Apa Petua Menjaga Anak Ketika Demam?

Menjaga anak ketika demam bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi ketika waktu malam. Lagi merisaukan jika anak anda masih bayi. Menggelabah bukan? Nak kerja pun tak senang dibuatnya. Saya sendiri pun risau bila anak demam, sampai sanggup cuti kerja untuk menjaga anak. Anak anda akan mengalami gangguan kesihatan seperti demam ini kerana mereka masih dalam proses pembesaran.

menjaga anak ketika demam
Sumber: Bidadari.my

Jadi, ianya adalah normal jika anak anda demam 5-6 kali setahun. Kebiasaannya umur 1-2 tahun ini, mereka masih meneroka, mengenali dan sifat ingin mencuba. Apa sahaja yang ada di depan mata mereka, sudah tentu akan dimasukkan ke dalam mulut. Apabila tangan anak anda basah, kotoran akan mudah melekat pada jari. Kesannya, mereka mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan demam.

Hari ini saya kongsikan petua menjaga anak ketika demam. In shaa Allah, ibu bapa boleh lakukan ini di rumah dengan tenang. Mari kita lihat.

1- Sentiasa pantau suhu anak

Sediakan termometer di dalam rumah, ini penting bagi memantau suhu anak anda ketika demam. Suhu badan normal ialah 36.7 darjah celcius. Sila dapatkan termometer di mana-mana farmasi yang berdekatan dengan rumah anda. Kawal suhu badan anak, jangan sampai mencecah 38 darjah celcius dan jika tak surut juga sila dapatkan rawatan dengan segera.

2- Pakai pakaian yang nipis

Petua yang seterusnya, pakaikan pakaian yang nipis. Jangan sesekali bogelkan atau hanya pakai pampers sahaja. Pakaikan sahaja mereka dengan pakaian yang nipis. Jangan selimutkan atau memakai pakaian yang tebal. Ia mungkin dapat menyerap haba dan menyebabkan demam anak tidak surut.

3- Guna daun bunga raya

Inilah satunya petua menjaga anak ketika demam yang paling berkesan. Petua orang lama boleh diamalkan selagi tidak memudaratkan kesihatan anak anda. Ambil beberapa helai daun bunga raya, rendamkan ke dalam air selama 30 minit. Kemudian, ramaskan sehingga daun bunga ini sedikit hancur dan daun ini akan mengeluarkan lendir. Lendir inilah yang boleh menurunkan suhu badan si manja anda. Celupkan tuala dan lumurkan di kepala dan seluruh badan anak. In shaa Allah, demam si kecil akan kebah.

4- Pastikan sentiasa ada di sisi anak

Petua menjaga anak ketika demam yang seterusnya ialah pastikan sentiasa ada di sisi anak ketika mereka demam. Ini kerana mereka mahukan kasih sayang dan perhatian yang lebih dari ibu bapa. Berilah mereka kasih sayang yang secukupnya dan layani kehendak mereka yang penting tidak berlebihan. Sudah pastinya, anak anda akan gembira dan dapat sembuh daripada demam.

5- Perhatikan simptom yang lain

Jika demam anak masih tidak surut, disarankan ibu bapa berikan lebih perhatian kepada anak. Jika didapati mempunyai simptom penyakit yang lain seperti HFMD, demam campak dan sebagainya. Bawa anak berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Jangan sesekali berlengah. Jika anda lalai, mungkin dapat meragut nyawa anak anda.

Kesimpulan

Itulah 5 cara menjaga anak anda ketika demam dan mampu menurunkan suhu badan dengan cepat tanpa bergegas ke klinik. Apa yang paling penting jika anak demam, pantau suhu badan. Jika masih tidak surut, segeralah berjumpa doktor. Jika berlengah, dikhuatiri anak anda akan mendapat sawan. Jangan panik dan jangan ambil ringan ketika anak anda demam. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk ibu bapa semua.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

7 + 15 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa