4 Menu Sarapan Pagi Ala English Style Untuk Ibu Yang Sibuk! Confirm Anak Suka

Kadangkala memang boleh jemu kan asyik sarapan pagi yang sama sahaja, pasti kita inginkan rasa kelainan dalam membuat sarapan pagi supaya tidak bosan. Sesekali ibu mencuba sarapan pagi english style pun mesti anak-anak tidak bosan. Kalau anak ibu susah nak makan apa kata ibu cuba resepi english style pasti meningkatkan selera makan mereka.

Sarapan english style ini memang sesuai untuk ibu yang sentiasa sibuk tapi masih lagi ingin membuat sarapan pagi untuk anak. Ibu jangan risau menu sarapan pagi ala english style sudah tentu kenyang walaupun mudah untuk disediakan.

4 Menu Sarapan Pagi English Style

Bagi menarik anak-anak untuk makan pada waktu pagi kadangkala memang bukan satu tugas mudah, tapi sebagai ibu memang telah menjadi satu tugas untuk memastikan anak-anak mereka untuk mengambil sarapan pagi. Mengambil sarapan pagi mempunyai banyak kebaikan untuk mereka.

Jom baca idea sarapan pagi english style yang telah kami sediakan untuk para ibu.

1. Portuguese Toast

sarapan pagi english style

Antara menu yang cukup mudah nak buat tapi masih kenyang. Untuk ibu yang sentiasa busy boleh lah cuba resepi portuguese toast ini.

Bahan-bahannya:

  • Roti gardenia putih@roti benggali 2 keping
  • Cheesedale 2 keping
  • Susu segar
  • Gula (guna gula perang)
  • Sedikit butter dalam satu sudu
  • Bahan boleh adjust ikut kesukaan

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan butter, susu kemudian cheese dan gula. Kacau dan masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat.
  2. Tutup api. Sapu atas roti. Masuk dalam oven. Bakar sampai atas dia macam brown. Anggaran dalam 7-10minit. Api atas bawah 160. Adjust Ikut oven masing-masing.

2. Muffin English Style

sarapan pagi english style

Muffin english style ini sedap dimakan bersama kepingan ayam dan keju. Bukan anak-anak sahaja suka ibu pun mesti suka.

Bahan-bahannya:

(A)

  • 1 1/2 sudu kecil yis kering
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 300 g tepung roti
  • 15 g susu tepung

(B)

  • 180 ml air suam

(C)

  • 1/2 sudu besar mentega

(D)

  • Semolina untuk menyalut

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Hidupkan mixer.
  2. Tuangkan air ke dalam tepung, sedikit demi sedikit hingga tepung bersatu.
  3. Masukkan mentega dan uli hingga lembut dan licin. Tambahkan sedikit air lagi jika dirasakan perlu.
  4. Masukkan doh tadi di dalam mangkuk dan balutkan dengan beg plastik yang bersih. Biarkan doh naik sekali ganda.
  5. Bahagikan doh kepada 8 dan bentukkan menjadi bebola kecil.
  6. Salutkan dengan semolina dan susun di atas dulang yang telah ditaburkan sedikit tepung.
  7. Biarkan naik selama 20 minit dan bakar di atas kuali kalis lekat dengan api sederhana selama 7 minit. Balikkan dan masak lagi selama 6 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia dihidangkan.

3. Pasta Susu Berkeju

sarapan pagi english style

Pasta susu berkeju ini pasti menjadi salah satu kegemaran anak-anak. Mana tidaknya rasa keju dan juga bahan lain seperti sosej pasti menambat selera mereka untuk mengambil sarapan pagi.

Bahan-bahannya:

  • Pasta (ikut taste sendiri nk bentuk apa)
  • Susu Segar / Full cream / skim milk
  • Cheddar Cheese atau nak guna Cheese apa pun boleh
  • Sos Carbonara
  • Sedikit garam
  • Optional: Sosej

Cara Penyediaannya:

  1. Rebus pasta dalam air mendidih selama 5-8 minit letak sedikit minyak & garam.
  2. Dah kembang pasta, tos dan keringkan.
  3. Gorengkan sosej dengan sedikit minyak (optional).
  4. Masukkan pasta yang sudah direbus & tuangkan susu ikut secukupnya.
  5. Add in secamca besar sos carbonara kacau sebati & perasakan dgn sedikit garam.
  6. Then tutup api, masukkan Cheese di akhirnya & kacau sebati.

4. Breakfast Dip

sarapan pagi english style

Sarapan pagi english style paling mudah menggunakan roti wrap. Bukan sahaja mudah malah mengenyangkan.

Bahan-bahannya:

Bahan Telur Hancur (scramble eggs)

  • 4 biji telur
  • Setengah cawan susu segar
  • Garam
  • Lada hitam
  • Tomato-dadu
  • Bawang-dadu
  • Daun ketumbar-hiris
  • Sehiris lemon

Cara Penyediaannya:

Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips:

  1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
  2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
  3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.
  4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.
  5. Siap chips utk dicicah dengan telur hancur dadih.

Ibu tak perlu risau lagi dah kalau nak sediakan sarapan pagi yang mudah dalam masa mengenyangkan perut mereka. Mudah dan sesuai untuk para ibu yang sibuk tapi masih ingin menyediakan anak mereka sarapan pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa