara ini sedikit sebnayak akan membuatkan anak anda mudah untuk menghafal kerana mereka dapat melihatnya setiap hari dan sudah pastilah mereka akan mula mengingatinya. Dalam masa yang sama ia juga turut menarik minat dan seterusnya membuatkan timbulnya rasa ingin tahu dalam diri anak anda.

4- Jangan Desak Anak Anda

Tidak dinafikan, setiap dari kita sudah pastilah mahukan anak kita menguasai bacaan al-quran dan boleh mengaji sama seperti orang lain. Tetapi jangan sesekali mendesak anak anda, kerana ia akan membuatkan anak anda merasa rimas dan seterusnya akan menyebabkan anak anda tidak mahu mengaji lagi.

Setiap anak kita mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Jadi, kena sabar dan tidak putus asa dalam menarik minat anak anda untuk belajar mengaji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa