Masalah Anak Obesiti?- 5 Cara Untuk Elakkan Anak Jadi Obesiti

Masalah Anak Obesiti bukanlah satu perkara yang boleh dibiarkan dan di ambil remeh. Mungkin ada yang beranggapan anak obesiti nampak comel tetapi ia adalah anggapan yang salah

Masalah Anak Obesiti

Masalah obesiti merupakan antara masalah yang sangat serius yang sedang melanda di negara kita. Boleh dikatakan kebanyakkan orang dewasa di negara kita mengalami masalah obesiti yang serius sehiggakan ia menyebabkan mereka mengalami penyakit yang serius sehingga ada yang mengakibatkan ada yang jatuh sakit dan seterusnya meninggal dunia.

Jangan Ambil Mudah Jika Ada Anak Obesiti Kerana Ia Boleh Menyebabkan Mereka Menghidap Penyakit Serius Pada Usia Muda

Masalah obesiti bukan sahaja berlaku pada orang dewasa tetapi juga turut berlaku pada segelintir kanak-kanak di negara kita. Kanak-kanak di negara kita juga turut ada yang mengalami maslah obesiti sehinggakan ada yang mengidapi beberapa penyakit serius sama seperti orang dewasa.

Masalah Anak Obesiti

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah berpunca dari gaya hidup yang tidak sihat. Jika di biarkan ia berterusan tanpa sebarang tindakan, ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius dan menjadikan anak-anak kita seorang kanakkanak yang tidak cergas dan kurang bertenaga. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk elakkan masalah anak obersiti. Antaranya ialah:

1- Elakkan Makanan Segera

Makanan segara merupakan antara makanan yang sangat di gemari oleh rakyat di negara kita tanpa mengira usia termasuklah kanak-kanak. Tetapi pengambilan makanan segera dalam kuantiti yang banyak sebenarnya boleh membuatkan dan menjadi punca kepada masalah anak obesiti.

Justeru itu, ibu bapa perlulah elakkan dari memberikan anak-anak makanan segera yang mana ia bukan sahaja boleh buatkan anak jadi obesiti tetapi juga boleh buatkan minda anak kita menjadi kurang cergas

2- Perbanyakkan Aktiviti Mengeluarkan Peluh

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Justeru itu, ibu bapa perlu perbanyakkan lagi aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh kerana ia dapat mencergaskan badan anak anda dan dalam masa yang sama ia boleh mencergaskan lagi minda anak. Berbanding jika anak hanya duduk di dalam rumah, dan tidak melakukan sebarang aktiviti ia boleh menyebabkan lagi anak menjadi tidak sihat dan berat badan mereka semakin naik

3-Sediakan Makanan Berkhasiat

Selain itu, faktor permakanan juga turut menjadi punca kepada masalah anak obesiti. Jadi, ibu bapa perlu menyediakan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan. Makanan yang seimbang sangat penting kerana ia memberikan sumber protien yang mencukupi dan juga memberikan tenaga yang mencukupi untuk anak anda.

Baca Juga: Adab Bertamu: 4 Cara Ajar Anak Bertamu Sewaktu Ziarah Hari Raya

4- Elakkan Dari Bagi Makan Lewat Malam

Sikap makan tengah malam sebanrnya menjadi salah satu punca kepada berlakunya masalah anak obesiti. Elakkan dari bagi anak anda makan lewat malam, atau jika nak beri juga, bagi mereka makan makanan yang lebih sihat seperti buah buahan, bijirin atau bijirin yang lebih sihat.

Ini kerana, makan lewat malam akan buatkan anak kita menjadi cepat gemuk kerana mereka tidak melakukan sebarang aktiviti dan seterusnya boleh menyebabkan mereka tidak dapat memecahkan lemak di badan mereka

5- Jangan Bagi Minuman Berkabonat

Minuman berkabonat dan minuman ber gas merupakan antara yang perlu dielakkan. Minuman berkabonat mempunyai kadar gula yang sangat tinnggi yang mana ia boleh menjadi punca kepada kenaikkan berat badan dan seterusnya boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa