Bila anak demam, sudah tentu ibu adalah individu yang paling risau. Ye lah bila anak demam, pasti mereka tidak mempunyai selera makan dan berat badan menjadi susut. Ibu mana yang tidak bimbang bila melihat anak menjadi lemah dan tidak aktif seperti biasa. Sup sesuai dijadikan hidangan untuk anak yang demam.
Makanan cecair adalah sumber makanan yang paling sesuai untuk diberikan kepada anak yang kurang sihat salah satunya adalah sup. Sup merupakan comfort food yang sesuai untuk mereka memandangkan tekak yang sakit tidak dapat menelan makanan pepejal.
3 Resepi Sup Untuk Anak Demam
Ibu kini tidak perlu bimbang lagi jika anak kurang berselera, ibu boleh mencuba resepi sup yang kami kongsikan ini untuk bantu ibu bagi meningkatkan selera anak ketika mereka kurang sihat atau demam. Resepi ini diambil dari Masak Apa Hari Ni(MAHN).
1. Sup Bawang Putih
Sup bawang putih ini sesuai diberikan kepada anak yang demam. Dikatakan juga bawang putih mempunyai kandungan antibiotik yang sangat tinggi. Sebelum ibu membawa anak berjumpa doktor boleh lah cuba resepi sup ini untuk menurunkan suhu badan mereka.
Bahan-bahannya:
A. Bahan untuk blend halus
- Bawang putih, 1 labu besar
- Halia, besar ibu jari
- Bawang besar, 1/2 labu (kalau saya ada bajet lebih saya guna bawang Holland/kuning)
- Lada hitam
B. Bahan dalam sup (boleh letak apa sayur yang kita nak pun)
- Kentang, potong dadu
- Carrots, potong dadu
- Celery
- Broccoli
- Bawang besar, 1/2 labu mayang
- Dada ayam sekeping, potong dadu
- Susu (segar/UHT, nak guna cream pun boleh)
- Butter/Minyak masak
- Tepung, 1/2 cawan
Cara Penyediaannya:
- Panaskan butter/minyak.
- Tumiskan bahan blend sampai wangi.
- Masukkan dada ayam dan tumis separuh masak.
- Masukkan susu/cream dan kacau sebati. Biar beberapa minit untuk pekatkan.
- Masukkan tepung dan kacau.
- Tambahkan sikit air untuk cairkan (tapi jangan cair sangat).
- Masukkan sayur dan kacau sebati..
- Tabur bawang mayang dan boleh tambahkan Oregano kalau nak.
- Kecikkan api, tutup periuk, dan biar reneh untuk 20-30 minit (jangan lupa kacau sekali sekala sebab nanti tepung berkerak kat bawah periuk).
2. Sup Antibiotik
Sup ini digelar sup antibiotik kerana dapat mengurangkan demam serta batuk pada anak. Lebih sesuai jika ibu buat sup antibiotik ini apabila anak menunjukkan tanda demam.
Bahan-bahannya:
- 5 biji buah pelaga,
- 5-7 biji bunga cengkih
- 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1 biji bawang besar (dihiris halus)
- 3 biji lada hitam,
- 3 cawan air,
- 1 btg carrot dipotong dadu atau dihiris bulat
- Sedikit ikan bilis yang ditumbuk
Cara Penyediaannya:
- Didihkan semua seperti memasak sup.
- Untuk lebih menyelerakan dan sedikit karbohidrat, anda boleh tambahkan mee hoon ataupun spaghetti.
- Untuk sumber protein pula, anda boleh gantikan ikan bilis tadi dengan isi ayam.
- Untuk lebih menarik lagi, tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
3. Chicken Noodle Soup
Sup ayam memang menjadi menu wajib jika anak demam. Siapa sahaja yang tak suka dengan ayam kan? Ibu boleh mencuba resepi sup ayam ini untuk memikat selera hati anak yang kurang sihat.
Bahan-bahannya:
Untuk ayam:
- 500gm dada ayam
- 2 sudu minyak zaitun
- 1 sudu teh serbuk bawang putih
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh serbuk paprika
- 1/2 sudu teh oregano kering
- 3/4 sudu teh garam
- 3/4 sudu teh serbuk lada hitam
(Guna rotisserie chicken pun boleh carik carik kan dalam 2 cawan)
Untuk sup:
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 3 batang karot, buang kulit dan potong bulat
- 3 batang saderi, potong kiub
- 1 bawang besar, dicincang halus
- 8 ulas bawang putih, cincang halus
- Garam secukup rasa
- 4 cawan stok ayam
- 4 cawan air
- 1 daun salam (bay leaf)
- 2 cawan pasta pilihan anda (macaroni pun boleh)
- Jus 1 lemon, ditambah lagi untuk hidangan
- 1/4 cawan hingga 1/2 cawan segar daun Dill, dicincang
Cara Penyediaannya:
- Panaskan ketuhar hingga 190C (375 F). Letakkan dada ayam dalam baking pan Kemudian sapu kan dengan 2 sudu minyak dan taburkan dengan rempah dan bakar selama 25 minit.
- Setelah dimasak, guna garpu carik carik kan dan ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam periuk sup besar di atas api sederhana. Masukkan karot, saderi, dan bawang, dan masak – kacau sekali sekala – selama 8-9 minit.
- Masukkan bawang putih dan garam dan masak selama satu minit sebelum menambah daun salam, air dan stok ayam.
- Besar kan api, masak sup sehingga mendidih, kemudian rendah kan ke medium, masuka kan pasta kacau sebati, dan didih kan selama 10 – 15 minit, atau sehingga sayur-sayuran lembut dan pasta masak. Masukkan ayam, dill, dan jus lemon.
- Masukan garam secukup rasa, siap.
Semoga dengan perkongsian resepi sup ini dapat membantu ibu dalam memastikan anak berselera makan dalam keadaan anak kurang sihat. Pastikan juga mereka sentiasa dalam keadan kekal hidrasi bagi mengelakkan mereka menjadi lebih lemah.
Jika badan anak masih lagi menunjukkan suhu panas, ibu disarankan membawa anak untuk berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.