Mengapa Pahala pada Bulan Ramadhan Berlipat Ganda?

Anak kami melanjutkan pertanyaannya, “ Apakah manfaat puasa sebegitu hebat sehingga semua ibadah kita pada bulan Ramadhan, baik yang wajib mahupun yang sunat, diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda?”

“Anakku, bercakap soal pahala, kita melihat ada beberapa ayat dalam Al Quran yang ditafsirkan sebagai pahala iaitu kata ajr, fadl, jazak dan thawab. Sedangkan beberapa kata lain, seperti harth dan mathab diterjemahkan sebagai balasan pahala.Pada intinya pahala merupakan ganjaran, imbalan, upah atau manfaat yang baik, yang timbul atau akan timbul kerana kita melakukan suatu kegiatan yang bernilai baik. Ada perbezaan hasil yang diperolehi antara siswa yang mengulang pelajaran di rumah dengan siswa yang tidak pernah mahu belajar lagi di rumah. Yang tidak pernah belajar di rumah, tergopoh-gopoh ketika menghadapi ujian. Masih untung kalau ia hanya mendapat nilai tidak baik tetapi kalau sampai diketahui ibu bapa dan dikeluarkan dari sekolah…memang susah. Sedangkan pelajar yang suka mengulang pelajaran, tentu mendapat nilai yang lebih baik. Inilah yang disebut sebagai pahala bagi pelajar yang rajin belajar di rumah.

Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu lebih mudah ketika di kelas ia menyemak dengan bersungguh-sungguh apa yang diberikan oleh gurunya. Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu akan lebih mudah memahami bila ia juga menerapkan atau mempraktikkan pelajaran yang didapat ke dalam kehidupannya sehari-hari. Mengulangkaji pelajaran di rumah tentu lebih mudah bila badan berada dalam keadaan sihat. Bila semua ini dilakukan, nilai hasil ujian tentu jauh lebih baik. Inilah yang disebut pahala yang berlipat ganda bagi pelajar yang rajin belajar di rumah, tetapi juga menyemak pelajaran di sekolah mempraktikkan pelajaran dalam kehidupan sehari-hari dan selalu menjaga keadaan badannya dalam keadaan segar .

Solat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. serta membuat hati tenang, otak cerdas dan kita selalu menjadi orang yang berfikiran dan bertindak positif. Manfaat solat diperoleh bergantung kekhusyukan kita, semakin khusyuk semakin terasa manfaat salat bagi kita. Sedangkan yang tidak khusyuk atau lalai dalam salatnya, tidak mendapatkan manfaat salat. Malahan ia tergolong orang yang celaka kerana menipu diri sendiri; merasa mendapat manfaat (pahala) salat, tetapi ternyata tidak. Perilakunya malah sering menunjukkan perbuatan keji dan mungkar.

“Maka celakalah bagi orang yang salat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang riya,” (QS Al-Ma`un [107]:4-6).

pahala bulan ramadhan

Solat ketika berpuasa Ramadhan membuat kita lebih khusyuk. Kerana pada saat puasa tidak ada tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan di perut. Semasa puasa, kita tidak kehilangan banyak tenaga banyak kerana boleh mengendalikan emosi dan hawa nafsu kita. Ketika puasa sel-sel tubuh kita mengalami kualiti peremajaan yang lebih baik, sehingga badan terasa segar dan bersemangat. Pada malam-malam puasa kita banyak mengkaji Al-Quran, sehingga mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai Al-Fatihah.

Kesemua perkara di atas membuat otak kita mempunyai wawasan yang luas, keadaan komunikasi yang baik dan mendapat penerimaan tenaga yang cukup. Keadaan otak seperti ini membuat kita mampu memberi penuh tumpuan untuk menghayati bacaan demi bacaan dalam solat, melakukan secara tertib gerakan demi gerakan dalam salat. Ertinya, solat kita pada bulan Ramadhan lebih khusyuk. Kita lebih merasakan manfaat salat di bulan Ramadhan. Pahala yang diperoleh ketika salat pada bulan Ramadhan lebih banyak. Sebagai kesan akumulasi manfaat, semakin hari semakin bertambah manfaat dari salat, sehingga seharusnya pahala salat di akhir Ramadhan lebih banyak dibandingkan awal Ramadhan.

Sedekah yang kita berikan bagi orang yang memerlukan. Tujuannya adalah untuk meringankan beban dan membantu mereka menikmati hidup. Tujuannya adalah untuk membangun hubungan sosial dan tali persaudaraan. Tujuannya adalah untuk menjaga diri dari kesombongan dan menghindari murka Allah S.W.T. Tujuannya adalah agar kelak pada suatu waktu kita memerlukan pertolongan, atas izin Allah S.W.T., kita diperingatkan dan dibantu oleh orang lain.

pahala bulan ramadhan

Semua tujuan ini kita peroleh bila kita telus ketika memberikan sedekah dan kita ikhlas serta mengharapkan ridhaNya. Ketika kita memberi sedekah kita riya, ingin dilihat orang, sehingga bila tidak ada orang yang menyaksikan kita tidak mahu bersedekah kerana menganggap hanya buang-buang duit. Apalagi bila sedekah itu dilakukan sombong dan angkuh terhadap penerima, atau setelah memberi kita sering menyebut-nyebutkannya ke semua orang hingga waktu yang lama. Maka semua manfaat sedekah itu akan hilang. Para penerima sedekah merasa terhina. Ucapan terima kasih hanya terlontar dari bibirnya, namun dalam hatinya tidak ada rasa keinginan untk membalas budi. Mudah-mudahan penerima sedekah itu tidak mendoakan agar Allah S.W.T. menghilangkan harta yang selama ini membuat kita sombong. Doa orang dianiaya itu dikabulkan Allah S.W.T.

Sedekah semasa kita berpuasa Ramadhan membuat kita lebih ikhlas dan tulus dalam menyampaikannya. Hasil kajian malam Ramadhan saat otak lebih cerdas, membuka wawasan kita bahawa kita semua adalah sedarjat, sama-sama makhluk Allah S.W.T. Hasil salat yang lebih khusyuk, selalu mengingatkan bahawa Allah S.W.T senantiasa mengawasi kita, sehingga sedekah ini ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Hasil peremajaan sel-sel tubuh kita membuat raut wajah kita menjadi cerah, tersenyum tulus dan rendah hati di hadapan mereka. Apalagi dengan puasa kita boleh menjimat wang makan kita, tentu kita boleh memberikan lebih banyak lagi kepada mereka yang memerlukan.

Semua ini menunjukkan bahawa sedekah yang didukung oleh wawasan luas, ikhlas, wajah telus dan jumlah pemberian tidak sedikit, akan memberikan manfaat lebih banyak. Ertinya sedekah pada bulan Ramadhan akan memberikan pahala yang lebih tinggi. Semakin kita asah tingkat keikhlasan dan ketulusan, semakin tinggi manfaat yang diperoleh.

Intinya, dengan fikiran jernih dan badan sihat, aktiviti kebaikan yang kita lakukan akan selalu memberikan hasil yang lebih baik dan menjadi semakin lebih baik lagi, bila dibandingkan dengan fikiran yang tidak fokus dan badan kurang sihat. Hasil demi hasil ini akan menjadi paradigma positif yang tersimpan dalam memori kita dan mendorong keberhasilan demi keberhasilan yang lebih banyak di masa akan datang, hingga akhirat. Jadi aktiviti pada bulan puasa, baik yang wajib mahupun yang sunat, akan memberikan hasil/ganjaran /pahala yang berlipat, dibandingkan di luar puasa.

pahala bulan ramadhan

Apalagi bila lingkungan kita, secara bersama-sama juga berpuasa. Tentu hasilnya lebih besar. Mereka berada dalam keadaan positif, sehingga proaktif membantu kita dan mengambil semua tindakan dengan cara yang positif. Dan interaksi yang saling positif ini kembali memotivasi kita untuk bertindak lebih positif. Jadi pahala pada bulan Ramadhan menjadi lebih tinggi kerana lingkungan sekitar kita saling menebar pahala.

Anakku, dengan berpuasa selama sebulan secara bertahap kita menemukan jati diri dan hakikat kehidupan kita. Pada hari-hari awal berpuasa, kita mula memahami dan merasakan manfaat puasa. Di hari-hari pertengahan bulan puasa, kita mulai menyesali tindakan akibat cara fikir lama yang salah, dan mengganti cara fikir lama yang berdebu menjadi cara fikir baru yang berpusat kepada kemahaan Allah S.W.T. dalam kehidupan semesta. Hari-hari akhir bulan puasa, kita menjadi terbiasa untuk melakukan aktiviti-aktiviti kebaikan dan meninggalkan perbuatan yang meragukan dan merosak. Inilah mengapa sepuluh hari pertama merupakan rahmat, sepuluh hari kita merupakan pembersihan atau pengampunan terhadap dosa-dosa kita, dan sepuluh hari terakhir Ramadhan membuat kehidupan kita terhindar dari api neraka. Demikianlah puasa satu bulan akan memberi manfaat yang menjinjang tinggi. Amin Ya Allah.”

“Amin… “ sahut isteri dan anakku.

Dipetik dari buku ” Syoknya… Berpuasa ” oleh Rajendra Kartawiria

Kenali produk-produk Tudungsicomel.com melalui link ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa