3 FAKTOR PENTING PEMILIHAN TUDUNG KANAK-KANAK

tudung kanak-kanak

Masalah biasa bagi ibu-ibu yang ingin mendidik anak-anak bertudung seawal usia adalah tudung yang dihasilkan untuk mereka kebanyakannya tidak selesa dipakai. Tudung-tudung murah yang dihasilkan dari lebihan kain.

Sepanjang saya berkecimpung dalam industri penghasilan tudung untuk kanak-kanak, ada 3 faktor utama yang perlu kita ambil kira agar Si Comel kekal selesa dan gembira bertudung:

1. Material yang sesuai. Pemilihan material kain sangat penting kerana kulit Si Comel agak sensitif. Jadi kain yang lembut dan tidak terlalu tebal perlu digunakan dalam penghasilan tudung kanak-kanak. Kain yang paling sesuai dan lembut antaranya adalah Cotton Lycra.

Ini kerana material jenis ini lembut(kapas) dan ianya meregang(lycra) membuatkan material cotton lycra paling sesuai digunakan dalam penghasilan tudung untuk kanak-kanak.

2. Ukuran Pola. Antara lain adalah masalah ukuran kerana bentuk muka kanak-kanak tidak seperti muka wanita dewasa.

Mereka masih dalam proses tumbesaran dan penghasilan pola tudung yang sesuai sangat penting. Apabila ukuran tidak sesuai, Si Comel akan rasa rimas dan pastinya mereka akan tidak rasa gembira bertudung.

3. Rekacorak Ringkas. Selain itu, rekacorak tudung untuk kanak-kanak adalah berbeza dari tudung dewasa kerana kanak-kanak aktif dan perlukan pakaian kepala yang tidak menganggu aktiviti mereka. Mereka perlu berasa bebas dan perlukan tudung yang ringkas dan tidak terlalu terbelit-belit.

Ini antara 3 faktor utama yang kita sebagai seorang ibu patut pertimbangkan apabila memilih tudung buat Si Comel kita.

Saya sendiri menghadapi masalah ini dahulu apabila tudung-tudung yang dibelikan kepada anak-anak saya hanya akhirnya tersimpan di dalam almari.

Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu jahitan kita telah menghasilkan sendiri tudung untuk kanak-kanak dan di sini kita kongsikan dengan ibu-ibu yang juga ingin melihat Si Comel mereka bertudung dengan bebas dan gembira 😊

Semoga Si Comel kita sama-sama membesar menjadi anak-anak solehah dan inilah kepuasan yang sangat indah sebagai seorang ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa