Adab Bertamu: 4 Cara Ajar Anak Bertamu Sewaktu Ziarah Hari Raya

Adab Bertamu merupakan adab yang sangat penting dan adab yang wajib kita ajar kepada anak kita apabila bertandang ke rumah orang

Diam tak diam beberapa hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dan bulan Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Bila tiba hari raya antara aktiviti yang wajib kita lakukan atau yang selalu kita lakukan ialah aktiviti menziarahi ke rumah orang lain, sama ada sahabat handai mahupun sepupu yang telah lama kita tidak bertemu. Tapi dalam kita pergi menziarahi tetamu, jangan lupa untuk menjaga adab bertamu sewaktu menziarah nanti.

Kita Perlu Didik Anak Kita Cara Adab Bertamu Yang Betul Supaya Tetau Tidak Tersinggung Dengan Kita

Ya, adab menziarahi tetamu sangat penting walaupun kita berada dalam musim perayaan. Bukan kita sahaja yang perlu mempunyai adab menziarahi yang betul tetapi juga, anak-anak kita juga perlu di ajar cara beradap ketika menziarahi dengan cara yang betul.

Ini kerana, walaupun waktu kita ziarah tersebut merupakan hari raya, tetapi anak kita tetap perlu memunyai adab yang sopan supaya tidak menyinggung tuan rumah dan juga tetamu lain yang turut menziarah. Jom kami kongsikan beberapa cara yang boelh anda gunakan untuk mengajar anak kita adab bertamu yang betul. Antara caranya ialah:

1- Pesan Pada Anak

Sebelum menziarahi atau mengunjungi rumah seseorang itu, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan pesan dan ingatkan anak kita supaya menjaga adab dan tatatertib apabila berada di ruamag orang. Perkara sebegini, sering dilakukan oleh kebanyakkan ibu bapa di luar sana. Malah, ada yang memberikan peringatan tegas kepada anak mereka supaya menjaga adab dan tidak melakukan perkara yang boleh memalukan ibu bapa.

Adab Bertamu

2- Tegur Anak Anda

Jika anak anda ada buat salah atau buat bising, jangan biarkan mereka terus melakukan perkara tersebut dengan alasan mereka masih kecil. Sebaliknya, anda perlu mengur anak anda dan cengah mereka dari melakukan perkara tersebut lagi.

Lebih baik anda yang tegur perlakuan anak anda sebelum tuan rumah mengeur perlakuan anak anda. Jika sampai tahap tuan rumah menegur anak anda ianya merupakan satu perkara yang tidak elok dan tuan rumah serta tetamu yang lain mungkin akan beranggapan anda tidak pandai mengajar anak anda.

Baca Juga: Anak Takut Ke Tandas- 5 Tips Terbaik Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan

Adab Bertamu

3- Ajar Anak Hormati Orang Tua

Selain itu, satu lagi adab bertamu yang boleh anda ajarkan kepada anda ialah menghoramti orang tua. Sentiasa ingatkan anak kita supaya salam tangan orang yang lebih tua dan menjaga percakapan dengan mereka yang lebih tua. Ia supaya anak kita tidak nampak seperti kurang ajar dan seperti langsung tidak menghormati tuan rumah sehinggakan tuan rumah terasa dengan sikap anak kita.

4-Ajar Anak Supaya Tidak Sentuh Barang Tuan Rumah

Satu lagi perkara yang perlu kita ambil berat ialah ajar anak kita supaya tidak menyentuh barang tuan rumah sesuka hati. Jika dibiarkan tanpa ditegur, ia mungkin boleh menyebabkan barangan tuan rumah rosak hilang dan sebagainya. Walaupun tuan rumah hanya diamkan sahaja tanpa menegur ia tidak bermakna tuan rumah tersebut tidak terasa hati.

Kalau barang tersebut adalah barang kesayangan tuan rumah sudah pastilah ia boleh menyebabkan kemarahan tuan rumah dan mungkin boleh menyebabkan anda di marahi oleh tuan rumah. Jadi, ajar anak kita supaya tidak menyentuh barang tuan rumah sebarangan.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 + 2 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa