Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Anak Takut Ke Tandas- 5 Tips Terbaik Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan

Anak takut ke tandas merupakan antara masalah yang sering membelenggu para ibu bapa pada masa kini dan ia masalah yang memeningkan kepala.

Anak Takut Ke Tandas

Mana tidaknya, anak takut pergi ke tandas kadangkala boleh buatkan para ibu bapa pening kepala kerana, adakalanya ada anak kecil yang sanggup menahan untuk buang air kerana takut hendak pergi ke tandas, terutama sekai pada waktu malam. Malah, ada yang sanggup kencing dekat tilam sebab takut hendak pergi ke tandas. Bila berlaku perkara sebegini, para ibu bapa sudah pastilah memang boleh buatkan mereka menjadi

Ada Beberapa Tips Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Elakkan Anak Takut Ke Tandas Pada Waktu Malam

Tidak dinafikan kebanyakkan anak takut hendak ke tandas pada waktu malam walaupun tandas tersebut hanya terletak di sebelah biliknya sahaja. Sebenarnya, ada bberapa sebab kenapa anak kecil takut ke tandas pada waktu malam dan salah satunya ialah mereka sering ditakutkan dengan perkara-perkara yang menakutkan seeprti hantu dan sebagainya.

Disebabkan itulah, mereka lebih sanggup kencing dekat tilam berbanding pergi ke tandas. Jom kami kongsikan dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk elakkan anak takut pergi ke tandas pada waktu malam. Antaranya ialah:

1-Buka Lampu Di Laluan Hendak Ke Tandas

Sebelum tido buka lampu untuk ke laluan tandas rumah dan buka juga lampu tandas anda. Ini kerana, jika terlalu gelap, anak anda akan merasa takut hendak ke tandas tambahan pula jika terlalu gelap dan tanpa sistem pengcahayaan yang mencukupi ia boleh menghadkan pergerakan dan mungkin berisiko berlakunya kemalangan kecil. Anak kecil, memang sangat takut dengan suasana yang gelap.

Anak Takut Ke Tandas

2- Hadkan Pengambilan Minuman

Untuk elakkan anak selalu ke tandas sewaktu sedang tidur, sebolehnya hadkan pengambilan minuman sebelum mereka tidur. Jika anda hendak memberikan mereka minum air bagi dalam jumlah yang sedikit. Jika terlampau banyak minum, ia akan mengakibatkan anak anda rasa hendak terkencing dan jika mereka tidak berani ke tandas, mereka mungkin akan kencing atas tilam dan esok paginya anda terpaksa menjemurnya.

Baca Juga: Wanita Solehah- 4 Cara Terbaik Didik Anak Perempuan

3- Kejutkan Anak Dua Jam Sekali

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan untuk ajar anak pergi ke tandas pada waktu malam ialah dengan mengejutkan anak kita setiap 2 atau 3 jam sekali untuk ajak dia pergi ke tandas sekiranya dia hendak membuang air.

Pada permulaan ianya nampak macam agak sukar tetapi lama kelamaan anak anda akan biasa pergi ke tandas dengan sendirinya dan dalam masa yang sama dapat melatih untuk tidak menggunakan pampers lagi selepas ini dan akan biasa menggunakan tandas tanpa anda perlu menemaninya lagi.

Anak Takut Ke Tandas

4-Jangan Bagi Anak Anda Tonton Filem Seram

Satu lagi perkara yang wajib anda lakukan ialah dengan tidak tidak membenarkan anak anda menonton cerita seram seperti cerita hantu dan sebagainya. Cerita sebegini, akan membuatkan anak anda menjadi semakin takut dan seterusnya akan menjadikan mereka tidak berani untuk pergi ke tandas pada waktu malam dan juga pada waktu tengah malam.

5- Minta Anak Pergi Ke Tandas Sebelum Tidur

Satu lagi cara yang boleh digunakan untuk anak yang suka kencing malam ialah dengan minta anak pergi ke tandas terlebih dahulu sebelum mereka masuk tidur. Ia dapat membantu anak anda kurang ke tandas apabila sudah tisur nanti dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan mereka pergi ke tandas dengan kerap pada waktu malam dan sangat sesuai untuk anak anda yang takut hendak pergi ke tandas pada watu malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa