Buah Delima Buah Superfruit

Buah delima termasuk dalam makanan superfruit yang amat berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak. Mari kita lihat dalam artikel kali ini tentang khasiat Buah Delima Buah Superfruit menurut Al-Quran, hadith dan kajian saintifik.

Buah Delima di Dalam Al-Quran

Di dalam Al-Quran, terakam indah firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

Untitled design 4
Buah Delima Buah Superfruit 3

Allah S.W.T. menyebut buah delima (rumman) sebanyak tiga kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah S.W.T. itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah S.W.T. terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Hadith

Dalam sebuah hadith Mauquf dan Marfu’, Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa buah delima termasuk buah syurga. “Tiada satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Sayyidina Ali bin Abi Thalib R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.

Menurut Ibn Qayyim Al-Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Seperti sabda daripada Nabi Muhammad S.A.W. daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.

Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan sunnah Rasulullah S.A.W itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Selaras dengan Firman Allah S.W.T. dan hadith Nabi S.A.W di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut. Banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.

Kajian Saintifik

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Justeru, ia digelar superfruit mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga lima peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lain menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plak gigi, mencegah kemerosotan tulang rawan dan menghalang radang sendi.

Untitled design 1 2
Buah Delima Buah Superfruit 4

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.

Oleh sebab itu, buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.

Oleh itu, tanggungjawab bersama untuk melatih diri mengamalkan pengambilan makanan sunnah Rasulullah S.A.W. yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minta kita dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti kata pepatah melayu “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Rujukan : http://norfanil.com/rahsia-disebalik-pengambilan-makanan-sunnah/

Puan sudah dapatkan tudung sekolah daripada TudungSiComel? Dapatkan sekarang di website ini atau hubungi pengedar terdekat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa