5 Idea Menu Potluck Mudah Untuk Anak Bawa Ke Sekolah Paling Penting Laku dan Habis!

Potluck disini bermaksud aktiviti membawa makanan dan berkongsi makanan dengan yang lain. Salah satunya di sekolah. Bila tiba sahaja perayaan atau keraian pasti cikgu akan meminta anak murid untuk membawa apa sahaja jenis makanan di sekolah. Pastinya ibu menjadi individu yang paling risau memikirkan idea menu potluck yang mudah untuk anak mereka bawa ke sekolah dan paling penting habis dimakan.

Untuk para ibu di luar sana jangan risau kami akan bantu ibu dalam menyediakan senarai idea menu potluck yang mudah semua idea ini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

5 Idea Menu Potluck Mudah

Ibu jangan risau lagi untuk memikirkan menu potluck mudah untuk anak bawa ke sekolah. Nampak seperti ringkas tapi sebagai ibu, memang dah lumrah nak dapatkan yang terbaik untuk anak mereka. Jom baca idea menu potluck ini.

1. Puding Buahan Vanilla

menu potluck mudah

Menu potluck paling mudah nak buat, tak guna banyak bahan. Paling penting puding buahan vanilla ini pasti menjadi tarikan kanak-kanak, bukan sahaja manis dan sedap tapi mempunyai warna yang cukup memikat hati mereka.

Bahan-bahannya:

  • 20gm serbuk agar-agar plain
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air (guna tin susu cair)
  • ½ tin susu pekat (nak manis lebihkan)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil creamy vanilla esen
  • 1 paket sumi
  • Secubit garam

Cara Penyediaanya:

  1. Masak serbuk agar-agar dengan 3 tin air sehingga sebati.
  2. Masukkan susu pekat,susu cair,esen vanilla dan secubit garam.
  3. Sentiasa kacau serta masukkan tepung kastard yang sudah di bancuh dengan sedikit air.
  4. Tunggu sampai mendidih dan boleh padamkan api.

2. Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn

menu idea potluck mudah

Nak buat menu yang agak berat tapi mudah dan kenyang untuk kanak-kanak? Ibu boleh cuba resepi spaghetti buttermilk chicken popcorn ini. Kenyang dan memang laku.

Bahan-bahannya:

  • 1 paket spageti
  • 1 tin susu cair
  • 10 ulas bawang putih
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • Daun kari
  • 5 sudu besar butter
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • Air masak
  • Popcorn chicken (goreng guna airfryer)

Cara Penyediaannya:

  1. Rebus spaghetti hingga lembut.
  2. Tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
  4. Masukkan 1 tin susu cair.
  5. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  6. Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi then baru taburkan chicken popcorn di atas supaya tak lembik.

3. Sandwich Sardin

menu idea potluck mudah

Menu potluck paling favorite untuk ibu. Kalau dah tak ada idea boleh lah cuba resepi sandwich sardin ini memang laku.

Bahan-bahannya:

  • 1 tin sardin/makerel
  • 1 biji bawang holand.
  • Cayenne/serbuk cili (ikut suka nak pedas ke tak)
  • Daun salad
  • Tomato
  • Mayonis
  • Thousand Island
  • Roti (ikut suka nak roti apa)
  • Butter
  • Limau kasturi

Cara Penyediaannya:

  1. Daun salad yang dah basuh.
  2. Sos sardin buang.
  3. Hancurkan masukkan secubit garam. Gaul.
  4. Perah asam limau kasturi. Dalam 2biji.
  5. Masukkan serbuk cayenne atau serbuk cili. Ikut suka nak pedas mana.
  6. Masukkan bawang yang dah didadukan. Gaul bagi rata.
  7. Masukkan skit mayonis, sebab nak bagi dia lekat.
  8. Tomato di hiris.
  9. Sapu butter pada roti.
  10. Letak pulak inti sardin tadi.
  11. Paipkan mayonis dan thousand island.

4. Mac and Cheese Macaroni

Salah satu menu berat untuk anak bawa ke sekolah untuk potluck ialah mac and cheese. Siapa sahaja yang tidak suka dengan cheese kan, kanak-kanak salah satu yang gemar dengan cheese ini.

Bahan-bahannya:

  • 1 pack macaroni (untuk berkuah)
  • Atau
  • 2 pack macaroni (untuk kering)
  • Susu full cream 1 kotak besar
  • Bawang putih 8 ulas cincang
  • Tepung jagung 3 sudu makan
  • Pewarna kuning telur 3 titik
  • Cheese cheddar 12 slices
  • Cheese mozzarella 50gram
  • Butter 3 sudu makan
  • Serbuk pati ayam sedap rasa

Cara Penyediaannya:

  1. Tumis bawang putih dengan butter sampai layu ,jangan garing.
  2. Tuang susu full cream dan letak perasa serbuk ayam.
  3. Kacau tepung jagung dalam dalam 10 sudu makan susu full cream (JANGAN guna air untuk bancuhan tepung jagung, nanti kuah rasa payau)
  4. Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau jangan sampai mengelegak.
  5. Letak cheese cheddar semua sekali.
  6. Letak cheese mozzarella.
  7. Letak pewarna kuning telur 3 titis.
  8. Dah meletup bubble tutup api siap
  9. Gaul macaroni siap rebus dalam kuah tadi.

5. Sosej Roll

Kanak-kanak memang lebih tertarik denga warna-warni, jadi resepi sosej roll ini pasti menjadi tarikan mereka.

Bahan-bahannya:

  • Roti gardenia di gelek nipis (buang tepi)
  • Sosej yang direbus
  • Salad
  • Sos cili
  • Cheese
  • Mayonis
  • Biji selasih atau bijan hitam

Cara Penyediaannya:

  1. Gelek nipis roti.
  2. Masukkan sosej dan sayur.
  3. Gulungkan roti bersama inti.
  4. Pipekan sos dan mayonis.

Dengan perkongsian resepi menu idea potluck mudah ini menjadi rujukan para ibu dalam menyediakan hidangan jamuan di sekolah anak. Kadang kala menu ini mudah tapi nak memikirkan resepi yang mudah ini bukan senang kan ibu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa